p
Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

12 June 2013

Wordless Wednesday #2 (M.I.S.S.L.O.V.E)













26 March 2013

Formula Menuju Bahagia : La Tahzan

Assalamualaikum
Salam Sejahtera :)

Dear bloggers and readers..
How are you?
Hope all is well... 
SMILE (^___^)

Nggak tahu apa lagi mahu ku buat di saat ini. waduhhh. Mop lantai sudah. Basuh kain dan sidai kain pun sudah. Menyapu sampah sudah. Memasak sudah. Membasuh pinggan juga sudah. Apa lagi harus ku buat saat menunggu husband ku pulang dari kerja.? (kengkonon rajin leh tew. kekekekeh. ok serius!! ini entri serius lhaa)

Ku belek-belek almari husband ku dan tiba-tiba.... tadaaaa (terkezzut nyah). Daku terjumpa satu bahan bacaan yang sangat menarik. Its a motivational book written by Dr Aidh Abdullah Al Qarni. Buku ni aku dah beli masa zaman belajar di UPM dolu-dolu lagi. Tapiii biasalah masa zaman belajar kan, buku nak exam sahaja daku baca banyak kali..muahaha. Buku-buku motivasi ni aku baca juga tapi skip-skip page. Kalau baca full pun aku tak ulang semula bacaan aku. so sad *Jangan tiru kemalasan aku di zaman stadi dolu hoho*

Ghuper-ghupernya, husband terchenta daku pun ada citarasa yang sama macam daku. Beliau ada juga buku 'La Tahzan'. Jadi kesimpulannya, aku ada sebuah, beliau ada sebuah buku 'La Tahzan' bila digabungkan menjadi dua buah (soo suweett... hehhhh) *love u lah my husband* SEJIWA lah katakan. ahakss.

Apa yang aku baca dalam buku ni wajarlah aku share kan kepada ngkorang semua ye dak. Apa salahnya sampai-sampaikan pesanan yang baik. Takkanlah asyik nak ceghita pasal makanan dan tempat honeymoon je .uhuksss :P

Kalau youall ada buku ni, sila buka mukasurat 148 ye adik-adik. Haaaa..okay, aku tahu dah youall malas nak buka, sebab itulah ahkak yang baik hati, nak share ilmu yang bermanfaat dalam entry kali ini. hehe. Please read and sebarkan kalau rajin. :)



