p

04 October 2013

Tips untuk Pasangan Hujung Minggu / Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Moga kita sentiasa di bawah lembayung maghfirah dan rahmah Allah swt.

Siapa yang sempat menonton Rancangan Semanis Kurma di TV9 malam tadi? Sila angkat tangan. Hehe. Alhamdulillah. Tajuk yang dibincangkan malam tadi (3/10/2013) amat menarik, malah di Facebook Rancangan Semanis Kurma pon, ramai yang bagi respon. Wahhh! Maknanya memang banyak Pasangan PJJ (Perkahwinan/Pasangan Jarak Jauh) zaman sekarang ni heh.

Hey, hey. Even orang kata ada manisnya duduk jejauh ni, tapi banyak juga cabaran dan dugaan yang dihadapi. Semuanya bergantung kepada diri individu itu. Seperti cerita yang saya kongsikan sebelum ini, dugaan dan cabaran yang Allah beri itu berbeza mengikut individu. Mungkin dugaan anda lain, dugaan saya lain, dugaan dia lain. 





Justeru, izinkan saya berkongsi tips-tips yang sempat disalin dari ustaz dan ustazah dalam Rancangan Semanis Kurma Episod 24. (syukran ya ustaz, ustazah n tetamu-tetamu jemputan )

Petua dan Tips-Tips untuk Pasangan Hujung Minggu / Perkahwinan Jarak Jauh / PJJ

1) Gunakan masa yang ada (bersama) dengan berkualiti. Bermakna, setiap kali berjumpa, kena banyak spend time together-gether, membincangkan hal rumahtangga, bermesra, bercuti, dan segala-gala aktiviti yang manis-manis belaka. Perlulah synchronize kan wishing list suami dengan wishing list isteri.

2) Pentingnya sentuhan suami isteri walau jarak jauh. Dalam keadaan jarak jauh, sentuhlah hati isteri dengan layanan dan tindakan yang sewajarnya kerana lumrah wanita memang agak ber'emosi' apabila berjauhan dengan suami.

3) Sentiasa refresh relationship setiap kali berjumpa. Eg : pergi bercuti mengikut kemampuan dan bagi hadiah walaupun murah.

4) Perlu yakin dengan kesetiaan pasangan masing-masing. Walau jasad jauh , namun itu tidak memisahkan dua hati suami isteri.

5) Fikir semula apa matlamat kita sebagai suami isteri?. Kebahagiaan hidup ini, kita yang tetapkan. Jika kita rasa bahagia dengan duduk sebumbung, itulah bahagianya. Jika kita rasa bahagia duduk berjauhan, itulah bahagianya. Jika tiada lagi rasa bahagia duduk berjauhan, maka ambillah keputusan untuk duduk sebumbung dengan suami. Ps/: Bab yang ni kena fikir masak-masak kerana kalau kita dah kerja gomen ni, perlu difikir banyak kali untuk berhenti kerja dan cari kerja lain. Tambahan lagi dengan status ekonomi sekarang di mana barang-barang semua naik harga. Ye dak? Fikir-fikirkan. Moga ada jalan penyelesaian.

6) Suami isteri harus berani membuat keputusan yang tepat, bijak, dan terbaik demi rumahtangga yang kita bina.





7) Amalkan 7 T :
  • Tahan - Tahan daripada godaan
  • Tabah - Harungi segala dugaan dengan hati yang tabah
  • Teknologi - Gunakan teknologi untuk membina keakraba suami ister. Eg : Whatsapp / Video Call/ Call / Sms / Beli hadiah online dan poskan melalui online kepada suami isteri di hari penting / Beli bunga online dan pos ke suami or isteri secara surprise / Makan sama-sama di hadapan webcam masing-masing.
  • Tunggu - Tunggu pasangan kita dengan sabar
  • Telus - Jujur dengan pasangan dan jangan sembunyikan masalah
  • Tekad - Berazam dan bertekad untuk mempertahankan rumahtangga kita
  • Takdir - Apa juga yang berlaku, kembali semula kepada Allah SWT

8) Andai buntu, mohonlah petunjuk daripada Allah SWT "Setiap kali aku merasa kesusahan dalam menyelesaikan masalah, aku membaca istighfar lebih kurang seribu kali. Sehinggalah Allah memberikan jalan keluar untukku." - Ibnu Taimiyyah.


