p

20 May 2013

Pantai Cherating.

Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Hyee..actually entry tentang Cherating ni dah lamo bonar eden simpan dan tunggu sampai eden ghajin nak mombuat eyh barula eden publish. Maka dengan itu, haghi ini eden teramatlah rajin nak publish entry pasal cherating ini. hukhukhuk *sila tepuk tangan sebab eden rajin ngapdate belog hari ni* yeaaayyyy.

Eden nak update entry Cherating ni sebab lepas ni eden ada entry percutian keluarga yang lagi best nak dikongsikan bersama ekau semua. Nak tahu apakah dia? Keep reading my blog la baby. *padahal kau baca tajuk dan tengok gambar je kanss.. haha. dah tau dah.* =)

Cherating. Namanya begitu gah sekali kan. Untuk pengetahuan uols, Cherating ni pernah menjadi salah satu destinasi dambaan daku masa aku kocik-kocik dolu. (sekarang dah besar gedabak. haiih). Tetapi, tu cerita dulu laaa, sebab zaman dahulu kala kan Cherating ni pernah jadi salah satu tempat pelancongan famous amos dan dipromosi bagai nak rak dalam program Cuti-cuti Malaysia.

Bila dah besar gedabak begini, daku puas ajak suami melepak di Cherating (konon-konon terimbau kenangan dan impian masa zaman bebudak dahulu lah tew.chehhh). Ye lah, ekceli dah alang-alang ulang alik Kemaman (tempat sumber rezeki suami)--Kuantan (sebab kami rajin shopping at Kuantan) time aku cuti sekolah, apa salahnya singgah Cherating kaaannn..hehehe

Tetapi jawapannya,.

"Tak ada apalah kat Cherating tu. Dulu lain sekarang lain". kata suamiku. 
Aku pun ajukan soalan, "Kenapa pula sekarang lain?'' (sambil buat muka manja sikit* pujuk nak suruh singgah juga melepak di Cherating)

Jawapannya adalah
"Cherating ni pernah.....Bla bLa blA BLA blaaaa...."

Haaa banyak betul cerita yang menyatakan kenapa sekarang kurang pelancong luar negara di Cherating dan tidak se-happening dulu. Tak perlu lah daku cerita di sini. Hahaha.. Kalau nak tahu, kena tanya penduduk asal atau orang kemaman lahh kot. =P

Apapun, segala yang diberitahu itu hanyalah jawapan daripada persoalanku yang daku pun tak tahu entah betul entah tidak. Realitinya masa aku melepak di pantai ini time cuti sekolah, memang pelancong Malaysia sahaja yang ramai (ramai kerr?hehe ). Pelancong luar negara kurang lahhh. Tahniah warganegara Malaysia, kerana memilih Malaysia sebagai tempat percutian. Duit mengalir dalam negara juaa.. ahakkss :)
ps: Bagus juga kalau tak ramai sangat orang, boleh berdating-dating dengan suami tersayang tanpa gangguan. bhahahaha


Walaupun suamiku dan beberapa orang tempatan di Kemamang kata Cherating sudah tidak se-hot dan tidak se-happening dulu, tetapi bagi daku pantainya tetap cantik cantik dan cantik. :)

Kami tetap enjoy menikmati pemandangan bumi ciptaan Allah ni.....

Subhanallah

Jom ushar~



cantekk kan pantainya :)



Santuari Penyu. Mula-mula kami masuk dalam tu, persoalan pertama aku, "Dah berapa kurun tempat ni kena tinggal?" ~ Kenapalah tempat bermaklumat seperti itu tidak dijaga rapi kan. So sad... :'(

Lebih menyedihkan daku yang sukakan haiwan ini, adalah kami tak sempat nak 'membuat kajian' terhadap penyu-penyu di santuari penyu itu dek kerana sewaktu aku dan suami sampai di situ, masa melawat dah pun tamat.  Insyaallah kalau ada masa, aku nak datang melawat time penyu mengawan lah pula haha.

Kalau uols ada anak anak kecil yang dah boleh belajar, jangan lepaskan peluang bawa dia ke tempat ini ye. So that, anak-anak kita kenal rupa penyu tu macam mana. Jangan nanti dia kata penyu tu anak kepada kura-kura sudah. :)


Selepas melepak di Cherating, uols bolehlah singgah di kedai-kedai yang menjual keropok lekor, satar, dan souvenir di sepanjang jalan besar Cherating-Kemaman. Memang berderet kedai yang jual  keropok lekor dan satar especially kedai yang dekat dengan stesen minyak Shell Chendor.. Korang je kena bijak memilih.=)
Kalau nak lagi best dan feel, bolehlah singgah Kuala Kemaman. boleh klik sini untuk bacaan lanjut




Sekian sahaja, entry simple daku pada hari ini.
TQ for reading my entry and my story. What's yours?  Gimme your link and i'll read your story too.. :)

see ya ~


3 comments:

  1. assalamualaikum yang.. kemaman tu tempat makcik sheila. memang selalu singgah Cherating odw balik KL. hehehe cherating tetap the best kan........... sheila pun suka pergi cherating sejak kecik2 :)

    ReplyDelete
  2. walaikumsalam.... ohh makcik sheila kat kemamaan rupenye... canteklah pantai cherating ni..tapi kurang aktiviti tepi pantai ... hihi tp view die memang > subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah

    ReplyDelete
  3. Anonymous1:18 AM

    nice info. tapi memang betul pon. cherating ni tak macam dulu dah.

    ReplyDelete

THE HITZ