p
Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

04 October 2013

Tips untuk Pasangan Hujung Minggu / Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Moga kita sentiasa di bawah lembayung maghfirah dan rahmah Allah swt.

Siapa yang sempat menonton Rancangan Semanis Kurma di TV9 malam tadi? Sila angkat tangan. Hehe. Alhamdulillah. Tajuk yang dibincangkan malam tadi (3/10/2013) amat menarik, malah di Facebook Rancangan Semanis Kurma pon, ramai yang bagi respon. Wahhh! Maknanya memang banyak Pasangan PJJ (Perkahwinan/Pasangan Jarak Jauh) zaman sekarang ni heh.

Hey, hey. Even orang kata ada manisnya duduk jejauh ni, tapi banyak juga cabaran dan dugaan yang dihadapi. Semuanya bergantung kepada diri individu itu. Seperti cerita yang saya kongsikan sebelum ini, dugaan dan cabaran yang Allah beri itu berbeza mengikut individu. Mungkin dugaan anda lain, dugaan saya lain, dugaan dia lain. 





Justeru, izinkan saya berkongsi tips-tips yang sempat disalin dari ustaz dan ustazah dalam Rancangan Semanis Kurma Episod 24. (syukran ya ustaz, ustazah n tetamu-tetamu jemputan )

Petua dan Tips-Tips untuk Pasangan Hujung Minggu / Perkahwinan Jarak Jauh / PJJ

1) Gunakan masa yang ada (bersama) dengan berkualiti. Bermakna, setiap kali berjumpa, kena banyak spend time together-gether, membincangkan hal rumahtangga, bermesra, bercuti, dan segala-gala aktiviti yang manis-manis belaka. Perlulah synchronize kan wishing list suami dengan wishing list isteri.

2) Pentingnya sentuhan suami isteri walau jarak jauh. Dalam keadaan jarak jauh, sentuhlah hati isteri dengan layanan dan tindakan yang sewajarnya kerana lumrah wanita memang agak ber'emosi' apabila berjauhan dengan suami.

3) Sentiasa refresh relationship setiap kali berjumpa. Eg : pergi bercuti mengikut kemampuan dan bagi hadiah walaupun murah.

4) Perlu yakin dengan kesetiaan pasangan masing-masing. Walau jasad jauh , namun itu tidak memisahkan dua hati suami isteri.

5) Fikir semula apa matlamat kita sebagai suami isteri?. Kebahagiaan hidup ini, kita yang tetapkan. Jika kita rasa bahagia dengan duduk sebumbung, itulah bahagianya. Jika kita rasa bahagia duduk berjauhan, itulah bahagianya. Jika tiada lagi rasa bahagia duduk berjauhan, maka ambillah keputusan untuk duduk sebumbung dengan suami. Ps/: Bab yang ni kena fikir masak-masak kerana kalau kita dah kerja gomen ni, perlu difikir banyak kali untuk berhenti kerja dan cari kerja lain. Tambahan lagi dengan status ekonomi sekarang di mana barang-barang semua naik harga. Ye dak? Fikir-fikirkan. Moga ada jalan penyelesaian.

6) Suami isteri harus berani membuat keputusan yang tepat, bijak, dan terbaik demi rumahtangga yang kita bina.





7) Amalkan 7 T :
  • Tahan - Tahan daripada godaan
  • Tabah - Harungi segala dugaan dengan hati yang tabah
  • Teknologi - Gunakan teknologi untuk membina keakraba suami ister. Eg : Whatsapp / Video Call/ Call / Sms / Beli hadiah online dan poskan melalui online kepada suami isteri di hari penting / Beli bunga online dan pos ke suami or isteri secara surprise / Makan sama-sama di hadapan webcam masing-masing.
  • Tunggu - Tunggu pasangan kita dengan sabar
  • Telus - Jujur dengan pasangan dan jangan sembunyikan masalah
  • Tekad - Berazam dan bertekad untuk mempertahankan rumahtangga kita
  • Takdir - Apa juga yang berlaku, kembali semula kepada Allah SWT

8) Andai buntu, mohonlah petunjuk daripada Allah SWT "Setiap kali aku merasa kesusahan dalam menyelesaikan masalah, aku membaca istighfar lebih kurang seribu kali. Sehinggalah Allah memberikan jalan keluar untukku." - Ibnu Taimiyyah.


