p

05 June 2013

Secret Recipe : Resepi Rahsia Fruit Punch - Now everyone can drink.

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera

Mimpi sampai ke bintang agaknya aku ni nak pi makan kat Secret Recipe. Alaaa, uols mesti dah biasa makan kat sini kan. Daku tak adalah biasa sangat. Yang biasanya dan yang selalunya aku beli adalah kek secret recipe je. Variety of Cheesecake kan. Yummy. Kek je pun, jaranglah daku nak makan hidangan nasi, mee, chicken chop, etc. Kalau adapun, tu sebab member belanja. hikhikhikss.

Harini daku mengidam pula nak makan kat Secret Recipe. Ekceli, harini daku puasa. Eh! puasa wajib tau. Lagi satu hari je pon nak ganti puasa.. ahaks. Haaa.. korang dah ganti puasa belum tu?. Cepat-cepat ganti ye. Ramadhan is coming. Lebih kurang sebulan lagi nak Ramadhan. ;)

Selepas berbuka puasa dengan kurma di rumah, dan bersiap-siap apa yang patut, terus kami ke Secret Recipe. Perut dah mula lapar. Nafsu makan dah mula menguasai mata, hati, jiwa (ehh awieey). Hahaha. My hubby order Vietnamese Beef Noodle and Watermelon Juice. I order Lasagna Chicken, Thai Seafood Spaghetti, dan Fruit Punch. Kan aku dah kata, nafsu makan daku mengganas lebih teruk dari husband aku.. Jangan ingat daku tak boleh habis ini makanan tau. kehkehkeh. 


lasagna

thai seafood spaghetti


vietnamese beef noodle

Hey, you know what. Dalam banyak-banyak hidangan yang sedap ni. daku rasa daku memang ter'jatuh chenta' sama dia punya Fruit Punch la. Sedap ok. Kalau uols dah pernah minum, mesti tahu rasanya macamana kan. Daku rasa nak minum lagi dan lagi. Tapi, idokle (tidak) daku nak minum di Secret Recipe hari-hari. hewhewhew






Kalau makan di sini sekali sekala bolehlah dik non. Kalau hari-hari kau nak makan sini, memang tiap-tiap hari kau kena keluarkan zakatlah. Bagi derma kat insan yang lebih memerlukan lagi baik khannnn.

Fruit Punch dia memang terbaik dari ladang. Jadi untuk merealisasikan harapan daku nak minum fruit punch ni selalu, mehla daku share dengan uols. Mari merajinkan diri mem-blender fruitss di dapur rumah pulak lepas ni. muahahaha. Bahan-bahan yang diperlukan adalah :




  • Pisang
  • Tembikai
  • Oren 
  • Garam sikit jeeee
  • Gula


Pandai-pandailah kome adjust bagi rasanya seimbang dan marvellous gitew. =) yeaaaaayyyyy. Now everyone can drink the marvellous Fruit Punch . Thumbs up.


ps: i found that now Secret Recipe tax = service tax + gov tax telah naik rege lagi ek. Ke regenya berubah-ubah? gulpppp. 



Hai dik non, kak non, abang non, makcik non, dan sesiapalah yang sedang membaca...... ini ada sedikit peringatan ikhlas dari diriku  =)

''Di saat kita sedang makan dengan lazatnya, perlu kita ingat yang ada insan lain sedang kelaparan. Ada insan lain tidak cukup makan. Ada insan lain yang makanannya tidak sehebat kita. 

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. 

Wahai sahabat, jangan lupa, rezeki yg Allah beri pada kita ini adalah untuk dibahagi-bahagi sama rata kepada insan lain. Rezeki kita ini bukanlah milik kita seorang. Di dalam 'duit' kita ada hak insan lain yang lebih memerlukan juga. 

Marilah bersedekah. Marilah menunaikan zakat. Jangan kedekut untuk menghulurkan wang melebihi RM10 di tabung-tabung masjid dan surau. Jangan kedekut untuk bersedekah kepada mereka yang lebih memerlukan.

Jangan takut dengan MISKIN. Kamu akan dapat apa yang kamu beri. Lebih banyak kamu beri, lebih banyak kamu dapat. 

Insan yang rajin bersedekah, insyaallah akan dimurahkan rezekinya. Insyaallah"




TQ for reading my post. 

Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

See ya...........



11 comments:

  1. Anonymous12:26 AM

    siap de peringatan yg last uh. good blog......

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum awak. terliur sheila tengok lasagna! adoiiii.. nak kena beli oven cepat ni.. kalau tak sampai bila tak buat... hehehheeee. thanks for peringatan yanggg :)

    ReplyDelete
  3. salam ziarah dear , pagi pagi perut lapar masuk blog ini terus sedih T_T kenapa sedap sangat gambar makanan diatasss T_____T laparrr siap berkongsi rahsia resipi fruit punch pula tu muahahaha akan dibuat :D

    ReplyDelete
  4. anon : tq ...please come again.... :)

    Sheila Salim : kihkihkih.... kalau dh beli oven bolehla masak lasagna hari2.. :) welkam2...peringatan tu utk saya dan semua... =)

    ReplyDelete
  5. Liyana Lunia : salam... whoaaa... dh 11.30 tak breakfast lg ek =) .. jom2 buat fruit punch sndri kt umah...hihi

    ReplyDelete
  6. Tetibe jadi lapar tengok entry nie..hihihi

    salam kunjungan balas dari Yun dan follow

    http://sakurayaki.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. saya suka lasagna secret recipe
    sedap amat......
    gulp

    ReplyDelete
  8. rajin buat takpe..hehehe

    ReplyDelete
  9. nurul yun : lapar ea... nurul yun tak mkn lagi ke.. :)

    call me rara : memang sodap...hehe..jom cube

    penaberkala : memang sedap, cube sekali nk lagi ea..hehe

    amirah adnan : ahakss... rajin kalau tak busy..hihi..kalau busy, tak menyempat gak..hihi :)

    ReplyDelete
  10. sdapnya :) pnh jgak mkan kt situ bbrapa kali..tp hrga dia pn sdap jgak..hu3..kalau jrang2 mkan ok la..hrga dia skrg pn dh naik..ritu beli kek dah naik rm10++..sbr jelh

    ReplyDelete

THE HITZ