p

31 May 2013

Resepi : Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan & Peria Goreng Telur

Assalamualaikum wbt...
Salam sejahtera

Apakah masakan yang paling senang dimasak oleh uols? Bagi daku, masak lemak cili api negeri sembilan nilah yang paling senang dimasak. Insan yang baru nak belajar memasak pun boleh cuba masakan ni sebab amat mudah cara penyediannya.. ececehh.

Harini daku berkenan nak share resepi ayam masak lemak cili api negeri sembilan dan peria goreng telur. Daku bukan berasal dari nogoghi sombilan, hanya pernah menetap selama 3 bulan sahaja sewaktu zaman praktikal dulu, tapi yang daku tahu, orang nogoghi memang suka makan masak lomak kannn :)

Resepi ni aku dapat from my rakan sekerja (orang nogoghi) dan digabungkan dengan cara masakan mak kepada salah seorang rakan aku (oghang nogoghi juga). Kedua-duanya aku dapat sewaktu aku melepak-lepak di rumah mereka. kihkihkih, nampak nau aku rajin melepak rumah orang. (lepak sambil tolong memasak maaa)  (^_^)

Bahan-bahan yang anda perlukan untuk masak lemak cili api (untuk 6 ketul ayam)

  • Daging ayam yang siap dibasuh dan ditoskan
  • 15-20 biji cili api -ditumbuk lumat (jumlah cili ikut kesesuaian kepedasan yang anda minat)
  • 1 inci kunyit hidup -ditumbuk juga bersama cili api
  • 1 batang serai -dititik sahaja
  • 1 keping asam gelugor (asam ni sesuai if uols nak kuah lemak masam sikit. kalau taknak pun takde hal)
  • 1 helai daun kunyit dihiris
  • 1 kotak santan kara (malas nk perah santan. guna santan kara pon sodap)
  • Air 1 cawan
  • Garam


Cara-caranya :

Panaskan kuali dengan api yang paling kecil.
Masukkan ayam dalam kuali panas (tak perlu minyak). Tujuannya nak bagi air ayam tu keluar agar nanti kuah lemak tak rasa hanyir ayam tu.
Masukkan sekali cili api dan kunyit hidup yang telah ditumbuk ke dalam kuali dan digaul bersama ayam.
Gaul dan panaskan sekejap je. then angkat jap ayam bersama cili dan serai tadi. ketepikan seketika.

ginilah rupa ayam yang digaul bersama cili padi, kunyit dan serai dalam kuali panas. kita kasi itu air ayam keluar jugaaa :)


Meanwhile, panaskan santan sahaja dalam periuk. Panaskan dengan api kecil hingga santan menggelegak.
Kemudian masukkan ayam yang telah digaul bersama cili api,kunyit dan serai tadi ke dalam santan atas api kecil tu.
Masukkan sedikit air ikut kesesuaian
Gaul-gaul-gaul-gaul. Jangan bagi santan pecah.
Masukkan asam keping (kalau nak rasa masam2. kalau tak masukkan pun still sedap)
Masukkan garam dan lastly masukkan daun kunyit yang dah dihiris tadi
Siap.

Siap!! kalau ngkorang nak kasi kuning lagi, boleh tambah serbuk kunyit sikit masa masak tadi ....


Next resepi ini juga merupakan resepi yang simple untuk dimasak.

Buah peria goreng telur.
Kita guna peria yang besar panjang tu ye, bukan peria katak. Peria katakyang pahit tu biasa kita buat ulam sahaja.

Now, what you need?

