p

21 January 2013

Movie and Cinema Time

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera

Hye semua. Apa khabar anda hari ini?. Harap semua sihat walafiat hendaknya.

Eh ngkorang nak tahu tak.....Semenjak bergelar Puan, entah kenapa daku dan asben memang rajin bebenor melayan movie at cinema. Mungkin dek kerana menonton movie di pawagam memang memberi kepuasan sebab dapat fefeeling cerita di layar skrin yang bosar dan sound effect yang menikam jiwa. Walaupun masa zaman muda-muda dolu rajin juga aku melayan movie dengan member-member sejantina tetapi feeling layan movie dengan husband lebih meriah lagi. Wahhh. (Alhamdulillah, masa yang kami ada harus digunakan sebaik mungkin) hehehe.

Walaupun fefeeling indah, namun pemilihan movie yang amat bagus untuk difeelingkan pon amatlah penting. Janganlah kau dah bayar duit tiket kemain mahal (atas rm5 tu mahal le.haha) tapi lepas 15 minit movie dah play, kau boleh rasa nak sorong bantal dan bentang tilam, tidur dalam itu pawagam. hihi. 

Cuba ngkorang peratikan senarai movie yang weols layan, semenjak 2/12/12, hingga setakat hari ini~










Amacam? Semua ceghita di atas amat berbaloi-baloi untuk ditonton di cinema kan.... :)

Twilight , Breaking Dawn (finale) : Romantic & adventure sikit. Cuma korang kena saksikan movie ni dari first episode agar tak terpinga-pinga when you watch the final episode. Malas nak taip review sebab mesti korang dah semua pon dah katam TWILIGHT ni .hehe.

The Hobbit , Unexpected Journey : Adventurous, humor, nice journey. Cerita ini adalah prekuel before The Lord Of The Ring. You have to watch The Lord Of The Ring first, supaya tak adalah muka uols terlopong je bila tengok cerita ni pastu mulalah kata cerita ni bosan, walaupun sebenarnye cerita ni best.  hehe (Klik sini untuk baca review The Hobbit)

CZ12 : Kalau ada Jackie Chan, dah semestinya cerita itu akan jadi best untuk ditonton. This one memang humor, adventure dan stailo. Cuma agak pening sedikit bila terselit cerita sejarah tentang kepala patung emas tu. Mungkin korang tak akan pening. Aku je jadi gitu pasal aku tak minat subjek sejarah. muahaha.(subjek kegemaran aku, matematik tambahan. LOL) Apapun, lakonan Jacke Chan dan kungfu style nya itu memang terbaeek. Loving it. heeee :)

Jack Reacher : Oh My Oh My. Look who's the hero. Tom Cruise!! Even he's getting older, tetapi masih bersemangat untuk melakonkan watak aksi. Cerita ini adventure, dan ada ala-ala detektif conan sedikit. Misi mencari klu pembunuh serta motif pembunuhan bermula apabila di sebuah bandar telah berlaku kes pembunuhan dengan cara melepaskan tembakan jarak jauh. Six shots, five dead. Polis rasa, mereka dah settlekan kes dengan menangkap orang yang disyaki melepaskan tembakan jarak jauh itu, but unfortunately, Jack Reacher terpaksa turun padang dan buktikan yang polis salah sama sekali. The very very busuk thing is bila polis pula yang terlibat sama bersekongkol dengan penjenayah. Whatever it is, lakonan Tom Cruise tetap maintain. =)

The Last Stand : Wah wah wah... lepas Jackie Chan, Tom Cruise, then now Arnold Schwarzenegger pula. Nasib tak terbolit lidah eden monyobut namo ekau ni jang. The Last Stand adalah cerita tentang Sherif yang bertugas di Summerton, bandar yang terpencil. Namun, tugas Arnold sebagai sherif makin mencabar apabila banduan bernama Cortez terlepas dari tahanan sewaktu proses pemindahann banduan. Cerita ni sangat awesome sebab banyak aksi 'ganaz' sewaktu pertarungan antara sherif beserta rakan-rakan dan Cortez beserta gang-gang jahatnya. Di samping ganaz dan action, semestinya terselit juga sedikit lawak jenaka.

The Impossible : Cerita yang penuh tragis dan debaran. Cerita ini sangat special kerana diambil dari kisah benar sebuah family yang bercuti di Thailand dan ditimpa musibah serta kesedihan apabila tempat percutian mereka dilambung ombak TSUNAMI pada tahun 2004 yang lalu. I think this is the first movie tentang kisah benar Tsunami yang sangat real dan menyebabkan penonton terhanyut sama dengan ombak tsunami. Serius babe!!. Sebagai penonton, daku pulak yang terasa cuak dan lemas serta amat gerun dengan kedahsyatan ombak tsunami yang mengganas. Cerita ini juga membawa penonton menghayati kesedihan ramai manusia yang kehilangan ahli keluarga mereka. Sayu pilu tersentuh hatiku especially sewaktu watak Thomas dan Simon bertemu semula abang mereka, Lucas dan secara kebetulan juga mereka bertemu ayah mereka di tempat yang sama. Selepas menonton movie ni, daku rasa takut pula tengok ombak di laut. Mengada-ngada kan. Terbawa-bawa dengan feeling masa tengok The Impossible ini. cheeehh. 


Itu sahajalah review simple daku untuk semua cerita di atas. Selamat menonton :)


THE HITZ