p
Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

28 May 2013

Review : Fast & Furious 6 VS Vehicle 19 : "Didikan ibu bapa amat penting"

Assalamualaikum wbt..
Selamat Sejahtera..

Movie and cinema time. (Mukadimah yang amat pendek.hahaharr)


Vehicle 19 Review:

Cerita berkisar tentang seorang banduan yang ingin berjumpa isterinya yang tersayang, dan pengembaraannya bermula apabila beliau tersalah naik kereta sewa selepas turun dari flight. Di dalam kereta sewa itu rupa-rupanya ada seorang peguam yang diculik dan harus diserahkan kepada ketua polis di daerah berkenaan. Maka mulalah misi banduan ini dengan kereta yang bernama vehicle 19 tu.

Bagi diriku, walaupun pelakonnya amatlah famous, namun ceghitanya ini adalah ceghita yang paling bosan dalam abad ini dan tidak layak langsung diletak di cinema untuk ditonton (mood kecewa betul aku ek). Harga tiket je dah lebih rm8. Tak berbaloi u. Rasa macam nak mintak depa pulangkan balik duit tiket tadi. Penonton keluar dari panggung ceghita ni pun dengan semuanya muka tak puas hati.. ahaksss, Tetapi nak buat macamano. Tiket pun sudah terbeli, layankan ajelah ye.

Daku dan suami buat andaian, mesti pembuat filem ini tak cukup modal sebab view kamera dia asik dari dalam kereta sahaja. Rimas lah mata aku yang menonton ni. hehe. Hatta, masa watak utama ceghita ni nak tukar warna kereta dia dekat bebudak graffiti pon, view kamera masih dari dalam kereta. aduyyyyy,spoil. Tak nikmat and tak feel betul. hahhh. Macam kau masukkan popcorn dalam mulut tapi kau telan aje, takde rasa popcorn, cuma rasa ada benda lalu kat tekak je. haha.



Walaupun ceghita ni bosan tahap gaban, namun ceghita ini tak ada aksi-aksi yang 'kurang sopan' sangat, jadi tidak mengapa kalau uols berminat nak bawa anak-anak kecil uols datang menonton bersama..hewhehwhew

Nasihat daku, korang harus bijak memilih movie yang best dan berpatutan dengan harga tiketnya. Jangan terpedaya dengan pelakon dan trailer lah. hehe. Seharusnya korang kena baca review movie daripada blogger yang bermurah hati nak buat review dahulu sebelum pergi menonton. (blogger macam aku lah tew.. kikiki)

Yawnn..zzzZzz

NEXT STORYY PLEASE!!

Fast and Furious 6 (tetiba mataku menjadi boolat apabila mahu buat review pasal ini celita lorhh)

Fast and Furious 6 punya ceghita :

Pada hari Sabtu yang lepas, di Kota Tinggi, my adik-adik ipar, bakal kak ipar, and abang ipar ajak pergi nonton movie at Heritage Mall Kota Tinggi (8 orang kesemuanya hihihi). Memula nak tengok ceghita Bikers (Auuwwwwiiiyy. nada suara ala-ala jozan), tetapi akhirnya telah bertukar ke ceghita Fast and Furious 6. Owyeaaaa. Terima kasih kepada abang ipar yang belanja weols. hehehe.

Actually ini adalah gambar 3 bulan lepas, sewaktu kami menonton Hantu Kak Limah, Jin Pakai Toncit.. With my husbands family from left > abah, adik ipar, ibu, mak, and me =) .
Gambar masa menonton fast and furious 6 with husbands siblings only takdak pulak. sowryy 



Fast and Furious 6 (FF6). Ceghitanya berkisar tentang Agent Hobbs (Dwayne Johnson aka The Rock) mendapatkan khidmat Dom (Vin Diesel), Brian (Paul walker) and the gang untuk satu misi. Dom bersetuju untuk menyelesaikan misi ini setelah beliau dapati orang yang pernah dicintai, iaitu Letty yang dianggap telah mati, sebenarnya terlibat dalam kelompok gang pemandu upahan London itu. Maka mulalah misi mereka menumpaskan pemandu-pemandu upahan ini dengan cara bertanding dengan cara pemanduan juga. =)

Semua penonton dalam panggung amat teruja sewaktu menonton FF6 ni sebab aksinya yang mampu menyebabkan adrenalin mengalir laju katakau. Fiuhhh. Banyak aksi extreme dan mendebarkan dan banyak juga terselit lawaks lawakas yang mampu buat isi perut bergoncang-goncang kerana ketawa terbahak-bahak. Tapi kan, paling banyak-banyak aksi, aksi yang paling guwe tak menahan ialah aksi di lebuhraya sewaktu Letty tercampak dari kereta kebal, dan Dom melompat dari lebuhraya sebelahnya untuk mendapatkan Letty.. Aksi Superman gituhhh ahakss. Daebak!! ~ Ending cerita ni menyebabkan daku tak sabar nak tunggu Fast and Furious 7 pula . Mungkin ceritanya akan berkisar di Tokyo pula.

