p

22 November 2013

Review : Pengalaman Bercuti di Sunway Lagoon - Part 1 (Vuvuzela, Waterplexx 5D, G-Force X, etc)

Assalamualaikum wbt,
Salam sejahtera


Haiiii haiii hai everyone. Berkurun lama ku tak hupdate belog ku ini. Almaklum, busy dengan kerusus kerusus dan kereja sahaja. Hehhh, wanita modern yang berkerja, cengginilah gamaknya. Bak kata ustaz Don, biar kita kerja macam gaji 30 juta dollar amerika walaupun sebenaqnya gaji kita 30 ratus ringgit malaysia sahaja. Phew!

Seperti yang aku janji haritu, daku nak hupdate dan nak mengeSHARE kepada korang semua tentang pengalaman bercuti sambil berbasahan di Sunway Lagoon kan. Owyea~

Pertama sekali daku nak habaq yang kita rakyat marhaen perlulah berjimat cermat dan kena bijak berbelanja kalau nak masuk Sunway Lagoon ni. Hewhewhew. Kecualilah korang ni spesies Lamborghini, Ferrari, Porsche dan Volkswagon. Eh eh! Sedih giler ayat. Huahuahua. 


Just for your info before you go. Harga setakat harini , hari esok mungkin naik lagi. donno :)

Tetapi....... ya, ada tapinya, pengalaman di Sunway Lagoon ni memang best best bestttt sangat. Terasa macam satu hari sahaja tak cukup dan tak sempat nak main semua game. Bagiku, kalau uols sudah bosan hari-hari buat benda yang sama sahaja, hari-hari mengadap muka boss yang kuat berleter sahaja, hari-hari kena mengadap buku-buku yang banyak sahaja, hari-hari duduk dalam ofis sampai otak tepu sahaja, maka sekali-sekala kena bagi chance kat diri uols pergi tempat-tempat cenggini.  Kita memang perlukan satu waktu untuk lepaskan segala angin dalam kepala dan badan. Horey horey!

FYI, dalam Sunway Lagoon ni ada banyak Park. There are :
Water Park (Tempat untuk korang basahkan diri sebab memang watery) ,
Amusement Park (Tempat berhibur sambil bersedia untuk isi perut terburai kalau tak biasa main game yang mencabar),
Extreme Park (Tempat untuk Peminat extreme game-boleh buat jantung terkeluar dari badan juga),
Wildlife Park (Tempat untuk berkenalan dengan segala jenis burung, dan beberapa jenis haiwan yang sangat comel), dan
Scream Park (Tempat hantu raya bertelur. kuikuikui)



Jom kita review tempat yang sempat iols dan suami pergi. Tempat yang kami tak sempat nak pergi tu, mintak mahap je la ye. Masa dan keadaan memang tak mengizinkan nak lawat semuanya. Enjoice :)


ps:/ Gambar-gambar kali ni banyak sangat, jadi daku pon cuba try test cantum-cantumkan kesemuanya macam jigsaw puzzle. haha. Harap-harap dapat membantu korang yang nak tengok review tempat percutian sebelum buat keputusan untuk pergi sini. 


At The Water Park

1) FlowRider




At the FlowRider ni korang boleh praktis cara-cara nak surf dengan betul. Praktis sampai badan uols tak terbalik macam katak baru nak belajar berenang. Kena biasakan praktis sebelum uols nak pergi meluncur di Surf Beach. Nice activity but you have to queue up before dapat meluncur di sini. Pengawal di situ hanya bagi 3 kali chance je untuk kita cuba surf. Kalau tak ramai orang, 10 kali nak try pon boleh. For this game, my hubby sahaja yang try FlowRider ni. Daku tak kuasa lah nak try benda ni memandangkan semua yang tengah beratur time itu adalah jejaka. Naahh. Not bad lah encik suamiku meluncur. Ada bakat macam dalam cerita Baywatch. Ahaks!