La Tahzan = Jangan berdukacita. Bacalah Kaedah-Kaedah Menuju Bahagia
  1. Insafilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam sempadan hari ini sahaja maka akan terpecahlah fikiran anda, akan kacau semua urusan, dan semakin bertambah kesedihan dan kebimbangan diri anda. Inilah makna sabda baginda SAW " Jika pagi tiba, janganlah menunngu petang, dan jika petang tiba, janganlah menunggu waktu pagi."
  2. Lupakan masa lalu dan semua yang pernah berlaku sebab perhatian yang terpaku pada yang sudah lalu merupakan kebodohan dan kegilaan
  3. Jangan terlalu menyibukkan diri dengan masa hadapan sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.
  4. Jangan mudah tergoncang dengan kritikan. Jadilah orang yang teguh pendirian, dan insafilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda.
  5. Beriman kepada Allah dan beramal soleh adalah hidup yang baik dan bahagia
  6. Sesiapa mengkehendaki ketenangan, kedamaian dan kesenangan, maka dia perlu berzikir kepada Allah.
  7. Hamba perlu menyedari bahawa setiap sesuatu adalah berdasarkan ketentuan qadha dan qadar
  8. Jangan menunggu terima kasih dari orang lain
  9. Persiapkan diri anda untuk menerima kemungkinan terburuk
  10. Kemungkinan, sesuatu yang berlaku itu ada baiknya bagi diri anda.
  11. Semua qadha bagi seorang Islam baik adanya
  12. Berfikirlah tentang NIKMAT, lalu bersyukurlah
  13. Anda dengan semua yang ada pada diri anda sudah lebih banyak daripada yang dimiliki orang lain
  14. Dari semasa ke semasa selalu sahaja ada JALAN KELUAR
  15. Dengan musibah hati, akan tergerak diri anda untuk berdoa
  16. Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati
  17. Sesungguhnya selepas kesusahan itu akan ada kemudahan
  18. Jangan sekali-kali gagal hanya kerana perkara yang tidak mustahak
  19. Sesungguhnya Tuhan Maha Luas ampunannya
  20. Jangan marah, jangan marah, jangan marah
  21. Hidup ini tidak lebih dari sekadar roti, air dan bayangan. Maka tidak perlulah bersedih hati jika semua itu ada.
  22. "Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu dan terdapat juga apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu" -surah Az-Zariyat :22-
  23. Kebanyakan daripada apa yang anda takutkan tidak akan berlaku.
  24. Ada teladan pada orang-orang yang ditimpa musibah
  25. Sesungguhnya jika Allah mencintai sesuatu kaum, maka Dia akan memberi cubaan kepada mereka.
  26. Ulangilah doa-doa untuk menghapuskan bencana
  27. Anda perlu melakukan kebaikan dan menghasilkannya, dan tinggalkanlah kekosongan dan pengangguran(tak buat apa2)
  28. Tinggalkanlah semua desas-desus dan jangan percaya kepada khabar angin
  29. Kedengkian dan keinginan anda yang kuat untuk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan anda sendiri, lebih besar bahaya yang akan menimpa pihak lawan.
  30. Semua musibah yang menimpa diri anda adalah penghapus dosa-dosa.
Mengapa Masih Berdukacita Sedang Kita Ada 6 Formula
  • Percaya SEPENUHNYA kepada Allah
  • Sedarlah bahawa semua yang Allah takdirkan akan berlaku
  • Sabar adalah senjata yang peling berkesan yang digunapakai oleh orang-orang yang mendapat ujian
  • Jika kita tidak sabar, apa lagi yang boleh kita lakukan? Kita tidak akan tertolong hanya dengan perasaan resah
  • Mungkin sahaja kita akan berada dalam keadaan lebih buruk daripada keadaan kita sekarang ini
  • Dari semasa ke semasa, jalan keluar akan terus terbuka.

Ujian itu tidak ubah seperti penyakit, apabila tiba masanya nanti pasti akan sembuh. Sesiapa terburu-buru untuk membuangnya maka keadaan tubuhnya makin lemah dan semakin parah. 

Begitu pulalah dengan musibah dan ujian, apabila tiba masanya nanti akan hilang bersama bekas-bekasnya. Sebab itu kewajipan orang yang mendapat ujian adalah bersabar, menunggu datangnya jalan keluar (di saat tiada lagi jalan lain yakni buntu) dan sentiasa BERUSAHA dengan DOA dan TAWAKAL.

Sekadar perkongsian ilmu untuk hari ini....

La Tahzan ya kepada kengkawan yang sedang ditimpa ujian~

Fa Inna Ma'al 'Usri yusra, Inna Ma'al 'Usri Yusra.........

Wassalam


25 March 2013

Pantang Larang Dalam Hubungan Suami Isteri

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera

Hey uols. lamanya kita tak update blog ni. Guess what. Sekarang sudah tiba musim cuti sekolah. Time cecuti ginilah baru boleh kita update blog. Ini kali lah. haha

Ouhhh, nak tahu tak, minggu terakhir sebelum cuti haritu dah puas daku mengerah segala tenaga yang ada untuk menyelesaikan segala kerja agar daku dapat berehat dengan sepenuh hati. muahaha. Bayangkanlah, sebelum cuti haritu dan selepas cuti ni nanti, tenaga harus digunakan setiap kali hari Sabtu. yabedabeduuu. Sukanya aku sebab boleh berehat hari Ahad sahaja (phewww). Jadi wajiblah daku menghabiskan waktu cuti dengan mengabaikan hal kerja seketika. ~ehemmm~ 

Untuk entry hari ni, seperti tajuk di atas nun, daku ingin share something yang bermanfaat dan memberi ilmu kepada kita semua. Baik yang belum kahwin ataupun yang sudah berkahwin. 

Ingin daku ingatkan perkongsian ini tiada kaitan antara yang hidup atau yang mati okey darls. Ia hanya sekadar ILMU yang daku suka nak share. I get it from Facebook.




