p

02 June 2013

Kuala Selangor : Cendol Bakar satu!!

Assalamualaikum
Salam Sejahtera...

Apa rancangan kawan-kawan time cuti-cuti begini? Berehat sahaja di rumah, pergi bercuti bersama keluarga ke destinasi dalam negara or luar negara, pergi berjalan-jalan cari makan di tempat makan yang best atau pergi beriadah?

Daku lebih suka memilih untuk pergi makan angin dan buatlah sesuatu aktiviti yang best. 
*Ekceli aku ada 2 entry tentang tempat percutian yang belum sempat di upload. Sabaaarrr naaa. kuikuikui.*

Entry harini daku nak kongsikan kepada kawan-kawan, satu tempat makan yang bolehlah dikatakan famous di sekitar Kuala Selangor. Aku pergi makan di sini sebelum cuti sekolah tempoh hari. Harini baru nak ngapdate. Sorry.kikiki.

CENDOL BAKAR

Lokasi : Kampung Assam Jawa, Kuala Selangor.
Kalau uols lalu jalan dari Ijok ke Kuala Selangor, lokasi Cendol Bakar adalah di sebelah kanan, betul-betul sebelum sampai traffic light simpang tiga Jalan Klang-Teluk Intan (Kuala Selangor). Maknanya kalau uols dari Klang and Kuala Selangor, dah masuk simpang traffic light tu untuk ke Ijok, cendol Bakar adalah di sebelah kiri anda. :)

Suasana tempat makan di sini amat menarik sekali. Terasa macam berada di Hawaai apabila kami dok makan bawah pondok makan beratap rumbia.



Cendol Bakar?? First impression mesti uols ingat yang cendol dia dibakar hangus-hangusan dan apakah rasanya apabila dibakar kan? ahaha. Ekceli owner kedai ni bagitau yang Bakar tu adalah nama atoknya. Depa buat cendol melalui resepi turun-temurun keluarga katanya. Moreover, mereka juga menghasilkan cendol dengan cara bakar di atas arang (yang ni aku taktau lah macam mana depa buat)

Banyak pilihan cendol yang ngkorang boleh choose and eat without was-was kerana cendolnya halalan toyyibah.



They got
Cendol VIP (Nata de coco+Selasih+Jagung+Kacang)
Cendol VVIP (Pulut+Nata de coco+Selasih+Jagung+Kacang)
Cendol Tapai (Tapai+Nata de coco+Jagung+Selasih+Kacang)
Cendol Pulut Tapai (Pulut+Tapai+Nata De coco+Jagung+Selasih+Kacang)
Cendol Durian (Durian+Nata de coco+Selasih+Jagung+Kacang)
Cendol Durian Pulut (Durian+Pulut+Nata de coco+Selasih+Jagung+Kacang)

FYI, Dua perkara yang menyebabkan tempat ni RAMAI PENGUNJUNG lagi adalah kerana di sini uols boleh DRIVE THRU tau. Haaa... jangan ingat kat McD ja boleh drive thru. Di sini juga uols boleh refill cendolnya. Untunglah. =)

Ini hubby punya. Cendol Durian Pulut. Nyum Nyum. Kalau uols nak, meh lerr datang sini.

Nah. Kami makan nasi ayam dara, cendol VVIP untuk saya, dan cendol durian pulut untuk hubby. Jom cuba.


Kat sini juga dia buat macam-macam food stall. It means, bukanlah cendol semata-mata yang dijual. Uols boleh pilih nak Nasi ayam dara, RojakKing, Rojak Buah, Chicken Chop, Cucur, BaksoKing, Laksa, Soto, Pisang Goreng, Kepok Lekor, dll







Kalau dah terasa haus, nak minum air, uols boleh ambil air free kat kaunter tu ye. AIR FREE, FREE dan FREE. Betul. Bukan main-main lorh. This is SELANGOR. kuikuikui.

Air Masak atau air oren?. You choose. Percuma oiii. -pilihan jalan jalan cari makan tv3-

Best tau. Pelanggan memang ramai, jadi jangan lepaskan peluang untuk jadi salah sorang pelanggan tu ok. Bagi daku rasa cendolnya 4 dr 5 bintang. hehehe.. sedap tapi Cendol Seksyen 7 Shah Alam lagi sedap. (klik untuk bacaan - cendol sek 7)

Sekian sahaja review dan promosi ikhlas dari eden. Eden bukan agen jualan yo.....

Selamat bersantai-santai bersama keluarga tercinta.

TQ for reading my entry.......see ya   =)



8 comments:

  1. assalamualaikum awakkkk.sedapnyaaa. terliur.tapi sheila tak reti makan cendol. hehehehhehee

    ReplyDelete
  2. Assalam..hu3 sdpnya cendol durian :) pnh jugak mkn ABC kt slangor..mmg terbaek la

    ReplyDelete
  3. aaaa sedapnyeeee..nanti bawak mira dtg sini kak

    ReplyDelete
  4. sheila : walaikumsalamm :)

    hehee...sedap2..alaa nape awk tak reti mkn cendol...rugi tau...kikikiii..xpe2 lepas ni leh cube mkan slow2.. sodappp

    S.K.A :wsalam.... memang sedap... yep... kt sni bnyk mknn sdap2..hihii

    ReplyDelete
  5. amirah :
    memang sedap...insyaallah..hehheee

    ReplyDelete
  6. huhu supspen je cendol bakar ni. hehe nama atok rupanya..

    cantik tempat tu.. mesti tenang dan nyaman

    ReplyDelete
  7. hana hadi : ahakss... memang ramai ingat cendol dia kene bakar ke ape ke..hehheee... best2..jom singgah :)

    ReplyDelete
  8. KURSUS BUAT CENDOL www.cendol.biz

    ReplyDelete

THE HITZ