9) Jika ada pilihan yang lebih baik, pilihlah perkahwinan jarak dekat. Lebih elok duduk sebumbung daripada duduk berbumbung-bumbung. Ps/: Perlu ajukan nasihat ini kepada pihak atasan yang berwajib. hihi


10) Suami isteri bolehlah amalkan Doa Nabi nuh : Surah hud ayat 47 (Doa agar Allah beri kekuatan & kesabaran) dan Doa Nabi Hud : Surah hud ayat 56 (Doa agar Allah beri kepada kita sentiasa mengikut jalan yang lurus dalam kehidupan berumahtangga)


Semoga perkongsian ini berguna untuk semua pasangan suami isteri yang terpisah dek lautan, dek banjaran, dek sungai dan dek gunung ganang. Next, jom sama-sama kita hayati pantun nasihat yang dikongsikan pada akhir rancangan Semanis Kurma.


Pantun nasihat dari Puan Noraini (Kaunselor UIA)

Abang utara dinda selatan,
Rindu kasih bukan sebarang,
Jangan tergoda bisikan syaitan,
Menghasut hati berlaku curang

(Dugaan PJJ : akan terbuka kepada banyaaakk 'dugaan'. Kita perlu ada ketetapan hati dalam menangani isu ini. Nauzubillah)

Rambutan di laman terpatah dahan,
Pohon pauh di tepi paya,
Tetapkan iman yakinkan Tuhan
Biarpun jauh, tetap setia.

Pantun nasihat dari Mohd Hafifi (Kaunselor UIA)

Biarpun jauh jarak, kasih rindu makin semarak,
Biarpun jarang bertemu, mengajar kita erti merindu,
Biarpun tak nampak di mata, mengajar kita erti setia,
Biarpun kita dilanda ujian, mengajar kita erti berkorban,
Biarpun kita rasa pedih, mengajar kita erti sedih,
Biar orang memandang sengsara, mengajar kita erti bahagia,
Biar kita saling percaya, bahagia dan derita adalah kita,
Biarpun sakit setengah mati, itu mengajar yakinkan Illahi,
Percaya pada Tuhan,
Kita hamba diberi ujian.





 Apabila rindu menerpa diri dan sukar diubati, perbanyakkanlah zikir di hati.


Sekian,
Salam Sayang dari HafRizah Official Blog.

Terima kasih kerana sudi membaca.  :)

Wassalam.






02 October 2013

Hidup PJJ : Bersangka baik terhadap Allah

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera

Ujian...ujian... dugaan...dugaan....

Pada Minggu lepas, selepas pulang dari mesyuarat, sedang daku drive seorang diri (ye lah, sape pulak nak drivekan aku kan? wuwuwu) sedang daku syok-syok bawa kereta sambil mendengar radio Ikim.Fm, sedang daku nak buat u-turn, sedang daku bajet macam lepas je nak buat u-turn....Tiba-tiba. Dummmmmm, Sreeettttttt.

Aduyyyyy. Kereta yang ku pandu seorang diri itu telah mencium Batu penghadang jalan yang besar gedabak. Pintu sebelah kiriku telah mencium dan terseret panjang hingga ke pintu belakang. Dengan sepantas kilat, aku park kereta ke tepi, dan keluar dari kereta, berjalan control ayu ke arah batu penghadang jalan yang telah dicium keretaku tadi. Daku terasa macam Alien yang baru mendarat di bumi dan baru keluar dari kapal angkasa. Kerana di saat aku berjalan ke arah batu peghadang untuk mengutip semula 'skirting' keretaku yang dah tertanggal dari body kereta, semuaaaaaa, diulangi semuaaaa mata insan yang ada dalam kereta lain memandang ke arahku. 

Macamana aku tahu diorang pandang aku? Sebab aku pun pandang diorang lah. Uhuks.
Aku taktahulah diorang ni pandang sebab kesiankan aku atau sebab terkejut atau sebab nak ushar aku. Huahuahua.. Eh! Huhuhuhu (mood sedih!). Selepas aku kutip semula skirting aku tu, dengan muka takda perasaan ala-ala control macho, daku jalan semula ke arah keretaku, campak skirting ke seat sebelah, dan aku terus menekan pedal minyak keretaku. Huhu. Kalau aku nak menangis meratap keretaku yang ditimpa kemalangan kecil kat situ pun memang tarak gunaaa wo. Dahlah aku ni bini orang, drive sengsorang, idup di perantauan pun sengsorang. Kang tak memasal ceghita lain pulak jadinya..... 

Aku hanya mampu istighfar, istighfar, istighfar..... Taktahulah macamana boleh kena dekat jalan yang aku selalu lalu. Adakah mungkin kerana jiwa tengah kacau , banyak berfikir, banyak berangan di saat jauh dari suami dan ahli keluarga? Entah~

Dugaannn

Apabila tiba waktu hujung minggu, rutin hujung minggu pun bermula, yakni suamiku pulang untuk berjumpaku (Di hujung minggu sahaja) Alhamdulillah, urusan menghantar keretaku untuk diketuk dan dicat berjalan lancar. Pada awalnya, suamiku nak tinggalkan kereta dia untuk aku pakai pergi kerja. Namun, atas beberapa faktor tertentu, kami terpaksa menapak jauh ke Key Ell untuk pinjam kereta adik iparku (sebab keretaku dalam bengkel). . Hubbyku pun drive pulang dengan keretanya itu.

