p

26 March 2014

Ibu Mengandung dan Braces (Pendakap Gigi)

Assalamualaikum
Salam sejahtera


Semenjak preggy ni, bertalu-talu mesej yang saya terima bertanyakan tentang pendakap gigi untuk ibu hamil.
"Bahaya tak ibu mengandung pakai braces?"  "Kalau pakai braces, boleh bersalin ke?" "Gigi ibu mengandung tak rosak ke kalau pakai braces?"

Oh! Terasa diri ibarat seorang orthodontist yang famous pula. Ahaks. 

Soalan-soalan demikian ada saya ajukan kepada doktor pakar yang merawat gigi saya ni. Dannnn jawapannya adalah "Tak merbahaya langsung" Tetapi,, ada tapinya... ibu yang SUDAH pakai braces dan mengandug haruslah menjaga kebersihan gigi 200%. Penjagaan kebersihan gigi ni memang wajib dan menjadi rutin lah ye. If tak jaga gigi betul-betul, bila doc ''ketatkan'' bracket / braces , macam-macam problem pula berlaku nanti seperti gigi goyang lah, rosaklah, berlubanglah.. isk3

Sudah jelas lagi nyata kan penggunaan braces untuk ibu mengandung tak membahayakan kesihatan. Kebersihan gigi sahaja yang perlu diberi KEUTAMAAN. Tak merbahaya, kecualilah kalau gigi uols ni baru gigit biskut kering pun dah rapuh dan pecah. Hehehee... ps/ So now you know how clean my gigisss are kan. Ahaks.  :)

Untuk ibu yang tengah hamil dan ada hasrat nak pakai besi di gigi, silakan memakainya selepas anda melahirkan bayi itu ye. Persoalan di atas hanya khas untuk mereka yang dah lama pakai braces dan tiba-tiba termengandung. Eh eh, TER ke? :)



Uols nak tahu tak, walaupun saya dah tak menetap di Selangor, (iols dah pindah ikut asben), tapi i still kena pergi buat appointment dengan doc kat selangor tau. Appointment sebulan setengah, sekali. Kalau nak buat new appointment with new doctor di tempat baru, habislah rugi woo, kena bayar lebih. 

Walaupun berulang ke Selangor sebulan setengah sekali, i tak kisah sangat because Doc kata Bulan Mei 2014 ni my braces dah boleh ditanggalkan. Yabedabedu!!. Get ready to wear retainer pula. Macam sekejap je masa berlalu kan?. Diam tak diam dah 2 tahun lebih braces ni bersarang di gigi guwe. Heeeee.

Masa nak pilih warna ligating module haritu, doc sempat tanya "Tak menyesal ea pilih warna ni?. Ni warna terakhir awak sebelum kita buka braces bulan 5 nanti" "Taknak warna-warni kat gigi ke?"

"Tak menyesal dan taknak warna warni"

I more prefer satu warna sekata untuk gigi atas dan satu warna sekata untuk gigi bawah. Eg : Gigi atas = biru muda sahaja, gigi bawah = pink sahaja. Terasa janggal dan pelik kalau dalam satu barisan gigi tu ada warna pink+biru+hijau+oren. Urghhhh. Mungkin sesuai untuk uols but not for my motherly face ni. Kehkehkeh. 


Sekian sahajalah ceghita braces untuk preggy lady hari ini. Baby sudah menendang-nendang dalam perut. 

Salam

See ya :)



THE HITZ