Pantang Larang Dalam Hubungan Suami Isteri

1) Jangan puji orang luar, jiran tetangga, saudara mara secara berlebihan
Bab yang ni kena jaga-jaga. Be sensitive terhadap perasaan pasangan anda. Anda pun tak suka jika dia memuji orang lain secara berlebihan kan. Jadi jangan lakukan perkara ini kerana ia memang boleh buat pasangan anda makan dalam walaupun mulutnya tersenyum...Lebih baik gunakan kesempatan yang ada untuk memuji pasangan sendiri kerana pujian dari pasangan yang halal bukan sahaja menambahkan bahagia dan mesra rumahtangga malah mendapat ganjaran pahala dari Allah swt..insyaallah :)

2) Hindar meninggikan suara/menjerit memanggil pasangan. Tegur dan nasihatlah dengan nada yang rendah agar tidak mengguriskan hati
Kelihatan si dia seorang yang ayu lagi sopan, tetapi bila tak puas hati dengan pasangan, hilang segala kesopanan dan kesusilaan. Ibarat harimau di hutan disusukan, ikan dalam akuarium rumah mati kelaparan. Aahahaa. (Tiba-tiba feeling feeling peribahasa Karam Singh pula). Elakkan berkasar dengan pasangan anda baik suami mahupun isteri. Bak peringatan dari Ustazah Nor Hafizah Musa
-hadith Rasulullah saw yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al-Hakim dan al-Tirmidzi.
"JIka ALLAH menginginkan kebaikan kepada penghuni satu rumah, maka DIA akan memasukkan ke dlm rumah tersebut kelembutan".
Justeru, mari kita menilai suasana dlm rumah yg kita diami. Bagaimana akhlak suami isteri, ibu bapa dan anak2, sesama adik beradik, dengan pembantu dan sebagainya. Kelembutan itu lebih dekat dgn kecintaan Allah. Wallahua'lam.-

3) Usah lontarkan kritikan pedas yang mengguris perasaan pasangan. Sentiasa membuka hati untuk menerima pandangan pasangan.
Jauhkanlah dari mulut laser sebab lidah ni adalah salah satu faktor terjerumusnya seseorang ke neraka. Kadang-kadang kita tak sedar, hanya dengan sepotong ayat mampu membuat orang terluka sepanjang hayat. Bagaimana jika hanya sepotong ayat kita itu, suami kita tak ampunkan dosa kita? Bagaimana jika hanya dengan sepotong ayat itu isteri kita tak maafkan kita?.

4) Jangan berbohong dengan pasangan. Tiada tempat di dalam syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama di dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar. 
Kejujuran adalah asas kunci kepada kebahagiaan pasangan berumah tangga. Kenapa perlu berbohong jika tidak buat salah? Orang yang banyak melakukan kesalahan sahaja yang suka berbohong kerana ingin menyembunyikan perbuatan salahnya itu. Justeru marilah wahai semua pasangan suami isteri, berkata benarlah dengan pasangan anda insyaallah hidup bertambah berkat dan rahmat :)

5) Usah meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab munasabah. Elak juga dari berjauhan dengan isteri walau isteri sedang haid.
Erk~ wujudkah suami yang tinggalkan isteri tanpa alasan munasabah ni? ouhhh  bahaya sungguh. Boleh mewujudkan fitnah dan boleh mendorong isteri ke arah kemaksiatan jika punya suami yang tinggalkan isteri tanpa alasan munasabah. Bab haid pula, teringat kata-kata seorang ustaz sewaktu daku mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di Bangsar tahun lepas. -Jika isteri dalam keadaan haid pula, buatlah apa cara sekalipun untuk bermesra janji tidak menyentuh bahagian yang keluar darah haid itu. Lagi banyak berpelukan dan bersentuhan, insyaallah lagi banyak rahmat dan kasih sayang Allah limpahkan dalam kehidupan berumahtangga suami isteri-