  • Peria dihiris - rendam dalam air garam lepas dihiris ye
  • Cili merah dihiris
  • Telur
  • 2 ulas Bawang Putih -dihiris
  • 1 biji Bawang merah sederhana besar -dihiris
  • Garam
  • Gula
Inilah bahan-bahannya. The peria kena rendam dalam air garam dulu ye bagi hilang kan rasa pahitnya
Cara-cara masakan :

Panaskan minyak dalam kuali.
Masukkan bawang putih dan bawang merah dalam kuali. Gaul hingga naik bau =)
Masukkan peria yang telah direndam dan ditoskan tadi.
Masukkan cili merah.
Then pecahkan telur dalam itu kuali. Tunggu jap bagi telur 'matang' sikit.
Then gaulkan telur jadi telur hancur, bermesra dengan peria tadi.
Garam dan gula secukup rasa jangan dilupai.
Okeyh. Siap untuk dimakan :)




Bismillah sebelum makan .

Selamat mencuba.

Tq for reading my entry ...

See ya.



30 May 2013

Kreatif : Lima suara bergabung - Pentatonix

Assalamualaikum wbt
Selamat Sejahtera ..

Hye, apa khabar semua?.... harap semua dalam keadaan sihat walafiat... 

Sekarang ni daku tengah dalam mood santai-santai, maka marilah kita bersantai-santai sebentar. Lupakan isu dunia politik, lupakan isu dunia sepak bola, lupakan isu Bobo jadi retis, lupakan isu ustaz azhar idrus kahwin lagi.eh?

Korang pernah dengar lagu-lagu acapella tak?. Korang tahu tak apa maksud acapella?. Persembahan muzik hanya dengan menggunakan suara sahaja. 

Tiba tiba hari ini aku amat rajin nak buat entry tentang muzik?. hehe

Sebenarnya, daku amat terpegun dengan kekreatifan satu kumpulan yang diberi nama Pentatonix (lima ton suara). Bermulanya apabila daku melihat bintang akustik youtube Ajek Hassan share di wall fb beliau tentang satu video yang telah mencecah view 11 juta lebih di youtube. Then aku selidik-selidik tengok video diorang ni semua memang tak pernah tak sampai berjuta view lagi.

Pentatonix ni dah wujud sejak tahun 2011 lagi melalui rancangan realiti show Sing-Off di England. Ok, so what kan.hihi. Its like who cares about their background sebab daku hanya nak bagitahu kat hangpa yang daku 'jatuh cinta' dengan cara penyampaian muzik diorang ni sahaja ok. haha.

Jom kita tengok video yang encik Ajek Hassan share kat wall dia sehingga menyebabkan daku 'jatuh cinta' dengan kreativiti dan seni suara Pentatonix ni



.
.
Next, video di bawah ni pula ku jumpa hasil daripada tetikus aku yang di klik-klik masa terpegun dengan kreativiti diorang. Siapa sangka hanya dengan menggunakan suara sahaja mampu menghasilkan lagu yang bestt gitu =)
.
.
.
.
Next, gangnam style ni lagilah kelakar... enjoy watching it =)
.
.
.
.
The last video yg daku nak share adalah lagu-lagu yang mampu mengimbau kenangan daku sewaktu zaman sekolah dulu. Medley NSYNC songss...arrr.. Eh korang nak tahu satu rahsia tak? Daku ni dulu termasuklah antara salah seorang die hard fan of BSB, NSYNC, MOFFATS, 911, SAVAGE GARDEN etc. Bebudak perempuan sekolah aku (memang sekolah perempuan pon) siap boleh main cop-cop (how to spell ha?) lagi. ''Justin tu aku punyalah, Brian tu aku minatlah, Kevin tu minat aku lah'' ~ alaahaii budak-budak..still remember huh?. Zaman kanak-kanak itu tidak mungkin boleh dikembalikan lagi.  :)
Best pula bila terimbau kenangan sewaktu bersekolah di Melaka dolu. hikhikhik
.
.
.
.
Setakat itu sahajalah perkongsian daku untuk hari ini.
.
Moga-moga entry ini mampu menceriakan hari anda.
.
Dont take things too serious rite. :)
.
See ya.....
.
Tq for reading my entry
.
.
 
Elakkan provokasi dan kontroversi,
Tingkatkan prestasi 

28 May 2013

Review : Fast & Furious 6 VS Vehicle 19 : "Didikan ibu bapa amat penting"

Assalamualaikum wbt..
Selamat Sejahtera..

