p

18 December 2012

Cameron Highland.The First Honeymoon. (Part 1) : Perjalanan, hotel, dan tips percutian.

Selamat sejahtera. =)

Honeymoon dan pasangan yang sudah berkahwin memang tak boleh dipisahkan. Ia ibarat biduk lalu, kiambang bertaut.chewahh~ Entri kali ni, tiada niat lain selain just nak share dengan uols tempat percutianku dan husband. Harap-harap boleh dijadikan panduan untuk mereka yang belum pernah sampai sini lagi. =) Happy reading~

Fenin juga kepala sebelum buat keputusan nak pergi mana untuk berbulan madu...ahakss... Tempat berbulan madu yang pertama selepas kawin ini sudah semestinya dalam Malaysia sahaja. Tak mau la gelojoh pergi happy happy jejauh di awal perkahwinan ni. Dah lama-lama nanti, merentas laut china selatan baru boleh masuk list tempat percutian kami. insyaallah.hehe..Sebelum buat keputusan nak pi mana, kami senaraikan tempat-tempat yang best untuk dilawat. Buat senarai pendek dulu then baru boleh fikir baik buruk dan kesesuaian semua tempat itu.

Pangkor, Langkawi, Bukit Tinggi, Janda Baik, Bukit Fraser, Cameron Highland, Genting Highland, Port Dickson?... arrrr yang mana satukah? Oleh kerana masa amat mencemburui weols dan dek kerana weols ni adventurous, malas nak book hotel awal-awal, semuanya last minit, dan tambahan lagi kami nak cuaca nyaman dan shejuk shejuk maka kami membuat keputusan untuk menjadikan Cameron Highland tempat kami menghabiskan masa bersama. Sebab weols bajet kat Cameron ni kan banyak hotel, so bila kami sampai, bolehla pakai terjah je hotel-hotel yang ada. Harap-harap nasib menyebelahi kami. weeeee ^__^ 

Cameron Highland~

Sebuah tempat percutian yangg menarik kerana cuacanya nyaman dan sejuk serta penuh dengan kehijauan. Sejuk mata memandang, sejuk lagi kaki yang berjalan. L.O.V.E

***

Aku dan husband bertolak dari Muar lebih kurang pukul 3.00 petang hari ahad 9/12/12 . Menempuhi jalan jem , tersekat di highway agak lama juga. Gitu gini gitu gini, berhenti solat dan makan, akhirnya kami sampai di Tol Tapah pada pukul 10.00 malam. Errrr memalam nak panjat jalan berliku Tapah ke Cameron. Can you imagine?..Oh my.... aku banyak-banyak berzikir je sepanjang perjalanan. Nasib baik ada juga beberapa ketul kereta lagi on the way naik to Cameron itu. phewwww~

Alhamdulillah, Sesampai sahaja di Tanah Rata lebih kurang pukul 11.15 malam, kami bercadang untuk check in hotel di Tanah Rata je, then esoknya kami cadang nak cari hotel yang sesuai untuk haniymun haha. Hotel oh hotel. Ronda punya ronda, banyak hotel dah penuh lorrr. Hotel yang ada bilik kosong pulak memang tak kena ngan jiwa kami. Contoh facilities in that hotel tak berapa nak selamat dan lengkap. Harga hotel is not the matter. We dont care if its cheap or expensive. Yang penting, bersih, selamat dan selesa. 

Dah penat ronda, malam pula dah makin larut, mata pula dah makin kuyu. Kami teruskan perjalanan ke Brinchang. Then terus park in depan hotel yang berderet. Kebetulan, ada last bilik kosong at satu hotel ni. Errrr~ terus check in dah. Tak larat nak tunggu. Budget Hotel ni memang selesa even biliknya takdela besar mana. Harga pun murah maa. Tak sampai RM100 but worth it coz facilities lengkap dan yang paling penting BERSIH. hehe ~ ~Hotel Flora de Cottage






Next day, on monday weols membuat keputusan untuk cari hotel lain yg lebih sesuai untuk first honeymoon ni. Ohhhh round and round and round and round semua full. Pelik yang amat. padahal hari isnin kot. Ok baru ku teringat yang sekarang ni kan musim cuti sekolah. (waduh waduh. apa-apaan sih) hehe. Jalan jemmm memanjang. Hotel full memanjang. Semua hotel yang ada bintang-bintang (5,4,3,2,1 bintang) kami terjah tau. Tapi full sajew. Then kami terjah sebuah hotel yang terletak di tengah-tengah pekan Brinchang. Hotel 3 bintang. Before this i pernah tidur sini with my siblings, but for this time, bila nak ambik bilik untuk 2 orang, terasa menyeramkanlah hotel ni. (Nama hotel tak perlulah daku nyatakan)