6) Bersedia untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sesekali merasakan diri tidak bersalah dan betul sepanjang masa.
Setiap orang ada EGO tersendiri. Namun dalam kehidupan berumah tangga, pasangan suami isteri kenalah juga tundukkan ego masing-masing dan jangan hanya mencari kesalahan pasangan. Kena akui dan berpijak di bumi yang nyata, bahawa pasangan kita itu juga adalah seorang manusia yang tak lepas dari dosa. Ringankan mulut dengan ungkapan maaf. Tetapi jangalah pula, lepas dah minta maaf, asyik buat lagi, lepas minta maaf, asyik buat lagi. Sampai ke tua pun tak berubah nanti. ahaakss :P

sumber artikel : 'Keharmonian Rumahtangga dan Keluarga Muslim' dan diolah serba sedikit oleh Misses Hafriz 


Amacam tips rumahtangga kita hari ini?. Daku tiba-tiba mahu fefeeling ingin menjadi motivator seperti Ustazah Siti Nor Bahyah pula. eheemm.. insyaallah insyaallah :)

Semoga segala perkongsianku dapat dijadikan iktibar untuk semua.

Love u olss lah :)

TQ for reading my entry yang serba skema ini :')

see ya.




24 December 2012

Cameron Highland, The First Honeymoon (Part 2) : Tempat-tempat best dan menarik untuk dilawati, Romantik, Jalan-jalan.

Assalamualaikum wbt
Selamat Sejahtera =)

Hye kengkawan :) Harap semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. ..Ehem ehem. Seperti yang dijanjikan dalam entri yang lepas, entri kali ini adalah sekuel daripada Cameron Highland (Part 1) . 

Semoga dapat menjadi panduan untuk anda yang belum pernah melepak di sini. Tempat-tempat yang daku nyatakan di bawah hanyalah sekadar perkongsian dan pandangan sebagai pelancong, namun terpulanglah kepada diri youall nak buat keputusan meronda di mana at Tanah Tinggi Cameron ini ya bebeh ~ =)


Antara tempat yang kengkawan boleh lawat @ Tanah Tinggi Cameron :

1) Cactus Valley

Cactus Valley ini terletak di tengah-tengah Pekan Brinchang. Tak berapa jauh dari Hotel Star Regency dan beberapa hotel lain lagi.

posing itu wajib! :)
Kalau nak park kereta kat area parking dalamnya, korang kena park atas bukit tinggi sikit. Kitorang just park kereta kat area luar yakni area kedai cenderahati berderet tepi jalan itu then jalan kaki masuk dalam. (ada gate kecil belakang kedai cenderahati) 


keretaku yang puas meronda Cameron Highland :)

Apa yang ada di Cactus Valley ini? Sudah semestinya pokok Cactus yang banyakszz. Segala jenis cactus ada. Yang tinggi, yang rendah, yang baby cactus, yang berduri, yang tak ada duri semua ada. Selain Cactus, ada juga pokok-pokok bunga tapi tak sebanyak macam di Rose Centre lorr. The latest thing yang ada di sini adalah Pokok Epal. Oh My, pertama kali daku dan asben saksikan pokok epal yang ditanam di Malaysia. So cute. Tapi sayangnya, tak dapat nak belek-belek buah epal yang melekat di ranting-ranting pokok dengan lebih dekat sebab dikunci dari luar. Diorang risau kalau visitors masuk dalam itu kebun epal, habis nanti buah-buah epal teruk dibelasah dan dibelahap .bhahahaaa 

cactusz 

apple trees~

inilah ghuper pokok epal kek malaysia yo~ 

***

2) Big Red Strawberry Farm

Big Red Strawberry Farm ni terletak di belakang Cactus Valley. Korang hanya perlu jalan kaki sahaja dari Cactus Valley ke Big Red Strawberry Farm ini. Penat jalan kaki, boleh bakar kalori tau nggak!. Tapi kepenatan tak terasa sebab dah nama pun bercuti dan melancong honeymoon kan. Mestilah kena kutip seberapa banyak pengalaman selagi termampu. =) 

kaki yang suka berjalan ;)
berposing at the pintu masuk BRSF

Di Big Red Strawberry Farm ini wajiblah terdapat banyak strawberry. Tapi, kat sini korang tak dibenarkan untuk memetik strawberry dari pokoknya yer!. Jangan tiru aksi kitorang yang masuk secara haroomm ke dalam ladang strawberry ini. hahaha. Actually, dek kerana kami teruja nak belek-belek pokok strawberry, kami TERmasuk dalam ladang dia yang berpagar. Kebetulan, pintu pagar ladang strawberry time itu terbuka. hehe. Jadi,  memang rezeki kami nak posing-posing dengan pokok strawberry. Adventurous benar kitorang, pakai terjah-terjah je semua. =) .....Kalau uols nak petik strawberry hidup, di sini bukan tempatnya. Uols kenalah cari Strawberry Farm yang lain (sekitar Tanah Rata, Ringlet, Brinchang) yang ada tertulis di signboard "pick your own strawberry".hehe. Tapi ingat, nak petik strawberry pun ada musim tau.