2) Waterplexx 5D



Oh My Gosh. Oh My.... This is one of the coolest experience ever. Malaysia's first 5D Waterplexx. Bukan 2D, bukan 3D, bukan 4D tapi 5D lah bebeh. Memang terbaik. Eh, walaupun this stuff adalah dalam bangunan, tapi uols jangan masuk dengan pakaian baju kebaya or cheongsam pulak ye. 200% badan korang akan disiram air masa duduk dalam ni. Cool experience. Uols akan masuk ke dalam dunia fantasi di mana nanti naik roller coaster, bertemu dengan macam-macam makhluk dalam skrin. Eheks!. Walaupun sekadar dalam skrin, tapi taiming(time) pergerakan kerusi yang uols duduk dan air yang dipancut-pancut dari depan, tepi, belakang, atas diri korang tu semua memang real dan the feeling is excited tak terkata. (air dipancut macam dalam 2 gambar kat atas ni) Ahh..just go get your ticket and laluilah pengalaman ini sendiri.

3) Cameroon Climb

Permainan gelongsor ni bukan macam gelongsor biasa yang kita naik di mana di akhir slide tu mesti masuk air. Nop. Di akhir slide Cameroon ni, uols akan slide lagi sampai naik ke awan, macam gambar last di atas ni kan. Pergerakan dia macam pergerakan bandul, you know what is bandul rite?. Kita slide-slide ke atas (depan) dan ke belakang(bawah) ,ulang-ulang dan akhirnya berhenti di tengah. Siapa yang overdose kelajuannya tu, berhati-hatilah, harapnya tidak terkeluar dari slide time slide tu meluncur ke atas. Hehehe. Tetapi jangan risaulah, setakat ni, tak pernah berlaku lagi macam tu. Konfem selamat! *Eh macamlah daku kerja kat Sunway Lagoon ni kan.*

4) African Phytons




Phytonszz. Psssssst. Tengok slide dia yang berbelit-belit pun dah tahu, memang sinonim dengan phyton or ular. Daku geli dengan ular okey. Bukan takut, cuma geli. Pelik kan. Geli sebab dia panjang dan takda kaki. Eeeee. Tengok diorang warnakan slide African Phytons sama dengan ular ni pun macam geli. Hahaha. *Gediklah kau nyah* Eh, bila kita dah duduk je dalaam tube dan slide turun melalui mana-mana slide ular ni, memang terbaiklah pengalamannya. Setiap slide tu berbeza-beza. Macam dalam picta di atas tu (slide biru = sebelum diwarna macam ular) ada yang canopied slide, ada yang half-canopied slide, ada yang takde canopy langsung. Seronok memang dah, cuma kaki sahaja lah yang penat untuk mendaki ke atas, sebab nak merasa naik kesemua jenis ular yang ada. =)

5) Congo Challenge



Hey guys, still remember yang permainan ini pernah daku kongsikan dalam post bertajuk Percutian ke Bukit Gambang Waterpark (klik)?? Yeazza. Inilah yang saya maksudkan. Gamenya sama cuma namanya berbeza dan slide di sini lebih panjang dan lebih tinggi berbanding di Gambang. Di Gambang, ada jam masa di setiap lane, tetapi tidak di sini. Meniarap sambil menggelongsor ke bawah dengan 'tikar' yang disediakan. AuuweeBest oi main benda ini, but please kalau ada yang pregnant dan kempunan nak main Congo Challenge, sila jangan layankan perasaan itu. Kelak anak dalam kandungan bakal menjadi superman atau superwoman. Hewhewhew.

