p

26 July 2013

Resepi : Sambal Goreng Jawa Juadah Hari Raya

Assalamualaikum wbt..
Salam sejahtera..

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Ramadhan meninggalkan kita... Sayu hatiku kerana Ramadhan akan pergi dan moga bertemu lagi di tahun hadapan. 

Semalam, di saat daku tengah drive sengsorang dari barat ke timur Semenanjung Malaysia melalui Lebuhraya Pantai Timur, terdengar lagu raya berkumandang di corong radio. Hot FM dah pasang lagu raya? Waduhhh...Walhal Ramadhan belum habis lagi. Sewajarnya 10 malam terakhir Ramadhan ni, kita menyibukkan diri kita dengan tingkatkan amal ibadah. Ye la, Ramadhan datang sekali je setahun dan di dalamnya ada satu malam yakni LailatulQadr (malam yang lebih baik dari seribu bulan).

Boleh tak aku nak suggest kat radio-radio di Malaysia ni, kalau hangpa nak pasang lagu raya, pasanglah di HARI TERAKHIR Ramadhan dan di Hari Raya Bulan Syawal sahaja. hehe. Barulah ada feel nak tingkatkan ibadah di bulan Ramadhan Al-Mubarak dan sambut kemenangan melawan nafsu di Hari Raya Aidilfitri gitew. :)

Apa kaitan daa dengan tajuk resepi aku harini?.. keh keh keh

Untuk pengetahuan uols, harini daku nak share satu resepi rahsia turun temurun nenek moyang belah mama daku. Chewaaahh.. Kira bila dah masuk dalam ni dah tak jadi rahsia keluarga aku lah ni. Haha.... Daku minta izin mama aku nak share ngan uols tauuu.. Moga-moga roh pencipta resepi ini (moyang-moyang daku) dicucuri rahmat dan diberkati Allah swt :)

Resepi yang daku nak share adalah juadah wajib family daku buat tetiap tahun di Hari Raya. Sambal Goreng Jawa namanya.  (Perlu ada word Jawa ek?)  Kalau takde hidangan ni time raya, macam tak lengkap je rasa. Kalau family lain suka buat Kuah lodeh yang warna kuning-kuning cair tu kan, tapi not for kebanyakan famili keturunan jawa. Kuah lodeh tu diganti dengan Sambal Goreng cuma cara penyediannya berbeza-beza mengikut family memasing. Daannnn aku rasa resepi turun temurun nenek moyang aku ni yang paling sedap terangkat marvellous setakat hari ini.. muahahhaa....opppaaa .(Setakat harini la, hari lain aku taktau. kuikuikui)

Dek kerana terkempunan nak makan Sambal Goreng ni time puasa, aku pon meghajinkan diri berpeluh-peluh sakan menyediakannya khas untuk diriku dan suami tempoh hari. Jom kita sediakan bahan-bahannya.

Bahan-bahan Sambal Goreng Jawa :
(2 orang makan) 

--10 batang kacang panjang dihiris, --6 batang lada merah dihiris, --6 batang lada hijau dihiris, --2 papan petai



--Bawang merah saiz sederhana 5-6 labu dihiris, --1 labu bawang putih dihiris, --Lengkuas 3 cm dihiris 


--Tauhu 3 keping dipotong dadu dan digoreng, --Tempe 4 keping dihiris/dipotong dan digoreng,



--Udang (ikut berapa banyak yg anda nak) digoreng, --Daging lembu dihiris dan direbus. --AIR REBUSAN DAGING jangan dibuang sebab PENTING untuk masukkan dalam sambal goreng jawa time masak nanti.



--Tauhu kering dan Soohoon direndam dahulu , nak bagi lembut naa



--Belacan sebesar ibu jari dan asam jawa anggaran lebih sedikit dari belacan digaul dan diramas bersama dalam Santan (anggaran 250 ml) 




Ok dah siap sediakan bahan-bahan masakan...
Fuhhhh penat tau nak sediakan bahan-bahannya ni.. Haa, semua benda (udang, daging, sayur, cili, tahu tempe) ada dalam satu lauk je. Walaupun tak elok sangat makan makanan laut campur darat, tapi takpelah, setahun sekali je kot. hihihi. =)

Jom kita memasak pula.....