bersama pokok strawberry. masuk secara harom atau lebih dikenali sebagai TIDAK SENGAJA. hehehe. jangan marreee ;)

Selain strawberry, ada juga bunga-bunga (kat semua ladang at CH ni memang wajib ada bunga lorr) dan banyak juga sayur-sayuran yang hijau, ungu, merah semua segar bugar. Memang membuka selera penggemar sayur sayuran.weee~

bunga lagiiik~
sayur yang segar banget.

Setelah kaki penat berjalan, haruslah singgah sebentar di Big Red Strawberry Cafeteria. Hidangan berasaskan STRAWBERRY menjadi santapan pemuas nafsu makan. Yummy~ (entah hapelah tatabahasa aku tunggang langgang.teett!) 



santapan berasaskan strawberry~sos pun berasaskan strawberry meh... hidup strawberry owyeaa~

***

3) BOH Tea Center Sungei Palas

Teh BOH yang amat fofular datangnya dari Tanah Tinggi Cameron. Tempat wajib yang korang harus pergi adalah Ladang Teh Boh Sungei Palas!. Di Cameron ada beberapa Ladang Teh, tetapi ladang yang paling besar adalah BOH Tea Center Sungei Palas. Dalam BOH Tea Center ini, ada kilangnya di mana korang boleh baca penerangan dan saksikan sendiri bagaimana daun  teh diproses, ada kedai souvenir, dan ada Tea Ria Refreshments (Kafe) untuk makan ringan dan minum sambil menikmati pemandangan indah bukit bukau yang dipenuhi daun teh~ Perjalanan dari luar , menuju ke BOH Tea Center ni lebih kurang 2km. Jalan dia agak sempit dan berliku. Bila dah sampai at the center, uols kena parking dekat tempat parking yang disediakan then kenalah jalan kaki naik atas. Uols boleh pilih nak jalan kaki ikut laluan tangga-tangga atau jalan kaki melalui jalan raya kecil yang banyak pokok besar =)



at the kilang teh
pemandangannya memang santekk..subhanallah :)
lepas dah jalan-jalan, haruslah berehat basahkan tekak dengan teh dan sedikit makanan ringan di Tea Ria Refreshments sambil menikmati pemandangan yang indah =)

***

4. Gunung Brinchang & Mossy Forest

Owyea~owyea. Part ini yang paling mencabar. Mendaki Gunung menggunakan kereta auto to u~ Tempat laluan masuk dia tak jauh dari BOH Tea Center Sungei Palas tadi. Kalau hala jalan masuk ke BOH Tea Center, laluan ke Gunung Brinchang adalah di sebelah kiri. Pendakian menggunakan kereta auto amat menggerunkan daku. Kesian encik asben yang dok drive, sebab co-pilot pulak yang lebih lebih dek kerana terlampau berdebar. muahahah. Almaklum, nak naik puncak gunung dengan jalannya yang licin (baru lepas hujan), jalan sempit, banyak lopak, dan amatlah berliku. Bunyi hon tak usah bilang lah, memang banyak kali asik tekan hon (memang kena tekan hon kalau drive dekat laluan berliku, di mana kita tak dapat lihat kereta dari arah bertentangan) Info untuk uols yang guna kereta auto, wajib menggunakan gear 2 atau 3 sahaja sepanjang pendakian. Kalau uols taram D aje, memang alamatnya tak panjang umurla kereta uols itu. kehkehkeh~ 


Panjat watchtower (Look out point) at the top of Gunung Brinchang

Subhanallah...cantik sungguh pemandangan dari atas Gunung ini....

weol posing kat luar je.. tak sempat nak masuk dalam sebab baru lepas hujan  dan masa tidak mengizinkan.hehe. 