Payment for 2 night is RM400. Disebabkan kami terasa malas dah nak ronda cari hotel, kami pun bayar je la RM400 for 2 nights. Bila masuk sajew dalam bilik hotel ini, terasa bulu roma di tengkuk meremang-remang. ayoooo. apakah? Biliknya memang agak luas, tapi pasal apakah suram je? Masuk toilet, flush jamban tak boleh berfungsi. damn~ hiuuuu. suasana bilik yang suram dan daif. Tak berbaloi dengan rm400. dan yang paling kelakar, baru 10 minit my hubby lepak-lepak, dah ada lipas panjat seluar dia..hahahaa. ciann hubbyku.

Kitorang pun terus gagahkan diri pack balik semua barang, turun ke kaunter dan mintak semula payment rm400 tu. Nasib baik pekerja hotel ni faham perasaan dan keadaan kami. Gudbye hotel **** ******* =) .

Misi mencari hotel yang selesa dan ada kekosongan diteruskan lagi. Lastly, jumpa gak satu hotel ni. Even tak ada lif, kena guna tangga untuk panjat tingkat 2 dan 3, tapi puas hati lohhh. Puas hati sebab hotel ni baru. Facilities lengkap dan yang paling utama BERSIH serta TIDAK SURAM Ok!! suasana dan kebersihan hotel haruslah membuka selera kita, agar dapat tidur dengan tenteram.=)   ~ ~Hotel Parkland





 Begitulah cerita awal pengembaraan kami. (eh! macam Dora the explorer pulak nak mengembara kan. ) Ok, salah-salah. Begitulah cerita awal honeymoon kami.

Let me share with you the tips if u nak melawat CH ini. Next, entry part 2 baru aku share tempat-tempat yang menarik untuk dilawat sepanjang kami berada di sini.

***

Tips-tips @ cameron : 

1) Book Hotel awal-awal
Jangan contohi weols yang adventurous ni ye. hahahar. Sila buat tempahan awal book hotel kalau korang bercadang nak bercuti di sini waktu hujung minggu atau sepanjang waktu cuti sekolah. Kalau ada bilik hotel yang kosong, memang rezekila. alhamdulillah :) tapi kalau tak ada, sila cuba lagila ye ~

2) Pastikan payung dan baju panas (Sweater) sentiasa ada bersama.
Hujan memang suka menyimbahi tanah tinggi Cameron ini. Kalau uols jenis tough and steady, tak payah pakai payung pon takpe. Tapi kalau dah hujan tu lebat selebat lebatnya mestilah guna payung supaya tak diserang flu, influenza bagai. Pemakaian sweater itu terpulang kepada anda sebenarnya, tapi kalau anda berdarah sejuk seperti saya, wajibbul ghunnah pakailah sweater untuk panaskan badan. ^_^


3) Pastikan korang ada peta tempat percutian.
Kalau first time korang sampai di sini, peta itu sangatlah penting. Penting supaya korang tak adalah tercari-cari tempat yang ingin dilawat nanti agar masa tak terbazir begitu sahaja. hehe. Pastikan korang beli peta Tanah Tinggi Cameron yang latest dan peta yang lengkap dengan lorong-lorong sempit sekali. Bukan sahaja di cameron ni, malah kalau uols pergi bercuti mana-mana pun, makesure pergi beli peta terlebih dulu. Then, semua peta tempat yang korang pernah lawat nanti boleh dijadikan koleksi sebagai kenangan sepanjang zaman . (auwwww so memorable and wonderful)


4) Pastikan korang isi minyak kenderaan secukupnya
Kalau di Cameron Highland, tempat yang korang boleh isi minyak adalah di Ringlet sahaja. So, make sure korang isi penuh-penuh at Ringlet sebelum sampai Brinchang ok. deal! =) 

5) Pastikan youall pilih masa yang sesuai
Last tips, pleaselah, if uols nak lovey dovey honeymoon berdua sahaja (tak kira usia perkahwinan anda), janganlah pilih time cuti sekolah dan time weekend. Jem dan kesesakan kat atas tanah tinggi ni dah macam kat KL pon hado. hayyooo ammmaa =)



Itu sahaja. untuk Cameron Highland part 1 ^_^

Jangan lupa untuk baca sambungan seterusnya . TQ.



THE HITZ