p

29 January 2014

Mama To Be a.k.a Pregnant?

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera

Wahhh lama bebenor rasanya diriku tidak menghupdate belog sweethafrizah ini. Terasa kaku pula jari jemari nak menaip. Urgh. 

Daku dah janji kepada uols yang daku akan update tentang Sunway Lagoon part 2 kan?. Mesti sampai berjanggut korang tunggu ye. Maaflah ye kawan-kawan. Nanti ada masa lagi, i hupdate lah Sunway Lagoon Part 2.

Sepanjang dua bulan ni badan memang letih yang amat. Nak layan blog, whatsapp, FB pon tak berapa nak ada mood sangat. Hohohoo. Hidupku mula berubah semenjak daku dapat perkhabaran pindah ke negeri lain yang dipinta pada bulan 11 tahun lepas. Maknanya daku dapatlah mulakan hidup sebagai isteri kepada suami dengan adanya suami di sisiku setiap hari bermula 1 Januari 2014. Horeeyyy. Berbeza sungguh rasanya antara PJJ (Perhubungan jarak jauh) dengan duduk bersama-sama ni.

Alhamdulillah setelah usaha bersungguh-sungguh dan doa yang tidak putus-putus, ALLAH SWT memakbulkan doa kami. Usaha dan doa bukan dari diriku sahaja, malah suamiku juga usaha bersungguh-sungguh. Ahli keluarga juga turut mendoakan. Syukur. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya dan Allah Maha Memakbulkan doa hambaNya di waktu yang benar-benar sesuai yang diketahui olehNya. Doaku agar rakan-rakan yang masih PJJ dengan suami tu dimurahkan rezeki duduk bersama nanti. Amin.



Hey guys and girls, hidup iols juga mula berubah lagi apabila ku dapati UPT (Urine Pregnancy Test) ku POSITIF. Doctor juga mengesahkan daku bakal menjadi ibu. Insyaallah amin. Kandunganku kini sudah berusia 3 bulan :) Dah lepas trimester pertama, kini masuk ke trimester kedua.

Alhamdulillah. Dua rezeki dalam satu waktu iaitu rezeki pindah dapat duduk dengan suami dan rezeki pregnant. Syukur kepada Illahi

Teringin rasanya diriku ini berkongsi dengan rakan-rakan TIPS-TIPS HAMIL yang ku dapat daripada rakan-rakanku 

Tapi, nantilah ye. Uols doakanlah baby I ini selamat dilahirkan dulu ye. Due date adalah pada 31 Julai 2014 Insyaallah. Lepas selamat semuanya, insyaallah daku kongsikan tips-tips itu okayh. 




Doa yang elok diamalkan sepanjang mengandung ;
Jom baca sama-sama


 " Bismillah.. Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam rahimku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada dalam rahimku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepadaMu dan RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari rahimku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Amin"





TQ for reading

see ya :)

14 comments:

  1. Anonymous8:18 AM

    alhamdulillah dah ade isi ..take care sis.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah syukur... tahniah dan jaga diri ye, terima kasih kerana sudi singgah blog mama, mama follow sini ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih :) tq for being my follower....

      Delete
  3. Assalamualaikum my dear, alhamdullilah syukur ke hadrat Ilahi. Terharu baca... kita rindu dekat awak tahu tak? selalu masuk sini walaupun awak tak update entri. hehe nanti awak beri no telefon dekat email saya boleh tak? senang nak keep in touch. hihi. awak jaga diri baik2 tau yangg. Dah jadi geng mom-to-be dengan saya. yeayyy, suka sangat dengar berita gembira ni.

    sheilashahfiekry@gmail.com (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam dear... me miss u too.... terima kasih sebab selalu masuk sini even kita tak update belog...hehe. nanti saya bg fon number... awak pon jage dri bebaik..keep in touch :)

      Delete
  4. Congratz dear..jaga diri elok elok k..

    Sedikit info pasal stretch mark & cara atasi stretch mark di blog akak yer...

    http://wp.me/p39qCI-7b

    ReplyDelete
  5. tahniahnyerr.., ehHHEe

    ReplyDelete
  6. Tahniah..pjj sgt la seksa
    Salam kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. btol2... salam kenal juga :)

      Delete
  7. awak...due date baby kita sama 31/7...tp itu hanya tinggal kenangan ...sy dh dnc sbb baby sy x develop masa 2 bulan.skrg ngh plan baby baru slps hmpir 3 bln wt dnc...sy ngh ber pjj.kwen bln 5 2013.mintak tukar ujg thn lps x dpt.tggu husband plak mntak tukar.huhu.moga dmakbulkan.sbb x bestlah berpjj.shopping sorg, ape2 je sllu sorg2...waaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. im sorry to hear that news from u dear........ cube usaha lagi insyaallah ade rezekinya... saya pon tggu setahun baru Allah kurniakan rezeki utk saya..... hidup PJJ memang tak best... saya dah laluinya memang sadiss.... hanya org yg dh mengalaminye je akan faham kan.... sabar2... bnyak2an usaha dan berdoa kpd Allah... kalau boleh, dhuha dan tahajjud diperbanyaakkan, insyaallah Allah makbulkan doa awak.... saya doakan yg terbaik utk awk walau saling kenal di alam maya jer.....aminnnn

      Delete

THE HITZ