Semuanya aturan Allah......

Kisah suamiku pula ye.. Ini mengikut ceghitanya kepadaku (almaklum, PJJ kannn.. iols tahu cerita ni pun masa berborak dengan hubby dalam telepon. huhu) Rentetan dari ceghita di atas, sewaktu hubbyku dalam perjalanan pulang ke pantai timur, beliau singgah solat jemaah Subuh sebentar di salah sebuah masjid. Apabila beliau keluar dari masjid, ada berlaku satu kemalangan, seorang lelaki berbangsa India mati dilanggar kenderaan. Nauzubillah. Istighfar banyak-banyak agar diri hubbyku dijauhkan daripada kemalangan

Beliau pun meneruskan perjalanan. Setibanya di satu tempat yang tidak jauh dari masjid tadi, jalan jeemmm teruk. Mungkin sebab semua orang keluar nak pi kerja. Hujan pula turun renyai-renyai time tu. Dalam keadaan jem, kereta di hadapan tiba-tiba brek emergency. Alhamdulillah, encik suami sempat brek emergency. Tiba-tiba... Dummmmm... kereta belakang tak brek langsung, terus langgar kereta suamiku. Kata hubbyku, kepalanya terhantuk sedikit dan kakinya terkehel sedikit. Mujurlah dirinya tak mengalami kecederaan teruk, bumper belakang kereta yang dipandunya je la yang remuk.

Dugaan.....

''Bijak'' suamiku yang mithali ni. Beliau ditimpa dugaan ini pada hari Isnin Subuh, Selasa malam Rabu baru dia bagitahu daku. Dia taknak aku risau kat dia. Aduyyy, isteri mana tak risau kalau dengar berita cenggini dengan aku yang seorang diri di sini, dia seorang diri di sana.
Risaunya diriku bukan kepalang...Daku hanya mampu kirimkan doa agar Allah menjaganya di sana.

Inilah dugaan PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh). Di saat nyawa kami (semua yang PJJ) dalam bahaya demi untuk menjalankan tanggungjawab suami isteri, ada tak pihak berwajib ambil berat akan hal ini? Adakah kebajikan kami terjaga?. Hurm. No comment. Hanya yang senasib sahaja yang tahu...



Doaku semoga kami berdua sentiasa dalam keadaan sihat walafiat agar kami dapat meneruskan ibadah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.....Mudah-mudahan penghujung tahun ini ada berita gembira buat daku dan suami dalam bab-bab pertukaran dan perpindahan ni. Amin :)

Setiap dari kita akan diuji, cuma ujiannya berbeza-beza. Walau ujian ini berbeza, janganlah kita memandang ringan akan ujian yang menimpa individu lain.

Walau apapun yang berlaku, segala dugaan yang dilalui ini adalah tarbiyyah dari Allah.

TarbiyahNya menyemarakkan iman seseorang. Hatinya yang lalai menjadi lebih dekat dan rindu kepada Allah swt. Apabila akal menjadi ukuran penilaian kaifiyat tarbiyah Allah, sudah pastilah seseorang itu merasa dirinya tidak berguna, kecewa dan tidak redha dengan ujian yang menimpa. Maka lahirlah sifat-sifat mazmumah dalam hati lantaran buruk sangkanya pada tarbiyah Allah swt.
Berbeza pula apabila iman menjadi kayu ukur bagi kaifiyat tarbiyah ini. Dalam buku “al-Hikam” karangan ibn Ata’illah as-Sakandari, beliau mengibaratkan ujian itu suatu nikmat yang tersembunyi atau ditangguhkan. Hanya dapat diperolehi dengan bersangka baik pada Allah swt iaitu husnodzon. Dan orang yang paling husnudzon adalah Rasulullah saw, qudwatun hasanah sepanjang zaman. MasyaAllah..!!





Alhamdulillah, masih bernafas dan masih diberi kesihatan yang baik oleh Allah. Terfikir sejenak, lagi berat ujian yang menimpa saudara-saudara kita di Asia Barat sana.

Semoga kita menjadi individu yang sentiasa bersangka baik kepada Allah Swt dan moga kita hadapi segala ujian dengan tenang dan redha.

Wallahualam...

Wassalam...

TQ for reading my entry :)





THE HITZ