6) Vuvuzela



Vuvuzela?. Apakah? Setahu daku, vuvuzela ni adalah alat muzik yang dikenali juga dengan nama lepatata Mambu. Ianya digunakan oleh puak-puak South Africa sewaktu perlawanan bola sepak. Tetapi, tiba-tiba satu biji vuvuzela terbesar di dunia telah dicipta di Sunway Lagoon Malaysia. Vuvuzela yang ni pula bukan untuk main muzik ye. Ianya adalah khas untuk penggemar permainan air di seluruh pelosok dunia bergelongsor di sini. Tingginya 30 meter. Water ride sepanjang 152 meter. Funnelnya sepanjang 22 meter. One of the best game and experience too. Oooh lala!. Pengalaman yang memang tak akan dilupakan. Selepas dah naik sekali, memang nak naik lagi banyak kali. Waktu itu sudah tak terfikir penat lelah kena mendaki tangga yang tinggi. Yang penting dapat turun dengan pelampung di dalam vuvuzela ni. Kalau uols nak naik benda ni, kenalah pegang tepi pelampung tu kuat-kuat ye. Kalau tak, konfem korang terjatuh dari pelampung. That is sangat cuak sebab ada part yang this gelongsor sangat curam terjun ke bawah. Heeeee. :)


At The Extreme Park

Now, jom kita review at the extreme park pula. FYI, banyak permainan di extreme park ni, dan semuanya tiada bayaran extra kecuali 4 game sahaja iaitu G-Force X, Go Kart, Paint Ball War Zone dan Bungy Jumping. Game lain seperti Flying Fox, Mountain Bike, ATV, Vertical Wall Climbing, Paint Ball Target Shooting, Kayaking, Archery Target Shooting semuanya PERCUMA. Heaven, percuma ok. I mean, uols kena bayar di pintu masuk Sunway Lagoon sahaja dan tidak perlu bayaran tambahan ketika nak main benda ini.

Disebabkan ianya semua tak perlu bayaran tambahan kecuali 4 game tadi, maka berpusu-pusulah orang beratur. Memang panjang barisannya uols. (Time holiday) Yang paling panjang adalah kayaking, Flying fox dan ATV. Memang rugilah kalau dah datang sini tetapi tidak mencuba untuk naik Flying Fox sebab daku difahamkan flying fox Sunway Lagoon ini adalah yang terpanjang di Malaysia. Cuma, kami tak larat nak beratur.

Oleh kerana malas nak beratur, weols mengambil keputusan untuk mencuba game yang susah nak jumpa di tempat lain dalam Malaysia ni, iaitu G-Force X. Heeeeeeeeeee *senyum sampai telinga*

G-Force X Malaysia ini adalah Slingshot Ride tertinggi di Asia i tell u.


Sebelum weols mencuba permainan yang mencabar ni, kena isi satu 'inform consent'. Bukan seorang sahaja yang kena isi, tetapi kedua-dua penumpang G-Force X ini WAJIB isi yer. Di situ, kita kena nyatakan yang weols tidak preggy (time nak naik), tak ada sakit jantung, tak ada darah tinggi, tak ada darah rendah dan sebagainya.




Gambar 1 dan 2, picta disnap sebelum G-Force X berlepas. Haha. Bajet cool lah. Padahal jantung berdegup kencang. Di saat kami dibaringkan dalam G-Force X (mata dan badan menghadap langit), coach/trainer Xtreme tuh buat kiraan "Five ..Four.. Three.. ".
Dalam hati aku macam Blurrr, ''Dia ni kira apa pulak ye?"
"Twoooo... One.."
ZZZZZZoooooooooommmMmmmmm
Terus G-Force X itu memecut ke ruang langit biru dengan kelajuan tahap maksimum yang amat tanpa belas kasihan.
Hambik kau!

"Aaaarrrrrrrrrr..." Daku pon menjerit macam nak terkeluar anak tekak.
Encik Hubby kat sebelah ni boleh pulak gelak-gelak jerit "Woooohhooooo".

Lepas badan dalam posisi baring ke atas sampai tahap maksimum (paling tinggi lantunan G-Force X), badan kami pun dipusingkan 360 darjah menghadap bumi pulak. Adoyyy... Kecut perut, macam nak terhempas ke bumi je rasa.

Gambar contoh kaki di atas, kepala di bawah dalam G Force X.

