p

26 July 2013

Resepi : Sambal Goreng Jawa Juadah Hari Raya

Assalamualaikum wbt..
Salam sejahtera..

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Ramadhan meninggalkan kita... Sayu hatiku kerana Ramadhan akan pergi dan moga bertemu lagi di tahun hadapan. 

Semalam, di saat daku tengah drive sengsorang dari barat ke timur Semenanjung Malaysia melalui Lebuhraya Pantai Timur, terdengar lagu raya berkumandang di corong radio. Hot FM dah pasang lagu raya? Waduhhh...Walhal Ramadhan belum habis lagi. Sewajarnya 10 malam terakhir Ramadhan ni, kita menyibukkan diri kita dengan tingkatkan amal ibadah. Ye la, Ramadhan datang sekali je setahun dan di dalamnya ada satu malam yakni LailatulQadr (malam yang lebih baik dari seribu bulan).

Boleh tak aku nak suggest kat radio-radio di Malaysia ni, kalau hangpa nak pasang lagu raya, pasanglah di HARI TERAKHIR Ramadhan dan di Hari Raya Bulan Syawal sahaja. hehe. Barulah ada feel nak tingkatkan ibadah di bulan Ramadhan Al-Mubarak dan sambut kemenangan melawan nafsu di Hari Raya Aidilfitri gitew. :)

Apa kaitan daa dengan tajuk resepi aku harini?.. keh keh keh

Untuk pengetahuan uols, harini daku nak share satu resepi rahsia turun temurun nenek moyang belah mama daku. Chewaaahh.. Kira bila dah masuk dalam ni dah tak jadi rahsia keluarga aku lah ni. Haha.... Daku minta izin mama aku nak share ngan uols tauuu.. Moga-moga roh pencipta resepi ini (moyang-moyang daku) dicucuri rahmat dan diberkati Allah swt :)

Resepi yang daku nak share adalah juadah wajib family daku buat tetiap tahun di Hari Raya. Sambal Goreng Jawa namanya.  (Perlu ada word Jawa ek?)  Kalau takde hidangan ni time raya, macam tak lengkap je rasa. Kalau family lain suka buat Kuah lodeh yang warna kuning-kuning cair tu kan, tapi not for kebanyakan famili keturunan jawa. Kuah lodeh tu diganti dengan Sambal Goreng cuma cara penyediannya berbeza-beza mengikut family memasing. Daannnn aku rasa resepi turun temurun nenek moyang aku ni yang paling sedap terangkat marvellous setakat hari ini.. muahahhaa....opppaaa .(Setakat harini la, hari lain aku taktau. kuikuikui)

Dek kerana terkempunan nak makan Sambal Goreng ni time puasa, aku pon meghajinkan diri berpeluh-peluh sakan menyediakannya khas untuk diriku dan suami tempoh hari. Jom kita sediakan bahan-bahannya.

Bahan-bahan Sambal Goreng Jawa :
(2 orang makan) 

--10 batang kacang panjang dihiris, --6 batang lada merah dihiris, --6 batang lada hijau dihiris, --2 papan petai



--Bawang merah saiz sederhana 5-6 labu dihiris, --1 labu bawang putih dihiris, --Lengkuas 3 cm dihiris 


--Tauhu 3 keping dipotong dadu dan digoreng, --Tempe 4 keping dihiris/dipotong dan digoreng,



--Udang (ikut berapa banyak yg anda nak) digoreng, --Daging lembu dihiris dan direbus. --AIR REBUSAN DAGING jangan dibuang sebab PENTING untuk masukkan dalam sambal goreng jawa time masak nanti.



--Tauhu kering dan Soohoon direndam dahulu , nak bagi lembut naa



--Belacan sebesar ibu jari dan asam jawa anggaran lebih sedikit dari belacan digaul dan diramas bersama dalam Santan (anggaran 250 ml) 




Ok dah siap sediakan bahan-bahan masakan...
Fuhhhh penat tau nak sediakan bahan-bahannya ni.. Haa, semua benda (udang, daging, sayur, cili, tahu tempe) ada dalam satu lauk je. Walaupun tak elok sangat makan makanan laut campur darat, tapi takpelah, setahun sekali je kot. hihihi. =)

Jom kita memasak pula.....