Ceghita ini memang diklasifikasikan sebagai movie untuk 18 tahun ke atas sebab banyak aksi-aksi ganas, extreme dan seksi =.= . Sesuai ditonton oleh orang dewasa seperti kami sahaja okey. Bebudak sekolah jangan berangan tau nak tengok. phbbbtt. haiiih =P

Oh ya! Apabila bercerita tentang movie 18 tahun ke atas, masa kami (orang dewasa dan dah baligh okey.hehe) syiok syiok tengah feeling-feeling aksi lumba kereta, tak sangka pula ada suara anak-anak kecil dalam 5,6,7,8 tahun gituh bising-bisng bersuara. Ramai pula tu. =.=

Perlu diingatkan kepada ibu bapa yang masih muda mudi, elakkanlah bawa anak-anak kecil anda menonton ceghita-ceghita yang sudah jelas terpampang untuk tontonan 18 TAHUN KE ATAS SAHAJA.

Kesian tengok anak-anak kecil disuap menonton ceghita ''aksi-aksi'' sedari kecil. Memanglah if movie barat masuk Malaysia, ia akan ditapis, but still tak sesuai untuk anak-anak kecil yang berumur 5,6,7,8,9 tahun menontonnya. Ibu bapalah yang mencorakkan kain putih yang masih suci bersih itu. Jadi, pandai-pandailah pilih hiburan yang bersesuaian dengan usia dan KEMATANGAN anak anda. peace =)

If parents with small kids berminat nak bersantai-santai menonton cinema movie, better youalls bawa babies youalls menonton cerita Epic ni haa. hihii.



Aku dan husband terasa macam nak pergi nonton Epic pula malam ni.. hehee... 

see ya~

TQ for reading my review :)



21 January 2013

Movie and Cinema Time

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera

Hye semua. Apa khabar anda hari ini?. Harap semua sihat walafiat hendaknya.

Eh ngkorang nak tahu tak.....Semenjak bergelar Puan, entah kenapa daku dan asben memang rajin bebenor melayan movie at cinema. Mungkin dek kerana menonton movie di pawagam memang memberi kepuasan sebab dapat fefeeling cerita di layar skrin yang bosar dan sound effect yang menikam jiwa. Walaupun masa zaman muda-muda dolu rajin juga aku melayan movie dengan member-member sejantina tetapi feeling layan movie dengan husband lebih meriah lagi. Wahhh. (Alhamdulillah, masa yang kami ada harus digunakan sebaik mungkin) hehehe.

Walaupun fefeeling indah, namun pemilihan movie yang amat bagus untuk difeelingkan pon amatlah penting. Janganlah kau dah bayar duit tiket kemain mahal (atas rm5 tu mahal le.haha) tapi lepas 15 minit movie dah play, kau boleh rasa nak sorong bantal dan bentang tilam, tidur dalam itu pawagam. hihi. 

Cuba ngkorang peratikan senarai movie yang weols layan, semenjak 2/12/12, hingga setakat hari ini~










Amacam? Semua ceghita di atas amat berbaloi-baloi untuk ditonton di cinema kan.... :)

Twilight , Breaking Dawn (finale) : Romantic & adventure sikit. Cuma korang kena saksikan movie ni dari first episode agar tak terpinga-pinga when you watch the final episode. Malas nak taip review sebab mesti korang dah semua pon dah katam TWILIGHT ni .hehe.

