p

04 June 2013

Cameron Highland : Family Vacation

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera


Hye peeps. Its Cameron Highland again. Owyeaa. Im lovin it. 

Ekceli, last 2 weeks before, me and my family had a vacation. It was on 17th May 2013 - 19th May 2013. My ayah havent been there. My mama pula kali terakhir pergi CH adalah lebih kurang 20 tahun yang lepas. Lama benar kan. Jadi mama dan ayah teringin nak pergi Cameron Highland. Hasrat mama ayah nak bercuti beramai-ramai one whole family with anak-anak, menantu, dan cucu-cucu. Moreover, 18th May 2013 adalah birthday mama. =)

Maka, kami cuba sedaya upaya mencari masa terluang. Pedulikan semua hal-hal kerja lahh demi menggembirakan hati mama ayah tercinta. hihi :) Kami dah buat perancangan bermula dari bulan April lagi, iaitu sebulan sebelum vacation.

Ayah dah tak larat nak memandu jauh-jauh. He is 67 already you know. Mama is 65. So, they took a bus to Lumut  a week before, because my sister, Yana and her husband live in Lumut. My big bro and his wife pula live in Manjung. Jauh di sudut hatiku, kalaulah aku tidak berkerja dan duduk dekat dengan mama ayah, aku memang nak sangat hantar mama ayah naik keretaku. FYI, kami adik beradik duduk jauh-jauh lorrr. Angah dok dekat  dengan mama ayah tapi suami dia pula jauh di hujung Malaysia sana (Tanjung Peghelih). ahhh. Thats lifee lah. Oh Life.


Skip to our vacation story.

17th May 2013 kami bertolak dari Lumut ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai. New experience for me sebab sebelum ni daku dan suami ke Cameron Highland melalui jalan Tapah. Tapah lagi berliku-liku daripada Simpang Pulai lah ceghitanya. 

Sesampai di Cameron Highland, kami check in di Irise Apartment (1 living room, 1 kitchen, 1 dining room, 3 bilik tidur, 3 bilik air dalam setiap bilik tidur, 1 balkoni). Irise Apartment ni bersebelahan dengan padang golf. Nice view walawehh.. Pagi-pagi buka pintu, mata telah dihidangkan dengan pemandangan hijau padang golf dan gunung-ganang yang indah. :)

Mama and ayah. Sweet couple kan.hihii
Me and hubby. Kapel yang manis jugalah. hihihi  :)

18th May 2013. Kami pergi tempat terbaru at Cameron Highland that is Cameron Lavender Garden. If uols dari Brinchang, u akan jumpa Cameron Lavender Garden selepas uols jumpa Kea Farm, Butterfly farm dan Bee Farm. Ianya terletak di sebelah kiri jalan.

Uols kena bayar RM5 per kepala if nak masuk. Dah alang-lang pergi kan, baiklah masuk je. hihi. Apa yang ada dalam Cameron Lavender Garden ni?. Ada bunga-bunga banyak sangat especially bunga lavender yang purple kaler tu lah. Nice view lah i tell you. Aku terasa bagai berada di Holland (berangan tak hingat dunia huii). Then di sebelah atasnya ada strawberry park di mana uols boleh pick your own strawberry ok.

PURPLE.!! . Ececehh.. My anak sedara , si Nur Qaseh pon terpegun nengok bunga-bunga tu. hihi

My sista, bergaya kau cik adik. Kalau uols nak berkenalan, boleh contact i, nanti i rekemen kat dia...hihii

Cantik sungguh bunga-bunga yang berwarna warni itu.


Subhanallah

Selepas makan angin di Cameron Lavender Garden, kami bawa mama ayah pergi ke Ladang Teh Boh Sungei Palas. Minum-minum dan makan di sana sambil mata menikmati pemandangan hijau teh ciptaan Allah. =)   *gambar akan diupload kemudian, tunggu my sista upload from her canon*

Selepas itu, kami bawa mama ayah menikmati hidangan berasaskan strawberry di Taman Agro Al Mashoor. Nice. Taman Agro Al-Mashoor terletak di No. 20, Kampung Taman Sedia, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur, lebih kurang 1.5 kilometer dari Bandar Tanah Rata. Keluasan Taman ini adalah 0.75 ekar berkonsep agro-pelancongan berasakan tanaman strawberi.

Komponen Taman Agro Al-Mashoor adalah:
  1. Tanaman strawberi secara bertingkat fertigasi
  2. Tanaman hiasan berpasu
  3. Tanaman kaktus
  4. Tanaman Orkid
  5. Pusat Jualan :
    5.1 Buah strawberi segar
    5.2 Produk hiliran berasakan strawberi seperti Jem, Kordial,
    5.3 Halwa dan lain-lain.
    5.4 Pelbagai jenis Teh Cameron Highlands
    5.5 Pelbagai jenis madu
    5.6 Tanaman Hiasan Berpasu
    5.7 Pelbagai jenis Kaktus
    5.8 Orkid jenis Phalaenopsis, Cymbidium dan Cattelya
  6. Kawasan Café dimana pengunjung dapat menikmati minuman dan makanan ringan seperti scones, muffins, tarts, aiskrim, ice-blended dan sebagainya.