Cuak dan debarannya hanya di permulaan sahaja kerana lama-kelamaan, lantunan dan hayunannya makin perlahan. Bila dah perlahan tu barulah rongga pernafasan daku ni boleh bernafas dengan betul. Lega!. Huahuahua.. Nak cerita real 100% pon susah. Uols tengok sahajalah gambar tu dan bayaaangkan...Lagi best, jika uols pun curi sedikit masa untuk diluangkan bersama dengan yang tersayang di SINI with this GFORCEX. Ada brann??  :)




Picta sebelah kiri tu, muka selepas habis dilambung G-Force X. Muka eksaited okey!!.
Picta sebelah kanan tu pula adalah gambar apabila G-Force X melambung di udara dari jauh. Agak macam dalam game ANGRY BIRD pun ada. Hahahaaa. =)

Pengalaman manisss dan mendebarkan yang memang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.


Setakat itu sahajalah perkongsian Percutian kami di Sunway Lagoon PART ONE. Jangan lupa ikuti lagi pengalaman mendebarkan di Amusement Park (sambungan PART TWO) pula ye. Mudah-mudahan anda mendapat maklumat berguna untuk membawa keluarga tersayang ke sini,







TQ for reading this entry 

See ya..





43 comments:

  1. bestnya pergi sunway lagoon cuti2 ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep..best..jom pegi dear.. :)

      Delete
    2. akak bawa saya naaaa..heee :)

      Delete
  2. Anonymous3:22 PM

    besttttttttnyerrr.......... akak tak pegi scream park dan safari park kew??

    ReplyDelete
    Replies
    1. scream park tak sempat... tapi safari sempat..hehe :) insyaallah next entry

      Delete
  3. Assalamualaikum awak... sheila tak pernah masuk Sunway Lagoon ni. sebab mahal kan.. Tapi Gambang dengan Lost World of Tambun mmg best gila. sheila nak sgt naik G-Force X.. tgu habis pantanglah kot.. jeles tengok awak dah naik dlu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam awak... yup, expensive, tp good experience tau sheila... g-force x mesti kene naik sbb pengalaman tu susah nak dpt..hehee... ok, lepas pntang, kene ajak husband sheila pegi sini ye...

      Delete
    2. Anonymous9:48 PM

      assalamualaikum, tumpang tanya.. harga utk G-Force ny lain erk..? n brape erk harge dye..?

      Delete
    3. wsalam.....ye utk g force x ni lain.. tapi best tau... sebb tak jumpe lagi g force x ni kat tempat lain dlm malaysia hehehehh


      Ni saya bagi harga2 untuk permainan di extreme park naa... untuk warganegara, harga yang dlm kurungan ni (mykad holders)

      untuk Single Ride

      Bungy Jump
      RM130 (RM75 for MyKad Holders)

      G-Force X RM60 (RM30 for MyKad Holders)

      Go-Kart
      Single Seater, RM20 per ride
      Double Seater, RM25 per ride

      Paintball War Game
      Min 8 pax per team RM58.00 per person, 100 pellets (Advance booking required - Includes Co2 Canister, Protection Mask & Vest, Barrel Plug & Paintball Marker)

      Untuk Combo Rides (macam pakej)

      Bungy Jump & G-Force X Combo


      RM150 (RM95 for MyKad Holders)

      Delete
  4. Assalamualaikum.. First time singgah blog ni.. Salam kenal.. ^_^ Lama nya tak pergi sunway lagoon ni.. tengok entry ni macam nak kena pergi nih..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam....salam kenal juga.. :)

      mesti kene pergi lagi tu..bnyk game baru rasenye...

      Delete
    2. Anonymous12:20 PM

      Assalam kak , blh nk taw bajet sebetol2 nk msuk... adult 2, child 3, 7thun 4thun 1thun stgh

      Delete
    3. Asslm kak blh nk taw bajet yg sbtol2nyer x 2adult 3child

      Delete
  5. Salam sis...best nye!! ni yang macam nak ke sunway lagoon nih! tanx for sharing ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best sesekali luangkan masa di sini :) welkam ...