Cara-cara memasak hidangan yang super delicious ini :

Panaskan minyak masak dalam kuali. 
Tumis bawang-bawang dan lengkuas yang telah dihiris. 
Apabila bawang dan lengkuas dah layu sedikit, masukkan kacang panjang, lada merah, lada hijau dan petai yang telah dihiris tadi. 
Masukkan juga air rebusan daging dan daging. Kacau hingga sebati dan layu sedikit.
 Masukkan pula udang , tempe dan tahu yang telah digoreng tadi. 
Then, masukkan  belacan dan asam jawa yang telah diramas dalam santan. 
Masukkan soohoon dan tahu kering. 
Lastly, masukkan gula (biasanya 4-5 sudu) dan garam secukup rasa. Rasa hingga rasanya semua sebati dan mesra. 
Siap untuk dihidang :)




Persoalan yang sampai sekarang daku dok terpikir ialah, kenapa namanya sambal goreng?... Biasanya sambal mesti ada lada boh, merah, dan pedas. Hihihi. 

Takpela, yang penting rasanya sedap hingga menjilat jari. Uols boleh makan begitu sahaja atau makan dengan nasi, nasi impit, ketupat, lemang, burasak, lepat loi dan yang seangkatan dengannya. Yummmyy.


TQ for reading this .. see ya :)




08 July 2013

Salam Ramadhan 1434 H

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Tarikh puasa bagi tahun 2013 (1434H) telah diumumkan yakni pada 10 Julai 2013 (Rabu). Yeaayyyy. Puasa.

Terimbau pula kenangan zaman kecil-kecil. Apabila tiba saat nak puasa dan raya, mesti nak duduk ngadap TV. Legend lah, menunggu saat-saat pengumuman nak puasa dan raya oleh Allahyarham Engku Tan Sri Ibrahim Engku Noah. Ye, saya membesar dalam zaman kanak-kanak yang hanya ada TV dan radio sebagai medium untuk mengetahui maklumat. Tak main lah internet, tab, iphone, ipad, note, laptop bagai ni.  Oh rindunya zaman kanak-kanakku. 

Masih teringat lagi kenangan bila nak kena bangun sahur untuk hari pertama puasa. Bercintan cintun tahu tak. Banyak kali juga mama dan kakak-kakak kejutkan. Kadang-kadang sampai tertidur-tidur depan makanan nak sahur tu. Pergi sekolah pun tak bermaya macam zombie tak makan setahun. Almkalum zaman kita dulu kena bawa beg sekolah seberat duaplohlima guni beras oiii. Tapi digagahkan juga demi mencari ilmu dan amanat sebagai pelajar sekolah serta anak yang bertanggungjawab. Chewahhh. 

Hehhh, sungguhpun ku rasa seperti zombie bila berpuasa di sekolah dolu-dolu, tetapi iols tak pernah ponteng puasa semenjak darjah satu hokey. hihihi. Saat yang paling ditunggu-tunggu adalah nak dengar bunyi siren dari masjid menandakan dah masuk waktu berbuka puasa. FYI, Masjid tempat iols membesar dolu-dolu akan bunyikan siren sebelum dilaungkan azan Maghrib. Tetapi kini tiada siren dah. :)

Alaaaa tu semua kenangan masa zaman kanak-kanak. Uols pun mesti ada kenangan sendiri kan.



Cepat je masa berlalu. Kini umurku sudah menjangkau 20 an dan daku sudah bergelar isteri orang.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Syukur syukur

Ramadhan tahun ni sangat berbeza keadaannya bagi diriku. Tahun ni kena menyambut Ramadhan ALONE (kecuali hujung minggu). uhuk uhuk. Pertama kali ku melalui saat-saat berpuasa Ramadhan sebagai isteri orang dan jauh pula dari suami serta keluarga. PJJ kannn. Moga Allah merahmati kehidupan kami hendaknya.

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan lepas.

Jom kita perbanyakkan amalan di bulan mulia ini...Setahun hanya sekali bertemu Ramadhan  :)


نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


TQ for reading

See ya

Salam Ramadhan.


THE HITZ