p

30 June 2014

Review : Pengalaman Bercuti di Sunway Lagoon Part 2 ( Pirates Revenge, Tomahawk, Colorado Splash, Wild Life Park )

Assalamualaikum
Salam sejahtera

Hye uols. Pertama sekali iols nak minta maaf atas keterlewatan menghupdate entry Sunway Lagoon. Seperti yang dijanjikan, entry ini adalah sambungan daripada entry pertama Sunway Lagoon (klik untuk baca) ku itu. Tunggu feeling datang baru mahu hupdate naaa. :)

In part 1, iols sudah kongsikan pengalaman kami di eXtreme Park dan Waters of Africa. Now, iols nak kongsikan pula pengalaman bermain permainan yang boleh menggugurkan pankreas anda di Amusement Park dan pengalaman menonton haiwan-haiwan yang cecomel gitu di Wild Life Park.

AMUSEMENT PARK


PIRATE REVENGE

Lanun yang membalas dendamkah?. Memang kejam ini lanun sampai terbalik 180 darjah badan kita dibuatnya. Uols hanya kena pakai tali pinggang keselamatan sahaja dan tiada bumbung di atas kapal itu ye. Bayangkan ketika kepala anda berada di bawah dan kaki anda di atas? Mahu terkeluar isi perut dibuatnya. Ketika badan dah terbalik tu, ada pula bebudak remaja di belakang weols menjerit "I dont wanna die, i dont wanna die. Mama help me". Sampai macam tu effect dia ye? Sebelum anda naik ni, make sure anda ada kekuatan dan keberanian yang tinggi ye. Kami dah try mencabar diri sendiri. Anda bila lagi?. Ihiks :)



COLORADO SPLASH

Colorado Splash ini terletak di bahagian atas sekali (di area Amusement Park). Tempatnya agak terpencil sedikit. Jadi, uols kena alert tau kalau uols nak try main Colorado Splash.. Kalau tak alert, memang tak berapa perasan sangat ada game ini sebenarnya. This game sama je macam uols naik African Phytons , cuma di akhir Colorado Splash, uols akan mendarat di atas tanah. Beza dengan African Phytons di mana uols akan mendarat dalam air di hujungya.  Hewhewhew.


GRAND CANYON RIVER RAPIDS

Wahh namanya Grand Canyon gitu! Pengalaman berada dalam boya besar ni memang best jugalah. Dalam satu boya tu boleh muat dalam 5-6 orang. Ia akan melalui jeram sungai ala-ala seperti di Grand Canyon tau. Hihi. Just seat, rilex and go with the flow. Terbaekk !!




TOMAHAWK

Nama pun Tomahawk..dah tentu bentuknya macam tomahawk. Paling ngeri bila benda ni hayun 360 darjah. Waduh! Boleh terkeluar isi perut iols tau.



Gambar atas ni pula adalah 2 game yang kami tak main. Rumah Hantu pun kami tak masuk. Keteapi pun kami tak naik sebab tengah under construction masa kunjungan kami.

Next jom ushar gambar di Wild Life Park



WILD LIFE PARK

Iols malas nak bagi penerangan sebab penerangannya mestilah sama... about animals kan. Jadi uols cuci mata je lah ye.ihiks :)







 Bercuti dan meluangkan masa gembira bersama ahli keluarga tanpa melakukan perkara dilarang agama itu juga dikira satu IBADAH, Jangan sia-siakan masa yang ada dengan ahli keluarga kita.

Sekian sahaja untuk entry ni.

Tata. Selamat bercuti.

Wassalam.

THE HITZ