Movie and cinema time. (Mukadimah yang amat pendek.hahaharr)


Vehicle 19 Review:

Cerita berkisar tentang seorang banduan yang ingin berjumpa isterinya yang tersayang, dan pengembaraannya bermula apabila beliau tersalah naik kereta sewa selepas turun dari flight. Di dalam kereta sewa itu rupa-rupanya ada seorang peguam yang diculik dan harus diserahkan kepada ketua polis di daerah berkenaan. Maka mulalah misi banduan ini dengan kereta yang bernama vehicle 19 tu.

Bagi diriku, walaupun pelakonnya amatlah famous, namun ceghitanya ini adalah ceghita yang paling bosan dalam abad ini dan tidak layak langsung diletak di cinema untuk ditonton (mood kecewa betul aku ek). Harga tiket je dah lebih rm8. Tak berbaloi u. Rasa macam nak mintak depa pulangkan balik duit tiket tadi. Penonton keluar dari panggung ceghita ni pun dengan semuanya muka tak puas hati.. ahaksss, Tetapi nak buat macamano. Tiket pun sudah terbeli, layankan ajelah ye.

Daku dan suami buat andaian, mesti pembuat filem ini tak cukup modal sebab view kamera dia asik dari dalam kereta sahaja. Rimas lah mata aku yang menonton ni. hehe. Hatta, masa watak utama ceghita ni nak tukar warna kereta dia dekat bebudak graffiti pon, view kamera masih dari dalam kereta. aduyyyyy,spoil. Tak nikmat and tak feel betul. hahhh. Macam kau masukkan popcorn dalam mulut tapi kau telan aje, takde rasa popcorn, cuma rasa ada benda lalu kat tekak je. haha.



Walaupun ceghita ni bosan tahap gaban, namun ceghita ini tak ada aksi-aksi yang 'kurang sopan' sangat, jadi tidak mengapa kalau uols berminat nak bawa anak-anak kecil uols datang menonton bersama..hewhehwhew

Nasihat daku, korang harus bijak memilih movie yang best dan berpatutan dengan harga tiketnya. Jangan terpedaya dengan pelakon dan trailer lah. hehe. Seharusnya korang kena baca review movie daripada blogger yang bermurah hati nak buat review dahulu sebelum pergi menonton. (blogger macam aku lah tew.. kikiki)

Yawnn..zzzZzz

NEXT STORYY PLEASE!!

Fast and Furious 6 (tetiba mataku menjadi boolat apabila mahu buat review pasal ini celita lorhh)

Fast and Furious 6 punya ceghita :

Pada hari Sabtu yang lepas, di Kota Tinggi, my adik-adik ipar, bakal kak ipar, and abang ipar ajak pergi nonton movie at Heritage Mall Kota Tinggi (8 orang kesemuanya hihihi). Memula nak tengok ceghita Bikers (Auuwwwwiiiyy. nada suara ala-ala jozan), tetapi akhirnya telah bertukar ke ceghita Fast and Furious 6. Owyeaaaa. Terima kasih kepada abang ipar yang belanja weols. hehehe.

Actually ini adalah gambar 3 bulan lepas, sewaktu kami menonton Hantu Kak Limah, Jin Pakai Toncit.. With my husbands family from left > abah, adik ipar, ibu, mak, and me =) .
Gambar masa menonton fast and furious 6 with husbands siblings only takdak pulak. sowryy 



Fast and Furious 6 (FF6). Ceghitanya berkisar tentang Agent Hobbs (Dwayne Johnson aka The Rock) mendapatkan khidmat Dom (Vin Diesel), Brian (Paul walker) and the gang untuk satu misi. Dom bersetuju untuk menyelesaikan misi ini setelah beliau dapati orang yang pernah dicintai, iaitu Letty yang dianggap telah mati, sebenarnya terlibat dalam kelompok gang pemandu upahan London itu. Maka mulalah misi mereka menumpaskan pemandu-pemandu upahan ini dengan cara bertanding dengan cara pemanduan juga. =)

