p
Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

05 December 2012

Diriku kini bergelar ISTERI ~ Syukur alhamdulillah

Assalamualaikum wbt
Selamat Sejahtera :)

Sudah beberapa hari rasanya diriku sepi seketika dari belogku yg 'sweet' ini..hihi...Alhamdulillah, kini dirku telah bergelar isteri dengan sekali lafaz. Syukur sangat2. Pernikahan ku bersama si dia telah berlangsung pada lebih kurang pukul 9.30 - 10.00 pagi di rumah pada 2 Disember 2012 bersamaan 18 muharram 1434H , Ahad yang lepas. Majlis walimahnya juga diadakan pada hari yang sama.

Alhamdulillah semua berlangsung secara sederhana.dan aku sangat bersyukur kerana aku tahu yg Allah juga telah mengatur yg terbaik untukku bersama suamiku yg terchenta.........

Ya Allah, terima kasih kerana telah menghadirkan insan yang kini bergelar suami ku

Wahai suamiku, terima kasih kerana telah menerima diriku menjadi isterimu. Terima kasih kerana memilih diriku untuk menjadi peneman setia hidupmu

  1. Semoga kita bersama-sama dapat lengkap melengkapi, sayang menyayang, saling bertanggungjawab atas pasangan kunci kebahagiaan...dan semoga kita dapat  melayari bahtera rumahtangga dengan jayanya....
Wahai suamiku, dikaulah pembimbing, pelindung, pendidik, imam , sahabat dan pasangan hidupku hingga akhir hayat dan menuju syurga Illahi. Semoga Allah merahmati kita....


Terima kasih daku ucapkan kepada KELUARGA, sahabat handai, anak murid, saudara mara dan semua tetamu yg hadir.. :)  Terima kasih atas doa kalian yg tidak putus2 untuk daku dan suami.... semoga Allah merahmati kalian juga . amin :)

Saja ingin aku kongsikan sebuah kata-kata yg dapat dijadikan pedoman :

"Sebagai hambaNya, Jangan lupa , ucapkan ALHAMDULILLAH atas segala nikmat dan rezeki yg diberi, walaupun nikmat dan rezeki itu sebesar ibu jari"



Terima kasih kerana sudi singgah dan baca :)


24 November 2012

Cinta : Jodoh Pertemuan Ketentuan Allah

Assalamualaikum warahmatullah
Selamat sejahtera


"Cikgu, saya risau la, saya takde girlfriend lagi. Member-meber semua sudah berpacaran. Saya ni tak laku ke cikgu?"
Kata seorang anak murid kepada gurunya.

"Cikgu, kawan saya ni ada masalah besar. Dia ni terlalu pemalu dengan lelaki sampaikan tak ada boyfriend. Tak gang lah kalau tak ada boyfriend"
Kata seorang anak murid kepada gurunya.

***

"Eh, sepupu awak dah naik pelamin, awak bila lagi?"
Kata seorang makcik kepada anak buahnya.

"Dah ada pakwe ke belum?"
Kata seorang kawan kepada kawannya.

***

Hye kawan-kawan!. Dalam masa yang sibuk nak buat persiapan ni pun, kitew masih lagi sempat nak berblog kan. Nak buat camne, jari tengah laju nak menaip. 15 minit sahaja daripada 24 jam. haha.  Hari ini kepala kita asik terfikir nak buat satu entry pasal benda ni....Cinta dan .Jodoh. layanss

Mesti uols pernah kena situasi seperti di atas kan? Gimme five. "Kita serupa… Kita serupa…Hadir ku untuk mengubat luka ..Kita serupa..Kita serupa". Hehhh, tiba-tiba menyanyi lagu kumpulan Headwind pulak. Memang perit telinga dan payau anak tekak sebab dah mual dengan soklan soklan sebegitu ghupe.  Ok. Itu cerita dulu. Kini, insyaallah..doakan kebahagiaan saya dan doakan urusan saya berjalan lancar ye awak-awak semua. =)

Adik-adik yang aku sayang sekalian, 
Soal cinta, nak ada boyfriend girlfriend ni, janganlah terlalu risau sangat. Jodoh pertemuan dan ajal maut semua di tangan Tuhan. Ahkak menasihatkan time sekolah ni, tak payahla terlalu berjiwang karat sangat nak bercinta. Lebih elok adik-adik fokuskan pada pelajaran. Cinta di waktu sekolah memang tak salah. Yang salahnya bila cinta remaja ni terbawa-bawa sampai hanyut dengan dunia syaithon nirrojim.. Sebab syaithon nirrojim memang selalu suka nak menyesatkan anak cucu adam especially yang muda remaja.  Ada faham ka? Kalau tak faham boleh miskol ahkak ye ^.^