9) Jika ada pilihan yang lebih baik, pilihlah perkahwinan jarak dekat. Lebih elok duduk sebumbung daripada duduk berbumbung-bumbung. Ps/: Perlu ajukan nasihat ini kepada pihak atasan yang berwajib. hihi


10) Suami isteri bolehlah amalkan Doa Nabi nuh : Surah hud ayat 47 (Doa agar Allah beri kekuatan & kesabaran) dan Doa Nabi Hud : Surah hud ayat 56 (Doa agar Allah beri kepada kita sentiasa mengikut jalan yang lurus dalam kehidupan berumahtangga)


Semoga perkongsian ini berguna untuk semua pasangan suami isteri yang terpisah dek lautan, dek banjaran, dek sungai dan dek gunung ganang. Next, jom sama-sama kita hayati pantun nasihat yang dikongsikan pada akhir rancangan Semanis Kurma.


Pantun nasihat dari Puan Noraini (Kaunselor UIA)

Abang utara dinda selatan,
Rindu kasih bukan sebarang,
Jangan tergoda bisikan syaitan,
Menghasut hati berlaku curang

(Dugaan PJJ : akan terbuka kepada banyaaakk 'dugaan'. Kita perlu ada ketetapan hati dalam menangani isu ini. Nauzubillah)

Rambutan di laman terpatah dahan,
Pohon pauh di tepi paya,
Tetapkan iman yakinkan Tuhan
Biarpun jauh, tetap setia.

Pantun nasihat dari Mohd Hafifi (Kaunselor UIA)

Biarpun jauh jarak, kasih rindu makin semarak,
Biarpun jarang bertemu, mengajar kita erti merindu,
Biarpun tak nampak di mata, mengajar kita erti setia,
Biarpun kita dilanda ujian, mengajar kita erti berkorban,
Biarpun kita rasa pedih, mengajar kita erti sedih,
Biar orang memandang sengsara, mengajar kita erti bahagia,
Biar kita saling percaya, bahagia dan derita adalah kita,
Biarpun sakit setengah mati, itu mengajar yakinkan Illahi,
Percaya pada Tuhan,
Kita hamba diberi ujian.





 Apabila rindu menerpa diri dan sukar diubati, perbanyakkanlah zikir di hati.


Sekian,
Salam Sayang dari HafRizah Official Blog.

Terima kasih kerana sudi membaca.  :)

Wassalam.






09 January 2013

It is WEDNESDAY. And It is a WORDLESS day.

Assalamualaikum
Salam Sejahtera



Syhhhhhh...You are now entering Wordless Wednesday Zone. =)









info : Wordless Wednesday. Apakah?. Wordless Wednesday adalah hari di mana para blogger buat entry bubuh gambor sahaja. Tanpa menaip apa-apa. Gambar yang menceritakan segala. Tapi, daku sudah tertaip sedikit sebab nak bagi penerangan kat kome semua apakah itu Wordless Wednesday yang popular di kalangan blogger. hehe.

TQ. See ya  ;)


25 November 2012

Optimis, Live, Life, Love

Assalamualaikum warahmtullah.
Selamat sejahtera


Hai kengkawan (Sambil melambai tangan) ^.^ mood harini,  ingin saya kongsi kata-kata motivasi yang boleh dijadikan pedoman untuk semua. Happy reading =)



"Bukan kerana hari ini INDAH, kita BAHAGIA
tapi kerana kita BAHAGIA, hari ini menjadi INDAH"

"Bukan kerana tidak ada RINTANGAN kita menjadi OPTIMIS 
tapi kerana kita OPTIMMIS, maka RINTANGAN menjadi tak terasa"

"Bukan kerana MUDAH, kita JADI YAKIN 
tapi kerana kita YAKIN DIRI, maka semuanya menjadi MUDAH"

"Bukan kerana semua BAIK, kita TERSENYUM
tapi kerana kita TERSENYUM, maka semua menjadi BAIK."(insyaallah) ^_^

"Tidak ada hari yg menyulitkan kecuali kita SENDIRI yg membuatnya SULIT"



...