The Hobbit , Unexpected Journey : Adventurous, humor, nice journey. Cerita ini adalah prekuel before The Lord Of The Ring. You have to watch The Lord Of The Ring first, supaya tak adalah muka uols terlopong je bila tengok cerita ni pastu mulalah kata cerita ni bosan, walaupun sebenarnye cerita ni best.  hehe (Klik sini untuk baca review The Hobbit)

CZ12 : Kalau ada Jackie Chan, dah semestinya cerita itu akan jadi best untuk ditonton. This one memang humor, adventure dan stailo. Cuma agak pening sedikit bila terselit cerita sejarah tentang kepala patung emas tu. Mungkin korang tak akan pening. Aku je jadi gitu pasal aku tak minat subjek sejarah. muahaha.(subjek kegemaran aku, matematik tambahan. LOL) Apapun, lakonan Jacke Chan dan kungfu style nya itu memang terbaeek. Loving it. heeee :)

Jack Reacher : Oh My Oh My. Look who's the hero. Tom Cruise!! Even he's getting older, tetapi masih bersemangat untuk melakonkan watak aksi. Cerita ini adventure, dan ada ala-ala detektif conan sedikit. Misi mencari klu pembunuh serta motif pembunuhan bermula apabila di sebuah bandar telah berlaku kes pembunuhan dengan cara melepaskan tembakan jarak jauh. Six shots, five dead. Polis rasa, mereka dah settlekan kes dengan menangkap orang yang disyaki melepaskan tembakan jarak jauh itu, but unfortunately, Jack Reacher terpaksa turun padang dan buktikan yang polis salah sama sekali. The very very busuk thing is bila polis pula yang terlibat sama bersekongkol dengan penjenayah. Whatever it is, lakonan Tom Cruise tetap maintain. =)

The Last Stand : Wah wah wah... lepas Jackie Chan, Tom Cruise, then now Arnold Schwarzenegger pula. Nasib tak terbolit lidah eden monyobut namo ekau ni jang. The Last Stand adalah cerita tentang Sherif yang bertugas di Summerton, bandar yang terpencil. Namun, tugas Arnold sebagai sherif makin mencabar apabila banduan bernama Cortez terlepas dari tahanan sewaktu proses pemindahann banduan. Cerita ni sangat awesome sebab banyak aksi 'ganaz' sewaktu pertarungan antara sherif beserta rakan-rakan dan Cortez beserta gang-gang jahatnya. Di samping ganaz dan action, semestinya terselit juga sedikit lawak jenaka.

The Impossible : Cerita yang penuh tragis dan debaran. Cerita ini sangat special kerana diambil dari kisah benar sebuah family yang bercuti di Thailand dan ditimpa musibah serta kesedihan apabila tempat percutian mereka dilambung ombak TSUNAMI pada tahun 2004 yang lalu. I think this is the first movie tentang kisah benar Tsunami yang sangat real dan menyebabkan penonton terhanyut sama dengan ombak tsunami. Serius babe!!. Sebagai penonton, daku pulak yang terasa cuak dan lemas serta amat gerun dengan kedahsyatan ombak tsunami yang mengganas. Cerita ini juga membawa penonton menghayati kesedihan ramai manusia yang kehilangan ahli keluarga mereka. Sayu pilu tersentuh hatiku especially sewaktu watak Thomas dan Simon bertemu semula abang mereka, Lucas dan secara kebetulan juga mereka bertemu ayah mereka di tempat yang sama. Selepas menonton movie ni, daku rasa takut pula tengok ombak di laut. Mengada-ngada kan. Terbawa-bawa dengan feeling masa tengok The Impossible ini. cheeehh. 


Itu sahajalah review simple daku untuk semua cerita di atas. Selamat menonton :)


15 December 2012

The Hobbit :An Unexpected Journey memang terbaik!!

Assalamualaikum wbt
Selamat Sejahtera =)

Hye uols. Im so sorry kerana tersepi sekejap saje sebab kita pergi berjalan-jalan dengan asben terchenta. hehehe. Tapi kita belum ada mood nak buat entry destinasi chenta kami. Nanti ada masa, iols update pasal tempat percutian itu hokey.

***

FYI, Aku pergi berjimba dengan asben last night. pukul 11.25 malam at Kuantan.(lovey dovey!!) Berjimba mau tengok satu movie lohh. Memula hajat nak tengok twilight. Tapi takda pulak kat situ, jadi kami pun mengambil keputusan to watch The Hobbit : An Unexpected Journey.

Adapun kisah, sewaktu iols n my asben tengah bergumbira berjalan berpelukan (peluk mesra pinggang je maa, bukan bercumbu pon) dan berpimpin tangan masuk dalam lif (lepas kawin kan dah halal semua, apa salahnya nak romantik2.hehe.pewitt!) tiba-tiba ada seorang hamba Tuhan yang tersangat perihatinkann bersuarakann. 