It was 18th May kan. Like i told ya, my mama's birthday. Guess what?. That evening, kami makan steamboat beramai-ramai. Masak sendiri tau dalam Irise Apartment tu. My kakak ipar buat perencah sup steamboat tu. Memang sodap. Tidak dilupai dengan acara potong kek dan bagi hadiah to mama and ayah. Mama dapat dua beg tangan. hihi. Ayah pula dapat tshirt John Master. :) 

We're happy coz they(parents)pon happy.


Macam-macam hado.

Berebut nak potong kek..kikiki.. Secret Recipe Chocolate Chip Walnut Cake. Delicious Marvellous da bomb.

Happy birthday mama. Happy belated birthday ayah, Happy becoming birthday to me and kak ipar. ahaks.... semua atas satu kek. hahaa



19th May 2013.

It was our last day at here. Jalan jem memanjang sebab semua orang berderet-deret nak pulang ke tempat asal. Cadangan awal untuk melawat Rose Center dan Kea Farm tergendala. Maka kami ambil keputusan melawat S'Corner sahaja.

Seperti dalam entry aku sebelum ni (Cameron Highland Honeymoon part 2) at S'Corner ni uols boleh beli teh, souvenir, sayur-sayuran dan speciality dia adalah adanya Ladang Mushroom. Beratus-ratus mushroom ngkorang boleh pilih di sini. Mushroom Lover Heaven. 

From left : Along with his new baby Daniel (cucu tok mama n tok ayah yang ke 11), Mama, Yana with her baby Nur Qaseh (cucu atok yang ke 10), me insyaallah akan ada baby juga one day, my husband, and my adik  =)

Hati kami (adik beradik) gembira apabila kami dapat menggembirakan kedua ibu bapa kami. Alhamdulillah. Apa yang kami lakukan ini tidak terbalas dengan jasa mama ayah yang lebih banyak berbakti dari kami dalam kandungan hinggalah besar begini. *Dah kahwin pon masih nak manja dengan mama ayah lagi khennn. hahaa*

Wahai anak-anak, bersyukurlah jika anda masih lagi diberi kesempatan untuk berbakti kepada ibu bapa anda. Jangan ditiru perangai artis zaman sekarang yang tidak menyayangi ibu mereka. Ingin daku petik kata-kata Prof Dr Muhaya sebagai pedoman bersama

"Jika banyak masaalah dan rezeki rasa sempit cuba audit hubungan dengan ibu ayah walau mereka ibu dan ayah angkat kerana mereka telah mencurahkan kasih sayang pada kita sejak kecil lagi. Bayangkan kita berbuat jahat pada orang yang telah berbuat baik pada kita terutama semasa kita kecil tidak tahu apa apa dan tidak ada apa apa. Walau kita telah berumah tangga jangan sekali lupakan ibu bapa. Para suami didik isteri menghormati ibu kita dengan kita menghormati ibu mertua. Merasa kasihan melihat ibu tua yang di kasari anak anak. Bila melihat hidup anak itu memang sentiasa di timpa masaalah. Jom audit diri"

Semoga ibu dan ayahku serta ibu mertua dan ayah mertuaku diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur dalam beribadah kepada Allah.amin.


Setakat ini sahajalah ceghita family Vacation daku. Whats your family vacation story?

TQ kerana sudi singgah dan baca. =) 



ps/ KLIK SINI dan SINI untuk baca sharing2 pengalaman lain daku di Cameron Highland



12 comments:

  1. assalamualaikum awakk.bestnya!sy pun dlm perancangan nak bawa family bercuti.hihi. bagus la adik beradik,ipar duai awakk. semoga ibu ayah awak sihat walafiat yaaa. ole2 utk kita ada tak? hehehehhehe

    ReplyDelete
  2. walaikumsalam dear sheila... :)

    alhamdulillah.... awk nk bercuti ke mana pula..hihi.. insyaallah.. sy pon doakan ibu ayah awk sehat juga... alamak, ole2 dh habes lah awk..heheheee :)

    ReplyDelete
  3. sungguh seronok bercuti di genting highland gitu.He.

    ReplyDelete
  4. tiga lalat : its cameron highland lah....hihihi..tersalah taip ea.. :)

    ReplyDelete
  5. Assalam..bestnya dapat jenjalan sma2 dengan fmily :) pernah pergi cameron, tp semua tmpat dlm gmbar kt atas 2 sy xpnah pergi pn..hu3 xsmpat kot

    ReplyDelete
  6. waa bestnya :D lama tak pergi cameron higlands !

    ReplyDelete
  7. rindunya kat cemeron. lavender tu xpernah pergi lagi ni.. ish ini xboleh jadi. hehe

    sambut bufday kat sana.. waaah bestnya..

    ReplyDelete
  8. SKA : wassalam... best2... ouh maybe semua tempat ni boleh dikate baru juga...hehee :)

    anis sk : jom2 pi sane sementara tgh cut skolah ni hihi

    ReplyDelete
  9. hana hadi : best kan cameron..lavender garden tu baru lagi rasanya...hehhee.... :)

    ReplyDelete
  10. best cuti2 dgn family kan sis? last time pegi mac ari tu..

    ReplyDelete
  11. cik nol : alhamdulillah...best2... cik nol pi mane je mac aritu :)

    ReplyDelete
  12. Selama ni dengar je org Cite pasal avani. Skali pegi pergh.! Berkali2 nak pegi. jemput baca review pasal avani AVANI SEPANG GOLDCOAST

    ReplyDelete

THE HITZ