p
Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

19 November 2012

Pengalaman bersama gigi besi / braces

Assalamualaikum warahmatullah
Selamat sejahtera


Gigi Besi!!!

Itulah word yang sinonim dengan pemakai braces. Memang lazimlah orang akan panggil si gigi besi. Dah namanya pun letak besi dekat gigi. Fungsi besi ni adalah untuk menarik gigi2 masuk ke dlam saf jemaah yang betul..eheksss :) Malu ker bila ada besi ni? Oh tidak sama sekali! sebab ku rasa memakai besi di gigi ibarat memakai cincin emas di jemari...hehe :)

Aku pun tak pernah sangka yang aku akan berkecimpung dalam dunia gigi besi ni...chewah~ Mehla aku citerkan sikit pengalaman setahun jagung aku bersama pendakap gigi ni.. HeeEeeEee (#smile sampai telinga sambil tengok gigi kat webcam lappy)

Aku pakai braces ni sebabnya gigiku ni bosar-bosar, rahangku pulaks kecil sajer. Jadi, gigiku ni terlalu rapat sampai takde ruang sangatlah untuk gigi bongsu tumbuh. Kedudukan gigi sebegini pun boleh menyebabkan gigi tak berapa simetri. ehem3. Jadi jelaslah aku pakai braces ni bukan sebab nak cun melecun wokeyh. Niatnya (seperti dalam entri aku yang lepas) adalah untuk 'kesihatan'. Kesihatan dan kebersihan gigi pun amat penting dalam diri muslimin cemerlang.. hehehe  Hanya insan yang senasib denganku je paham. :)

Untuk pengetahuan uols, mase first time aku pergi dentist, nurse just bagi advice dan bagitahu semua charge yg aku kena bayar if i agree. Then buat appointment untuk jumpa doc. Second time datang barula dapat jumpa doc. First time jumpa doc, doc just buat apa2 yg patut bergantung pada gigi kita. Eg: scaling, tampal, bersihkan gigi,  x ray etc. Doc kata gigi aku tak perlu di xray.yeahh lega aku time tu!! Then doc aku ni terus buat model gigi. Time buat model gigi ni aku terasa macam kelakar pulaks... Sebab kena menganga mulot lama gilak weh , then doc masukkan benda alah hape entah dalam mulut aku untuk dia acukan bentuk2 gigi aku ni menjadi model. Nasib baik mulut aku tak koyak u,kalau koyak, jatuhla harga hantaran kawen aku muahahah =) 

Second appointment aku ni yang paling aku tak suka sangat. Sebab doc nak cabut dua batang gigi geraham aku (gigi nombor 4, atas dan bawah)...Time ni aku terasa macam masa zaman kanak-kanak tadika yang takutkan doctor gigi pulak. Seram sejuk aku. (#over pulak) Saje nak menakutkan korang. Takdela sakit sangat sebenarnya kena cabut gigi ni sebab dia inject bius dulu la. Bagi aku, time inject tu lagi sakit dari time cabut. Mengalir air mata aku time doc inject bius kat gusi aku tu tau. Then masa dia cabut gigi aku yg dah tua ni, kepala aku turut bergegar2 sama. Macam nak cabut pokok tua yg dah berakar kat tanah tu. Woooo, boleh bayangkan tak camne gegaran kepala aku time tu. hehehe 

Third appointment, 2 batang gigi sebelah kanan pulak kena cabut. So, hakikatnya aku dah takda 4 batang gigi hokey~ Memanglah hazab sikit time tuh. Lagi hazab bila time doc letak seperator kat gigi geraham aku. Tujuan seperator nak menjarakkan sikit gigi geraham sebelum pasang braces. Aku kena berpantang makan bubur n makanan lembut je selama sebulan.( dah macam  baby tua pulak) . =p



Appointment aku yg keempat, barulah doc pasangkan besi a.k.a braces pada gigi aku niy. Macam-macam peralatan dia guna. Aku pulak yang menunggu penuh tak sabar, nak tengok achaner la ghuper aku bile ada besi kat gigi. Bila dah siap, dia bagi aku cermin. Jeng3.... heeee. ermm macam alien aku tengok ghuper aku dengan braces for the first time bebeh. For the first time jer. Tapi lama-lama makin comel taw tak (nak muntah?aku pon!!) Hehe. doc nasihatkan, kene jaga bracket braces betul-betul. Kalau 1 bracket patah , kena bayar RM50. OMG! So, aku tak boleh nak membelahap ayam macam orang gelojoh....ahaks

Selama 2-3 bulan jugakla aku ni kurus keding, sebab kena makan bubur and benda yang lembut-lembut jer. Mulut pulak banyak ulser time mula-mula pakai sebab dinding mulut ni baru nak mengenali bendasing yang telah dipasang di gigi. Kadang-kadang besi-besi braces berlaga ngan dinding mulut sampai timbul ulser. Tapi benda ni tak berterusan. Bila lama-lama pakai, semuanya jadi SMOOTH N SILKY. Nak kata sakit bile pakai braces, takdela teruk sangat. Macam kena cubit je sakit dia. Hehe. And every month akan rasa sakit macam kena cubit dalam 2-3 HARI sajer. Sakit sebab doc ketatkan besi2 tu bagi nak mendidik gigi masuk saf jemaah yang betul.

So, janganlah risau yer. Braces tidak membunuh anda sebaliknya akan menjadikan anda orang yang teliti dengan kebersihan, meningkatkan kesihatan gigi anda dan menjadikan senyuman anda semanis kurma...wawawaaa =)

#blue ligating module (abaikan hidung aku yg macam shah rukh khan itew)


Benda yang paling aku suka ~ setiap bulan aku boleh tukar2 warna ligating module braces ikut mood aku. Jadi, takdelah kebosanan bila tengok gigi sendiri selama 2-3 tahun dengan braces ni. Kadang-kadang warna biru, kadang-kadang hijau, then warna warni. Situasi paling tak menahan, masa aku pakai warna hijau, 
student boleh pulak cakap "chegu, chegu letak chewing gum ke dekat gigi?" 
"yerla chewing gum. awak nak makan ke?" jawabku berseloroh. 
Teruja betul bebudak ni menonton kecanggihan gigi aku ni .. hehehe ;)

Oh yer, lupa pulak aku nak khabor.!! Harga braces di klinik swasta lebih kurang RM3000++ hingga RM6000++ depends on the clinic and doctor. Harga braces aku RM4600 . Bayaran downpayment, RM1000 then seterusnya boleh bayar ansuran RM150 every month time appointment ngan doc.

Kalau umur anda or anak anda bawah 18 tahun, still boleh buat di klinik kerajaan. Tapi kena beratur tunggu giliran sebab harganya percuma, then ramai yang berderet nak pasang di situ. Mungkin kena tunggu 3-4 tahun hingga giliran anda dipanggil, bergantung pada keadaan....

Itu sahajalah pengalaman aku bersama braces. Selamat mencuba. hehe (#senyum nampak gigi besi )


Terima kasih daun keladi


^____^

THE HITZ