***

5. Rose Centre

Rose Centre ini terletak di laluan belakang gerai-gerai hasil tanah tinggi Kea Farm. Dekat area Kea Farm tu ada signboard ke Rose Centre. Memang sangat banyakszzz bunga ros dan bunga lain juga. Terrrbaeekkk~ Daku jadi rambang mata dan terasa diri bagai berada dalam cerita Alice in Wonderland~wewiiitt 

ecececehhh~ di sebalik bunga2 ros yg pelbagai warna


Untuk pengetahuan anda..kalau nak menimba lebih pengalaman, anda digalakkan memanjat anak tangga yang banyak untuk sampai ke puncak Rose Centre. Agak tinggi dan tak terbilang bilangan anak tangganya.. dan nasib baik kami tak pancit..haha..steady lorr~ =)

Cer tengok tu, banyak anak tangga di belakang asben i :) ni lom sampai puncak lagi~ 

Yeayyy dah sampai the puncak of Rose Centre. tetttt~ Time ni memang syejuuk bangat ok. Kebetulan iols boleh terlupa nak pakai sweater. Waktu kitorang mendaki anak tangga ni, memang tengah hujan renyai-renyai tau. Tapi kami belasah je redah hujan. Janji sampai puncak. Alhamdulillah  =)
***

6. Hasil Tanah Tinggi Kea Farm & CH  Night Market

Hasil Tanah Tinggi Kea Farm ni terletak di bahu jalan. Kalau nak borong sayur-sayuran dan tanaman yang the very the fresh dari ladang, kek sinilah tompat eyh. Ekau buleh pilih mano satu yang ekau borkonan. Harga boleh dirunding =)


jagung manis cameron ;)

Selain daripada Tanah Tinggi Kea Farm, Night Market at Brinchang pun wajib menjadi tumpuan. Terletak di tengah-tengah pekan Brinchang. Kat sini memang banyak makanan, sayur, buah, pokok, baju, cenderahati dan macam-macam lagi untuk dibeli. Harga pun berpatutan =)



***

7) Bharat Tea Plantations

Selepas BOH Tea Center Sungei Palas, uols jangan lepaskan peluang untuk melawat Ladang Teh  Bharat Tea ini ye. Bharat Tea ni terletak betul-betul di tepi jalan Tanah Rata - Brinchang  Pemandangan di sini agak berbeza dari pemandangan di BOH Tea Sungei Palas. Hijau daunnya pun ada slightly different with BOH Tea.. hehe. Seperti di BOH Tea Center, kat sini pun ada kafeteria dan kedai cenderahati untuk yang tersayang di kampung halaman  *wink* =)

Cameron Valley juga dimiliki oleh Bharat Tea

cantik sungguh bumi ciptaan Allah ini

hijau mata memandang~ Maha Suci Allah yg telah menciptakan  bumi hijau ini
***

7) Cameron Highlands Bee Farm

Tempat menarik seterusnya untuk dilawat adalah Cameron Highland Bee Farm yang terletak di tepi jalan juga. Kalau kamu dari Kea Farm, Bee Farm ini terletak di sebelah kanan jalan. Lebih kurang 500km kot dari tempat Hasil Tanah Tinggi Kea Farm. Bayarannya adalah percuma tapi kalau korang kena sengat dengan lebah, sila tanggung sendiri ..oyeaaa =)


tu diaa..posing dengan raja lebah :)

ada banyak lebah dalam itu kotaks kotaks

Keselamatan nyawa korang terletak di bawah jagaan diri sendiri ye

cer ushar lebah-lebah yang bebas berkeliaran out of the box.~ngeeee
***

8) Arked Peladang Cameron Highland

Arked Peladang Cameron terletak di sepanjang bahu jalan sebelum sampai Kea Farm. (eh! semua dekat tepi jalan je erk) kehkehkeh..lebih kurang gitulah gamaknya. Di area jalan ni memang berderet pun kedai yang jual benda yang sama je dengan tempat lain. Tapi maybe kualiti or harga ada beza, either it's more cheaper or more expensive, semua terpulang kepada budi bicara tawar menawar anda. Ada juga kedai yang Fixed Price already. Jadi, tepuk dada tanya selera membeli belah uols horite =)

amik gambor sebagai bahan bukti dan kenangan sepanjang zaman... yipeee =)

idupp strawberry lagiikk..lallalaa~
eee...apekah haewan ituw? 

