p

06 February 2013

Aku dah mengandung. Percaya?

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera

Abcdefghijklmnopqrstuvwxyz. Keyboard aku tak rosak pun.hehe. Tajuk di atas tu nak gimik sahaja lebih. Haruslah gimik supaya mata korang melekat baca apa yang aku nak luahkan ini. ececeeehhh.

Untuk pengetahuan uols kan, aku ni famous macam Yuna tau. Selalu menarik perhatian orang lain untuk berkenalan dengan aku. Heyyooo. apa aku merepek ni. demam ke hapa ni puan hafizah oi. Haaaa,, aku tak demam. Apa yang aku habaq hang tu betul. kehkehkeh. Justeru, orang-orang dalam atmosfera sekeliling daku suka mengajukan soalan untuk berkenalan dengan daku.

Kalau dulu soalan yang famous gegendang telinga aku terima adalah berbunyi begini

"Fiza, dah ada pakwe ke belum?"
"Fiza, bila nak makan nasi minyak ni?"
"Fiza, bila nak naik pelamin ni?"
"Fiza, umur dah meningkat, bila nak kawin ni.... jangan jadi macam si polan tu, tak kawin kawin"

Alahai... jawapan daku pula untuk soalan-soalan di atas dan seangkatan dengannya

"Insyaallah, ada jodoh tak ke mana"
"Insyaallah, esok pon boleh makan nasi minyak"
"Insyaallah tahun depan naik pelamin" (padahal waktu tu aku taktau siapa jodoh aku)
"Insyaallah, bila tiba masa yang sesuai, Allah akan sampaikan jodohnya. Semua orang ada jodoh memasing"

Begitulah soalan-soalan untuk orang femes macam aku.hehe. Bab Femes tu aku gurau jaa naa. Kau jangan termuntah pulak. kehkehkeh

Itu dolu, sebelum daku nikah.

Selepas aku dah berjumpa jodohku yang terchenta dan alhamdulillah sudah diijabkabulkan, soalan lain pula yang ditanya.

"Dah ada isi ke belum ni?"
"Kau dah ngandung ke?"
"Bila nak mengandung ni?"
"Kau tak period lagi kan, mesti dah ngandung ek"

Alamak.. terasa macam aku kilang buat baby pulak. Boleh tekan ON dan OFF mesin buat anak. Walhal segalanya adalah pemberian dan takdir Allah SWT. :)

Soalan-soalan di atas diajukan oleh guru-guru di sekolah aku dan guru-guru dalam daerah aku ni bila tiap kali meeting daerah. Aku kan femes. hahaha. Terasa macam artis kena jawab soalan peminat puloks kannnnn. lol



Bila orang dok soal-soal pasal isu baby and mengandung ni, aku cool je. Cuma hari-hari mau tanya soalan sama. Serius beb. Hari-hari ada je orang tanya kan. Perasaan keibuan aku yang meluap-luap ni kekadang touching gak nak layan member-member yang suka tanya soalan sebegitu rupa. Senyummm jer la jawapnya :) heeeeeeeee. 

Uols...uols..... i baru 2 bulan bernikah. Untuk anak pertama ni, memang aku taknak rancang. Jika ada, alhamdulillah. Bukan apa, just imagine with my situation rite now~ dok jauh ngan suami, parents pun jauh, siblings pun jauh. wuwuwuwuwwuuu. Kang aku dok termuntah-muntah, sengsorang melayan perasaan. Kang aku sakit-sakit badan, sengsorang mengurut badan. Kang aku nak gi jumpa doc tetiap bulan, sengsorang drive pergi klinik. 

Time belum mengandung ni pun, aku dok urut kaki lutut yang bengkak ni sengsorang. Alkisah semalam aku tengah syiok berjalan dengan student. Berborak sakan tak hingat dunia. Dengan tak semena-mena kaki aku terpele'ot woo... Gedebuk jatuh, lutut terhentak ke atas jalan raya. Dengan macho lagi ayunya aku cover line, konon tak rasa sakit. Bila balik rumah je, hambik kau....nak sujud time solat pun macam kena ketuk ngan kayu golf lutut aku ni. Nanges dibuatnya. Nasib badanla. Time nak tidur, aku ambik minyak panas dan gosok serta urutla sengsorang.  Itu belum pregnant lagi kan. haaaa. Dah dapat bayangan apa yang aku nak habaq kan kan kan.

Thats why, aku berharap sangat agar aku dapat berpindah dekat dengan suami aku. Jika ditakdirkan Allah, aku pregnant dalam masa terdekat ni, dan tidak dapat lagi berpindah ke sisi suami, aku sarankan pegawai di kementerian tolonglah datang jaga aku di sini. hehehehee.. :)

Kenapalah terlintas dalam enjin otak aku nak buat entri ni ye.? Hurmmmmm. Manusia suka bertanya soalan yang jawapannya hanya Allah je yang tahu. Sebagai contoh, Bila awak nak kahwin? Bila dah selamat kahwin pula, soalan yang femes lagi ditanya, Bila awak nak mengandung?. Bila dah dapat seorang baby, lagi soalan ditanya. Bila nak tambah anak? 

Memanglah soalan-soalan itu normal. Cuma.... jawapan kepada soalan-soalan itu hanya ada pada Allah.

Insyaallah..aku yakin Allah akan beri bila tiba waktu yang benar-benar SESUAI. Allah Maha Mengetahui apa yang sesuai dan terbaik untuk hambanya mengikut keadaan emosi, fizikal, jasmani, kewangan, kematangan, dan situasi hambaNya.....

Wallahualam....

Kepada Mu daku berserah Ya Allah. Kurniakanlah segala yang terbaik untuk diriku dan suamiku. Kurniakanlah kami kebahagiaan dunia dan akhirat dan murahkanlah rezeki kami...amin  :)


Terima kasih kerana sudi membaca entry ini. :)







THE HITZ