Semua penonton dalam panggung amat teruja sewaktu menonton FF6 ni sebab aksinya yang mampu menyebabkan adrenalin mengalir laju katakau. Fiuhhh. Banyak aksi extreme dan mendebarkan dan banyak juga terselit lawaks lawakas yang mampu buat isi perut bergoncang-goncang kerana ketawa terbahak-bahak. Tapi kan, paling banyak-banyak aksi, aksi yang paling guwe tak menahan ialah aksi di lebuhraya sewaktu Letty tercampak dari kereta kebal, dan Dom melompat dari lebuhraya sebelahnya untuk mendapatkan Letty.. Aksi Superman gituhhh ahakss. Daebak!! ~ Ending cerita ni menyebabkan daku tak sabar nak tunggu Fast and Furious 7 pula . Mungkin ceritanya akan berkisar di Tokyo pula.

Ceghita ini memang diklasifikasikan sebagai movie untuk 18 tahun ke atas sebab banyak aksi-aksi ganas, extreme dan seksi =.= . Sesuai ditonton oleh orang dewasa seperti kami sahaja okey. Bebudak sekolah jangan berangan tau nak tengok. phbbbtt. haiiih =P

Oh ya! Apabila bercerita tentang movie 18 tahun ke atas, masa kami (orang dewasa dan dah baligh okey.hehe) syiok syiok tengah feeling-feeling aksi lumba kereta, tak sangka pula ada suara anak-anak kecil dalam 5,6,7,8 tahun gituh bising-bisng bersuara. Ramai pula tu. =.=

Perlu diingatkan kepada ibu bapa yang masih muda mudi, elakkanlah bawa anak-anak kecil anda menonton ceghita-ceghita yang sudah jelas terpampang untuk tontonan 18 TAHUN KE ATAS SAHAJA.

Kesian tengok anak-anak kecil disuap menonton ceghita ''aksi-aksi'' sedari kecil. Memanglah if movie barat masuk Malaysia, ia akan ditapis, but still tak sesuai untuk anak-anak kecil yang berumur 5,6,7,8,9 tahun menontonnya. Ibu bapalah yang mencorakkan kain putih yang masih suci bersih itu. Jadi, pandai-pandailah pilih hiburan yang bersesuaian dengan usia dan KEMATANGAN anak anda. peace =)

If parents with small kids berminat nak bersantai-santai menonton cinema movie, better youalls bawa babies youalls menonton cerita Epic ni haa. hihii.



Aku dan husband terasa macam nak pergi nonton Epic pula malam ni.. hehee... 

see ya~

TQ for reading my review :)



22 May 2013

'11 Things About Me'

Assalamualaikum..
Selamat Sejahtera semua...

Adapun kisah di hari Rabu yang indah, selepas pulang dari kerja, ku buka blog ku yang comel ini daaaaannnnn... kena TAG~~~ yeaaaayyyy. 

Ekceli, iols dah pernah buat entry-entry cenggini, tapi dah berzaman dah sebelum tukar url blog.. hehe.. best juga sesekali layankan benda ini.

Terima kasih ku ucapkan kepada sahabat blogger yang rajin main tag-tag kat kita ni iaitu blogger bernama nida. Dia tak tag GA (giveaway) lah, tapi game yang memerlukan kita bercerita pasal background diri kita sendiri. Memang daku layyaaannnn tag berupa game seperti ini sebab atleast uols bolehlah kenal-kenal sedikit pemilik blog ini. owyeaa =)


Undang-undang permainan ini adalah :

Few rules need to be followed :
1. Post this rules
2. Write 11 thing about yourself
3. Answer the question the tagger set to you
4. Create 11 new question for those you want to tag
5. Choose 11 bloggers to be tagged and link them to the post
6. You are not allowed to tag back 



Kalau dikau tidak memahami ayat berbahasa Inggeris di atas, maka sila rajinkan diri buka kamus dwibahasa ~ hihi





Marii kita mulakan sesi taaruf -->  11 Things About Me = 11 Fakta tentang diriku

1) Merupakan anak jati Johor Darul Takzim (Kluang Johor), namun dibesarkan di Melaka, dan kini keluarga menetap di Muara Johor.