      Delete
  6. salam ukhwah..hafrizah...extreme nya cuti2 ...pasti seronokkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam :) heheee... memang seronok :)

      Delete
  7. thanks utk perkongsian..mmg terbaek baca blog awak..terus rs hati nak pg esok jgk kat sunway lagoon

    ReplyDelete
  8. mmg best blog awak nie..buat rasa hati nak pg sunway lagoon awal pagi esok...thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dear :) heheee nanti nak sambung part 2 pulak... tak menyambung2 lagi niy..ahakss

      Delete
  9. Anonymous8:57 PM

    Nak tumpang tny.kalo pkai track bottom bleh main ke mainan2 yg gne pelampung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je... takde masalah pon.. heheee... ramai je org pakai..

      Delete
  10. Assalamualaikum W.B.T. akak nak tanya kirenye akak just bayar RM90 (harga utk pemegang MyKad) seorang and boleh maen KESEMUA (water park + amusement park + wildlife park + rumah + and so on) kecuali games yang akak cakap tu kan? Nak confirmation sebab nak gi. Hehe. Please reply me akak. Thanks a bunch in advance ye. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.... yer semua park boleh masuk tapi ''rumah'' yg awk maksudkan tu rumah ape ye?.. hehee... rumh hantu kan?.... semua boleh main kecuali dekat extreme park ade beberapa game yg perlukan bayaran tambahan..... welcome dear... selamat bercuti di sunway lagoon ..its a nice place utk beriadah smbil berhibur dengan family

      Delete
  11. Sally pandang daripada Sunway Hotel Resorts & Spa...sebab ada conference -___-'

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh... conferenece kat sunway hotel resorts tuhh.. hihi... nanti ade masa boleh g main dlm sunway lagoon pulak ye.. :)

      Delete
  12. Anonymous8:31 PM

    Slm sis.maaf.kalau naik vuvuzela tu pkai track boleh ke?baju labuh.maklum la.perempuan kn.hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm... mase sy pakai, tak kene tahan pulak.. kalau diorang tahan, boleh buat aduan...hahaa..... ... yer, kite kan wanita muslimah,,, kene jage aurat kan.. :)

      ade jugak muslimah2 dr timur tengah (arab) pon pakai camtu jugak... :)

      Delete
  13. Anonymous12:54 AM

    hye, nk tnye game2 die sblom main kne timbang bert bdn dlu x?sbb klu dekt shah alam tu kne timbng dlu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm....macam tak je.taktaulah sekarang cmne

      Delete
  14. salam kak , nak tanya , kalau kita pergi , then masa mandi tu kita pkai baju labuh n tudung boleh ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.boleeh dik... bnde wajib tu.. hehe

      Delete
  15. perasaan nak ke sunway lagoon makin membuak buak lepas baca blog ni. hehe. thanks for sharing the info ya :D

    ReplyDelete
  16. Ada urusan di Shah Alam/Klang/USJ Subang Jaya i.e Summit USJ, Sunway, Alam Sentral, Kota Kemuning, SACC Mall, I-City, Wet World, ADTEC, CIAST, WISMA GM, UITM, UNISEL, MSU, POLITEKNIK Shah Alam atau sebagainya. Tempahlah homestay kami yang berdekatan dengan harga murah & berpatutan (RM180/semalam) dan boleh layari INTERNET @ UNIFI percuma. Layari blog kami untuk info terkini di http://onlinebookinghomestay.blogspot.com

    p/s: perkhidmatan sewa harian juga disediakan

    ReplyDelete
  17. Bjet btol2 kna ada bpe nk msuk sunway nii 2 adult 3child... hihi nk bajet siap2

    ReplyDelete
  18. Bjet btol2 kna ada bpe nk msuk sunway nii 2 adult 3child... hihi nk bajet siap2

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM375 tak termasuk makan dan game tambahan..

      Delete
  19. Anonymous10:12 PM

    Hello comment ni tahun berapa ea

    ReplyDelete
  20. Nice info! Day beli ticket tak sabar nak pergi jugak. BTW, locker dan top up token macamana ye?

    ReplyDelete

THE HITZ