Kawan-kawan yang daku kasihi sekalian, 
Jangan khuatir jika masih belum berjumpa jodohnya, Insyaallah, jodoh itu ada. Allah akan hantar insan yang benar-benar sesuai untuk kita di saat yang betul-betul sesuai. Bila tiba saatnya, tidak akan terlambat atau tercepat walau sesaat pun. Allah Maha Mengetahui. Yang penting, kita kena berusaha, berdoa, dan yakin dengan Allah. Biarlah orang nak kata hape pun. Allah kan ada. Siapalah mereka nak men-judge hidup uols and weols kan




Boleh amalkan Doa pendekat jodoh ini. Surah al anbiya ayat 89  : gambar ihsan google

Para pembaca yang daku kasihi sekalian,
Jika cinta itu tidak kesampaian, bangkitlah kembali berjalan menuju Illah. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..Pandanglah setiap yang berlaku dengan pandangan hati. Kita bukan sahaja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dapat merasa rahmat kurniaanNya juga.... 

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. 

Allah datangkan petir dan kilat.. 
kita menangis dan tertanya-tanya, 
kemana hilangnya sinar.. 
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

Yakinlah dengan Yang  Maha Pencipta. Semoga Allah mempermudahkan urusan Jodoh dan kehidupan kita semua. amin.



-TQ kerana sudi singgah dan baca - ^.^


23 November 2012

Istikharah Cinta

Assalamualaikum warahmatullah
Selamat sejahtera


Istikhorah cinta.
Wordless Friday. Ada ker Wordless Friday? Yang ku tahu WOrdless Wednesday aderla..hehehe. Tak kisahlah janji rocks.
Dah dah...
syhhhh...Jom! layankan keindahan lagu ni. 


^__^







Bersaksi Cinta Diatas Cinta
Dalam Alunan Tasbih Ku Ini
Menerka Hati Yang Tersembunyi
Berteman Di Malam Sunyi Penuh Do'a

Sebut Nama Mu Terukir Merdu
Tertulis Dalam Sajadah Cinta
Tetapkan Pilihan Sebagai Teman
Kekal Abadi Hingga Akhir Zaman

Istikharah Cinta Memanggilku
Memohon Petunjuk-Mu
Satu Nama Teman Setia
Naluriku Berkata

Dipenantian Luahan Rasa
Teguh Satu Pilihan
Pemenuh Separuh Nafasku
Dalam Mahabbah Rindu

Di Istikharah Cinta..

***

"Tetapkan Pilihan Sebagai Teman , Kekal Abadi Hingga Akhir Zaman"

moga ikatan cinta ini sampai jannah 
amin

Luv HafRizah

***

terima kasih kerana membaca entry ringkas ini.

^__^

23 October 2010

~cinta, kejayaan, dan kekayaan~

Pada satu hari seorang wanita trnampak 3 org lelaki tua di hadapan rumahnya...
Dia berasa kasihan kepada mereka...
Setelah suaminya pulang dari kerja...

Wanita ini  mengajak mereka masuk ke dalam rumahnya untuk menjamu selera makan...

Kemudian, salah seorang dari mereka berkata...
"Kami tidak boleh masuk bersama-sama.."
Si isteri itu bertanya kenapa...

Mereka menjawab...
"Kerana saya adalah kejayaan, dia adalah kekayaan dan dia adalah cinta..
Oleh itu, kamu masuk ke dalam dan pilih siapa yang kamu mahu masuk ke dalam rumah kamu..."


Si isteri pun dengan seronoknya masuk ke dalam rumah dan memberitahu suaminya akan hal ini..
 Si suami dengan gembiranya berkata ingin mmbawa msuk kekayaan..
Si isteri pula ingin memilih kejayaan...
Ibu mereka yang mendengar dari jauh berkata, mereka sepatutnya memilih cinta..
Untuk memenuhkn rumh mereka dengan kasih sayang dan cinta...

Jadi si isteri pun menjemput cinta masuk ke dalam rumah...
Tiba-tiba, kejayaan dan kekayaan juga ikut msuk...
Si isteri terkejut lalu bertanya kenapa mereka juga ikut masuk...


Lalu, seorang dari mereka menjawab..
"Jika kamu memilih sama ada kejayaan atau kekayaan, yang dua lagi akan pergi..
Tapi.....bila kamu memilih cintakejayaan dan kekayaan..akan ikut"
 


Ini kerana di mana ada cinta, di situ ada kejayaan dan kekayaan..




THE HITZ