2) Bekas pelajar Sekolah Rendah dan Menengah Convent Melaka serta Sekolah Menengah Sains Muar.

3) Peminat setia haiwan berbulu-bulu, jinak, dan manja seperti kucing, guinea pig(tikus belanda), hamster, arnab, kuda, dan sekeluarga dengan yg berbulu manja.(bahasa pelik apakah? haha)  

4) Impianku untuk tidak bercouple dan ingin berjumpa seorang lelaki yang serius nak kahwin dengan aku termakbul. I mean, jumpa, kenal-kenal sekejap, dan terusss nikah, tidak couple dan tidak bercintan cintun lelama sebelum nikah. Alhamdulillah, syukur pada Allah.

5) Anak ke empat daripada lima orang adik beradik

6) Ada seorang abang sulung, dua orang kakak dan seorang adik perempuan. 

7) Sangat sangat sangat tidak suka dengan asap rokok.

8) Bebas daripada membayar hutang PTPTN walaupun masa daku belajar di UPM dulu, daku guna duit PTPTN rm26000 kalau tak silap. Hehehhe. jangan jeles =P

9) Memiliki harta peribadi, sebuah kereta sedan buatan Malaysia yang memPersonakan mata memandang. 

10) Telah bertunang pada 2/6/2012 dan Nikah pada 2/12/2012 . Alhamdulillah. Doakan hubungan kami berkekalan hingga ke akhir hayat dan membawa ke syurga ...amin.

11) Seorang muslim yang sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi hamba Allah yang diredhai, anak yang solehah dan isteri yang solehah. Insyaallah amin


Next, kena jawab 11 soalan dari cik Nida pula     >>> 


11 soalan beliau dan jawapan daku :

1. Siapa idola anda dalam dunia blogging ni?
    Suami saya lah, walaupun dia tidak ada blog. kehkehkeh =)
2. Single / taken..? ehemm...:)
    Kahwin sudahhh.. alhamdulillah.
3. Samsung / blackberry?
    Samsung.
4. Movie yang paling korang suka tengok?
    Banyakkklah. tak terkira. =P
5. Hobi masa lapang?
    Blogging, baca buku motivasi, baca novel, singing, travelling, cooking.
6. Korang obses dengan apa..? 
    Page-page resepi masakan, baju kurung (Sebab nak pegi keje), beg tangan, blouse.
7. Artis yang korang paling minat?
    Ustazah Siti NorBahyah, Prof Dr Muhaya. eh itu dikira artis gak ea? .lol.
8. Bila korang start ada blog.?
    Dari tahun 2009, tetapi blog kemudiannya telah berhijrah mengalami penjenamaan semula
    semenjak berkahwin :)
9. Suka join segmen/ GA (giveaway) tak..? kenapa?
   If GA,  kureng sebab lebih suka bercerita pasal info, life, motivations, foods and places dalam 
    blog  ni. Moreover, dolu-dolu rajin masuk GA tapi tak pernah menang. hahaha.. so sad
10.Handphone yang korang pakai sekarang?
     Note II
11.Suka aiskrim coklat / vanilla.?
     Dua-dua pon ok but Vanilla more tastier laa for me *wink*


Untuk peraturan game yang nombor 4,5,6 di atas tu, saya nak skip lah..hehe.. jangan marah naaaa



TQ for reading my ''About Me'' section :)

see ya~


20 May 2013

Pantai Cherating.

Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Hyee..actually entry tentang Cherating ni dah lamo bonar eden simpan dan tunggu sampai eden ghajin nak mombuat eyh barula eden publish. Maka dengan itu, haghi ini eden teramatlah rajin nak publish entry pasal cherating ini. hukhukhuk *sila tepuk tangan sebab eden rajin ngapdate belog hari ni* yeaaayyyy.