9) S'Corner

Namanya memang gah kan~ S'Corner ini betul-betul terletak di jalan raya berlingkaran bentuk S selepas Arked Peladang Cameron dan sebelum sampai Kea Farm. No wonder namanya S'Corner. Apa yang menarik di dalam?.. hermmm. sama sahaja bahan jualannya seperti tempat lain, cuma yang membezakan S'Corner adalah terdapat MUSHROOM CORNER kat sini. Memang banyak gilerrr jenis cendawan yang ada. Bagi peminat setia mushroom, uols kenalah lawat S'Corner yep. 




sempat lagi minum teh tarik & honey lemon :) owner kafe ni is muallaf..  

***

10 ) Parit Fall a.k.a Air Terjun Parit Cameron Highland

Kat Cameron ni ada 3 air terjun kalau tak silap. 1. Robinson falls, 2. Parit falls, 3. Lata Iskandar  (Tapi Lata Iskandar agak jauh dari Brinchang). Penduduk tempatan kata, kalau nak sangat tengok air terjun kat area Tanah Rata - Brinchang, Cameron, better pergi Air Terjun Parit. Sesampainya kami di sini, keadaan sunyi sahaja. Tak ada orang langsung..ngeee. Mungkin sebab waktu tu hujan renyai-renyai kot. Pemandangan hijau dikelilingi pokok dan agak menyeramkan..hehehe ~ Air nya pula memang tak boleh dibuat mandi sebab warnanya sudah sama dengan itu teh tarik lorrr..so sad... :'(  sobsobsob   ~lets see da picturez at Parit waterfall 


p/s : agak meremangkan bulu tengkuk daku tyme nak posing ni,  tapi wat kaver cun je..hehe..  :P

see de water maaa..ayoyo .=)

Cukuplah 10 tempat yang aku nyatakan. Tempat lain seperti MARDI Agro Park or Kuala Woh tak sempat kami nak singgah ;)

***

Apa yang daku boleh rumuskan,  it was a nice journey and honeymoon ... Cameron Highland memang sangat superb, dan amazing. Memang tak akan jumpa tempat lain yang sama macam Cameron Highland ni... Tak percaya ka?? Percayala... Kalau tempat lain ada teh, strawberry, sayuran segar, bee farm dan cuaca sejuk macam cameron, TAPI i guarantee suasana and keadaan nak cari makanan yang sedap lagi halal pulak tak ada. Betol tak? Thats why i said, tak ada tempat lain yang sama macam CH ni.....

Talk about foodz, amazingly semua kedai makan yang kami singgah dari Tanah Rata hingga ke Brinchang semuanya delicious marvellous da bomb. Serious bebeh~. Hatta, makcik yg jual kuih charkoy, cucur udang, pisang goreng, kimcam goreng, cendawan goreng di tepi jalan pun masih menghasilkan makanan yang lazat untuk lidah serta tekak daku dan suami merasanya.  

Ini antara kedai makan yang kami sempat snap picture. Ada lagi beberapa yang lain, kami tak sempat nak snap sebab makanan yang memang membuka selera menyebabkan kami tak ada masa nak capai kamera or hanfon to snap the picture.hiihihi :)

Naimah Restoran 1 Malaysia . lokasi , satu bangunan dengan Tudor Home Inn Brinchang

masakan kampung @ naimah ~ikan patin masak tempoyak :)

Nik Ikan Bakar dan Tom Yam. Lokasi, sebelah Masjid Kayangan Brinchang
@Nik Ikan Bakar : Sup Sayur segar, Sup Daging, Ikan masak tiga rasa 

ubi madu manis, strawberry coklat, cendawan goreng, kimcam goreng, brokoli goreng~ at Kea Farm


Semoga perkongsian daku ini dapat dijadikan panduan utk makcik, pakcik, kakak , abang, adik semua...

TQ for reading this Destinasi Chenta @ Cameron Highland =)

see ya~

THE HITZ