p

29 January 2014

Mama To Be a.k.a Pregnant?

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera

Wahhh lama bebenor rasanya diriku tidak menghupdate belog sweethafrizah ini. Terasa kaku pula jari jemari nak menaip. Urgh. 

Daku dah janji kepada uols yang daku akan update tentang Sunway Lagoon part 2 kan?. Mesti sampai berjanggut korang tunggu ye. Maaflah ye kawan-kawan. Nanti ada masa lagi, i hupdate lah Sunway Lagoon Part 2.

Sepanjang dua bulan ni badan memang letih yang amat. Nak layan blog, whatsapp, FB pon tak berapa nak ada mood sangat. Hohohoo. Hidupku mula berubah semenjak daku dapat perkhabaran pindah ke negeri lain yang dipinta pada bulan 11 tahun lepas. Maknanya daku dapatlah mulakan hidup sebagai isteri kepada suami dengan adanya suami di sisiku setiap hari bermula 1 Januari 2014. Horeeyyy. Berbeza sungguh rasanya antara PJJ (Perhubungan jarak jauh) dengan duduk bersama-sama ni.

Alhamdulillah setelah usaha bersungguh-sungguh dan doa yang tidak putus-putus, ALLAH SWT memakbulkan doa kami. Usaha dan doa bukan dari diriku sahaja, malah suamiku juga usaha bersungguh-sungguh. Ahli keluarga juga turut mendoakan. Syukur. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya dan Allah Maha Memakbulkan doa hambaNya di waktu yang benar-benar sesuai yang diketahui olehNya. Doaku agar rakan-rakan yang masih PJJ dengan suami tu dimurahkan rezeki duduk bersama nanti. Amin.



Hey guys and girls, hidup iols juga mula berubah lagi apabila ku dapati UPT (Urine Pregnancy Test) ku POSITIF. Doctor juga mengesahkan daku bakal menjadi ibu. Insyaallah amin. Kandunganku kini sudah berusia 3 bulan :) Dah lepas trimester pertama, kini masuk ke trimester kedua.

Alhamdulillah. Dua rezeki dalam satu waktu iaitu rezeki pindah dapat duduk dengan suami dan rezeki pregnant. Syukur kepada Illahi

Teringin rasanya diriku ini berkongsi dengan rakan-rakan TIPS-TIPS HAMIL yang ku dapat daripada rakan-rakanku 

Tapi, nantilah ye. Uols doakanlah baby I ini selamat dilahirkan dulu ye. Due date adalah pada 31 Julai 2014 Insyaallah. Lepas selamat semuanya, insyaallah daku kongsikan tips-tips itu okayh. 




Doa yang elok diamalkan sepanjang mengandung ;
Jom baca sama-sama


 " Bismillah.. Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam rahimku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada dalam rahimku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepadaMu dan RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari rahimku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Amin"





TQ for reading

see ya :)

THE HITZ