"Lif ni berat. Kalau berat nafsu takpe, tapi jangan berat dosa!"

 Kata mamat itukann. muahahahaha. 

Aku rasa nak tergelak berguling-guling pon hado. Aduyai. Pasangan kapel yang tak sah di sekeliling dia itukan, takde pulak nak soundcheck soundcheck kan! Mentang2 muka iols ni muda jelita (weksss) kelihatan macam bebudak sekolah, boleh pulak dia pakai taram je yang weols ni berfoya-foya tanpa ikatan sah lagi halal. bhahahaha. Pedulilah sama itu mamat, Kitorang keluar lif , terus je lagi kuat pelukkan kasih sayang weols. hahah. 

Kami peluk pimpin tangan dapat pahala tau, itu mamat perli-perli dapat dosa tahu nggak. Menurut ustazah siti norbahyah (semanis kurma.*wink2*) pasangan suami isteri kena saling peluk-peluk.(Auwwww) Barulah semakin erat kasih sayang rumahtangga insyaallah (ni ustazah yang kata, bukan i tau)  =) 
Aku rasa itu mamat jelezzzzz maaa. hik3. Persyaithonkanlah cerita kelakarlahsangat mamat itu, sebab aku nak habaq hang yang cerita The Hobbit memang terbaik baa!! hehe.

Panjang intro aku~ lalalaaa.

***



Cerita The Hobbit ni sebenarnya adalah kisah sebelum The Lord Of The Ring (prekuel sebelum TLOTR). Kisah pasal Bilbo Baggins, ayah kepada Frodo. (Thats why at the beginning ada ayah Frodo flashback 60 years before). Ia adalah kisah pengembaraan Bilbo Baggins (Ayah Frodo) ke Lonely Mountain dengan orang-orang kerdil untuk mendapatkan semula harta yang telah dicuri oleh dragon Smaug. 

Movie ni juga mengisahkan bagaimana Gandalf (salah seorang wizard daripada 5 orang wizard)  boleh terpikat dan teruja untuk memilih Bilbo Baggins menyertai pengembaraan mereka ke Lonely Mountain yang diketuai oleh Thorin. Bilbo Baggins sebenarnya ada kelebihan dan kekuatannya tersendiri yang menyebabkan Gandalf 'terpikat' dan rasa senang hati dengan dia. Walaupun Thorin memandang rendah terhadap Baggins tapi nanti, ada satu part, Baggins yang menyelamatkan nyawa Thorin.

Journey ini pun akan tunjuk bagaimana Bilbo Baggins boleh mendapatkan cincin azimat (The Lord Of the Ring) dan bagaimana mereka semua menentang dan mengharungi segala rintangan monsterssszz yang ada.


In this movie uols akan berkenalan dengan watak-watak : Bilbo Baggins, Galadriel, Gandalf, Gollum, Oin Ori, Golin, Balin, Bifur, Dwalin, Bofur, Fili, Bombur, Kili, Dori, Thorin, dan ramai lagi.
Korang boleh klik sini kalau nak ushar-ushar photo shoot cerita ni 

Journey yang paling best, terbaik, humor, adventure..arrrrr semua ada. Lima bintang guwe bagi!!!! Forsure movie ni akan menjadi movie kegilaan aku after The Lord Of the Ring, Transformers and Twilight.


Kepada peminat The Lord Of The Ring, jangan lepaskan peluang menonton cerita ni. Yang tak minat The Lord Of The Ring (TLOTR) pun boleh tengok, sebab aku konfem daripada perasaan korang tak minat TLOTR ituh akan bertukar kepada teruja, kagum plus plus tergoda dengan cerita ini. hihi.

Seperti biasa, cerita ni memang ada part 1, part 2, part 3 macam Twilight, TLOTR, Star Wars, Transformers. Jadi anda perlulah bersabar untuk tunggu sambungannya nanti.  =) 



Yang penting fokus masa watch the movie and enjoy it. :)

Ehemmmm. pssstttt~ I wonder, bilakah filem malaysia nak buat filem macam ni. Asik cerita gangster, taiko, rempit, bohsia, bohjan, cinta, hantu yang agak memboringkan je. ikhlas dari hati nuraniku niy. adioss



Selamat menonton dan TQ kerana sudi membaca ^_^




THE HITZ