ALPHABET KEJAYAAN


A ; Accept, terima diri kita sebagaimana adanya.
B ; Believe, percayalah terhadap kemampuan diri kita untuk meraih apa yang anda inginkan dalam hidup.
C ; Care, ambil peduli pada kemampuan kita untuk meraih apa yang anda inginkan dalam hidup anda.
D ; Direct, arahkan fikiran pada hal-hal positif yang meningkatkan kepercayaan diri.
E ; Earn, terimalah penghargaan yang diberikan orang lain dengan tetap berusaha menjadi yang terbaik.
F ; Face, hadapi masalah dengan jujur dan yakin.
G ; Go, pergilah ke arah kebenaran.
H ; Homework,kerja rumah(do 'homework') adalah  penting untuk mendapat maklumat..
I ; Ignore, abaikan celaan orang yang menghalangi jalan kita mencapai tujuan.
J ; Jealously, rasa iri hati dapat membuat kita tidak menghargai kelebihan diri kita sendiri. Jadi, hindarilah.
K ; Keep, terus berusaha walaupun beberapa kali gagal.
L ; Learn, belajar dari kesalahan dan berusaha untuk tidak mengulanginya lagi.
M ; Mind ,mind the important business dan tidak menyebar gosip tentang orang lain.
N ; Never, jangan pernah QUIT dan PUTUS ASA.
O : Observe, amatilah segala hal disekeliling kita. Perhatikan, dengar dan belajar dari orang lain.
P ; Patience, sabar adalah kekuatan tak ternilai yang membuat kita terus berusaha.
Q ; Question, pertanyaan diperlukan untuk mencari jawapan yang benar dan menambah ilmu.
R ; Respect, hargai diri sendiri dan juga orang lain.
S ; Self Confidence, Self Esteem, Self Respect, percaya diri, harga diri, dan penghormatan diri membebaskan kita dari saat-saat tegang.
T ; Take, bertanggung jawab, atas setiap tindakan anda.
U ; Understand, fahami bahwa hidup ini berputar sekjap di atas, sekejap di bawah.
V ; Value, nilai diri sendiri dan orang lain, berusahalah melakukan yang terbaik.
W ; Work, bekerja dengan tekun, jangan lupa berdoa.
X ; X’tra, usaha lebih keras membawa keberhasilan.
Y ; You,yourself,diri anda sendirila dapat membuat suatu yang berbeza kepada perjalanan hidup sendiri
Z ; Zero, usaha yang kosong akan membawa hasil kosong pula.
...

Bismillahi tawwakaltu alallah 

Semoga semua urusan kita menjadi mudah atas izin Allah dan diniatkan kerana Allah


~Terima kasih kerana sudi singgah dan baca~



23 October 2010

~cinta, kejayaan, dan kekayaan~

Pada satu hari seorang wanita trnampak 3 org lelaki tua di hadapan rumahnya...
Dia berasa kasihan kepada mereka...
Setelah suaminya pulang dari kerja...

Wanita ini  mengajak mereka masuk ke dalam rumahnya untuk menjamu selera makan...

Kemudian, salah seorang dari mereka berkata...
"Kami tidak boleh masuk bersama-sama.."
Si isteri itu bertanya kenapa...

Mereka menjawab...
"Kerana saya adalah kejayaan, dia adalah kekayaan dan dia adalah cinta..
Oleh itu, kamu masuk ke dalam dan pilih siapa yang kamu mahu masuk ke dalam rumah kamu..."


Si isteri pun dengan seronoknya masuk ke dalam rumah dan memberitahu suaminya akan hal ini..
 Si suami dengan gembiranya berkata ingin mmbawa msuk kekayaan..
Si isteri pula ingin memilih kejayaan...
Ibu mereka yang mendengar dari jauh berkata, mereka sepatutnya memilih cinta..
Untuk memenuhkn rumh mereka dengan kasih sayang dan cinta...

Jadi si isteri pun menjemput cinta masuk ke dalam rumah...
Tiba-tiba, kejayaan dan kekayaan juga ikut msuk...
Si isteri terkejut lalu bertanya kenapa mereka juga ikut masuk...


Lalu, seorang dari mereka menjawab..
"Jika kamu memilih sama ada kejayaan atau kekayaan, yang dua lagi akan pergi..
Tapi.....bila kamu memilih cintakejayaan dan kekayaan..akan ikut"
 


Ini kerana di mana ada cinta, di situ ada kejayaan dan kekayaan..




04 October 2010

~boleh pandang, jangan pegang, sayang~


Sekilas peringatan bersama dari saya untuk semua..........untuk yg berpacaran/in love/jiwang2/feeling..tapi belum nikah, elok benar le tu dengar lagu ni....ehehe..saya pon termasok kategori ni la yo...
LAYANNNNssszz...


TAJUK LAGU : KALAU BERPACARAN

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang
Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

dongar ni jang...

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya




ni syaitan berbunyi sudaa....

"Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah"



THE HITZ