Eden nak update entry Cherating ni sebab lepas ni eden ada entry percutian keluarga yang lagi best nak dikongsikan bersama ekau semua. Nak tahu apakah dia? Keep reading my blog la baby. *padahal kau baca tajuk dan tengok gambar je kanss.. haha. dah tau dah.* =)

Cherating. Namanya begitu gah sekali kan. Untuk pengetahuan uols, Cherating ni pernah menjadi salah satu destinasi dambaan daku masa aku kocik-kocik dolu. (sekarang dah besar gedabak. haiih). Tetapi, tu cerita dulu laaa, sebab zaman dahulu kala kan Cherating ni pernah jadi salah satu tempat pelancongan famous amos dan dipromosi bagai nak rak dalam program Cuti-cuti Malaysia.

Bila dah besar gedabak begini, daku puas ajak suami melepak di Cherating (konon-konon terimbau kenangan dan impian masa zaman bebudak dahulu lah tew.chehhh). Ye lah, ekceli dah alang-alang ulang alik Kemaman (tempat sumber rezeki suami)--Kuantan (sebab kami rajin shopping at Kuantan) time aku cuti sekolah, apa salahnya singgah Cherating kaaannn..hehehe

Tetapi jawapannya,.

"Tak ada apalah kat Cherating tu. Dulu lain sekarang lain". kata suamiku. 
Aku pun ajukan soalan, "Kenapa pula sekarang lain?'' (sambil buat muka manja sikit* pujuk nak suruh singgah juga melepak di Cherating)

Jawapannya adalah
"Cherating ni pernah.....Bla bLa blA BLA blaaaa...."

Haaa banyak betul cerita yang menyatakan kenapa sekarang kurang pelancong luar negara di Cherating dan tidak se-happening dulu. Tak perlu lah daku cerita di sini. Hahaha.. Kalau nak tahu, kena tanya penduduk asal atau orang kemaman lahh kot. =P

Apapun, segala yang diberitahu itu hanyalah jawapan daripada persoalanku yang daku pun tak tahu entah betul entah tidak. Realitinya masa aku melepak di pantai ini time cuti sekolah, memang pelancong Malaysia sahaja yang ramai (ramai kerr?hehe ). Pelancong luar negara kurang lahhh. Tahniah warganegara Malaysia, kerana memilih Malaysia sebagai tempat percutian. Duit mengalir dalam negara juaa.. ahakkss :)
ps: Bagus juga kalau tak ramai sangat orang, boleh berdating-dating dengan suami tersayang tanpa gangguan. bhahahaha


Walaupun suamiku dan beberapa orang tempatan di Kemamang kata Cherating sudah tidak se-hot dan tidak se-happening dulu, tetapi bagi daku pantainya tetap cantik cantik dan cantik. :)

Kami tetap enjoy menikmati pemandangan bumi ciptaan Allah ni.....

Subhanallah

Jom ushar~



cantekk kan pantainya :)



Santuari Penyu. Mula-mula kami masuk dalam tu, persoalan pertama aku, "Dah berapa kurun tempat ni kena tinggal?" ~ Kenapalah tempat bermaklumat seperti itu tidak dijaga rapi kan. So sad... :'(

Lebih menyedihkan daku yang sukakan haiwan ini, adalah kami tak sempat nak 'membuat kajian' terhadap penyu-penyu di santuari penyu itu dek kerana sewaktu aku dan suami sampai di situ, masa melawat dah pun tamat.  Insyaallah kalau ada masa, aku nak datang melawat time penyu mengawan lah pula haha.