Cara-cara memasak hidangan yang super delicious ini :

Panaskan minyak masak dalam kuali. 
Tumis bawang-bawang dan lengkuas yang telah dihiris. 
Apabila bawang dan lengkuas dah layu sedikit, masukkan kacang panjang, lada merah, lada hijau dan petai yang telah dihiris tadi. 
Masukkan juga air rebusan daging dan daging. Kacau hingga sebati dan layu sedikit.
 Masukkan pula udang , tempe dan tahu yang telah digoreng tadi. 
Then, masukkan  belacan dan asam jawa yang telah diramas dalam santan. 
Masukkan soohoon dan tahu kering. 
Lastly, masukkan gula (biasanya 4-5 sudu) dan garam secukup rasa. Rasa hingga rasanya semua sebati dan mesra. 
Siap untuk dihidang :)




Persoalan yang sampai sekarang daku dok terpikir ialah, kenapa namanya sambal goreng?... Biasanya sambal mesti ada lada boh, merah, dan pedas. Hihihi. 

Takpela, yang penting rasanya sedap hingga menjilat jari. Uols boleh makan begitu sahaja atau makan dengan nasi, nasi impit, ketupat, lemang, burasak, lepat loi dan yang seangkatan dengannya. Yummmyy.


TQ for reading this .. see ya :)




16 comments:

  1. Assalamualaikum yanggggggggggg, sejak kawin sheila pandai makan ni sebab keluarga mertua sheila yang kenalkan masakan ni dalam hidup sheila. versi FIL warna gelap sikit, gelap kicap manis tu. hehehhehee. adoiii esok rasa nak masak ni jeeeeeeeeeeeeeeeee >_____________<

    ReplyDelete
  2. walaikumsalam... wahhh bestlah keluarga mertua kenalkan kat sheila..hihiiii..sedapkannn... yummy

    ^___^

    ReplyDelete
  3. naseb baik tgk entri ni tgh malam. kalau siang hari, mau meleleh air liur ni haa! haha

    ReplyDelete
  4. bulan2 puasa ni mmg ramai yg cari resepi untuk juadah berbuka. nak beli kat bazar ramadhan mahal sgt.

    ReplyDelete
  5. nmpak sedap je =) xsbar nk berbuka pula rasanya..bab lagu 2..mmg stuju sgt2..pttnya mkin bertambah ceramah utk lailatul qadar adalh yg terbaik

    ReplyDelete
  6. the malay male : yep2 btol tu... :)
    SKA : memang sedap..hehee.. haa, btol tu...10 mlm terakhir patut ditingkatkan lagi dgn ibadah kepada Allah

    ReplyDelete
  7. Anonymous4:43 PM

    Thank you very much for the recipe. Baru je cube tadi... sedap sgt!

    ReplyDelete
  8. anon : tq..alhamdulillah...singgah lg ye :)

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum boli copy?

    ReplyDelete
  10. amat rahim : jika nak buat masak di dapor, dipersilakan dan dialu2kan.... gembira dapat share resepi sedap2 dengan org lain utk dijadikan juadah.. hehee... tapi kalau nak copy letak dlm blog, jgn lupe bg credit ke blog saya ye... hihi.... tq2.... jemput cuba resepi ni :)

    ReplyDelete
  11. Anonymous11:06 PM

    Kalau daging diganti urat kaki lembu dengan tulangnya lagi sedap.bila makan rasa geligeli sedap. kami tempah dari Rimba Terjun Pontian pada awal puasa.

    ReplyDelete
  12. anon : oooo...tak pernah cube lagi.... must try ni..hehe.. tq dear :)

    ReplyDelete
  13. saya pun heran dengan resepi sambal goreng jawa ni kan,nama je ada sambal, tapi tak pedas pun kan..hehhe..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe kan2... hihiiii... :)

      Delete
    2. nak pedas gantikan cili hijau dengan cili api, makan pasti terangkat...

      Delete

THE HITZ