Kalau uols ada anak anak kecil yang dah boleh belajar, jangan lepaskan peluang bawa dia ke tempat ini ye. So that, anak-anak kita kenal rupa penyu tu macam mana. Jangan nanti dia kata penyu tu anak kepada kura-kura sudah. :)


Selepas melepak di Cherating, uols bolehlah singgah di kedai-kedai yang menjual keropok lekor, satar, dan souvenir di sepanjang jalan besar Cherating-Kemaman. Memang berderet kedai yang jual  keropok lekor dan satar especially kedai yang dekat dengan stesen minyak Shell Chendor.. Korang je kena bijak memilih.=)
Kalau nak lagi best dan feel, bolehlah singgah Kuala Kemaman. boleh klik sini untuk bacaan lanjut




Sekian sahaja, entry simple daku pada hari ini.
TQ for reading my entry and my story. What's yours?  Gimme your link and i'll read your story too.. :)

see ya ~


15 May 2013

Selamat Hari Guru. Guru oh Guru.!!

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera

Hye hye hyeeeee kengkawan.. lama tak ngapdate belog ku ini. Almaklum selama sebulan ni daku amat sibuk dengan tugas seharian. Sewaktu musim pilihanraya, daku juga sibuk melawat kawasan..ahakssss :)

Daku jadi buntu tak tahu mana mahu mula sebab sebulan tak update rasa macam lama benorrr daahhh. Hokey, daku akan mula refresh kan kepala minda weols dengan tajuk Hari Guru. Owyea~ 16 Mei (bukan 13 mei ok) adalah Sambutan Hari Guru di Malaysia. Untunglah siapa yang jadi guru sebab setiap tahun akan ada sambutan hari guru bagi mengingati jasa guru-guru. 

Selain guru, jururawat a.k.a nurse pon ada Nurses Day. Begitu juga dengan tentera dan polisi. Jadi daku rasa, nurses, teachers, tentera dan polis memang untung sebab diberi penghargaan dengan adanya hari untuk menyambut kerjaya mereka. hehhhhh. Sila jangan jelous kalau uols tak tergolong dalam empat jenis pekerjaan ini yaa..eheheh =) Alorlorlorrr..jangan sedih sebab uols ada peluang juga meraikan kerjaya uols yakni pada 1 Mei = Hari Pekerja. kikikiiihh 

Tema sambutan Hari Guru bagi tahun 2013 ini adalah 

GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA


Berikut adalah huraian tema Hari Guru 2013 :


HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.


1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.


HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Diterbitkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

___________________________________________________________________________________

Guru oh Guru, pekerjaan yang sungguh mulia kerana guru tak kenal erti penat dalam mendidik. Walau terpaksa menahan luka di dada dek sikap, perangai, dan akhlak murid-murid serta ibu bapa zaman millenium ini, namun kerana sedar akan tugas seorang guru itu mendidik manusia menjadi insan, guru terpaksa juga menelan segala pahit dan abaikan hati yang terhiris dengan meneruskan tanggungjawab sebagai seorang pendidik. 

Guru zaman millenium ini bukan sahaja tugasnya mengajar. Guru = pegawai sukan, pegawai kesihatan, tukang cat, tukang kebun, tukang baiki elektrik, tukang baiki perabot budak, pereka grafik, pegawai pertandingan, kerani, juru catit minit mesyuarat mesyuarat mesyuarat, pegawai antidadah, pegawai polis sekolah, pengutip yuran, driver teksi (hantar pelajar), hari terbuka, minggu suai kenal, juru data komputer (semua data masuk internet sekarang), guru kelab dan persatuan dan sukan, bla bla bla bla... 

Hanya guru mengenal dan memahami guru. Jadi janganlah pandang enteng kepada Guru kerana berjayanya saya dan awak dan mereka sekarang ini juga adalah hasil daripada air tangan guru-guru kita.... :)



Jom hayati~


GURU O GURU
Usman Awang 1979

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi


Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;


Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.


Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Nah di sini saya muatkan lagu untuk guru. Lagu TERIMA KASIH GURU from indonesia VS lagu TERIMA KASIH CIKGU from Malaysia (najwa latiff  ft upin ipin) heeeee.. enjoy y'all... 

HAPPY TEACHERS DAY















THE HITZ