p

03 April 2013

Parlimen dibubar. Saya undi calon.......

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera

Berita hangat-hangat nasi lemak hari ini adalah DS Mohd  Najib telah membubarkan parlimen siang tadi. Detik-detik pembubaran tadi, lebih dramatik dan mendebarkan berbanding detik menunggu pengumuman nak raya. Hooohhh

Apabila parlimen dah dibubar, maka pilihanraya pun sudah mau dekat lorh.

Ini bermakna, daku pun kena bersiap sedia untuk bertugas sebagai kerani pendaftar daftar pemilik. (heeehhh, apokobondo namo eyh.. Haku udah lupa). hehe. Sowry Sowry. Inilah akibatnya apabila kurang minum susu ibu lembu atau kambing. Asyik lupa lupa lupa sahaja. haiiih =='' Almaklum, taklimat petugas pilihanraya telah dibuat setahun yang lepas. kroh kroh kroh. Bayangkan, member aku daripada perut dia ramping (masa taklimat petugas pilihanraya) dan kemudian perutnya membuncit dengan si kromosom xy dan kini telah kempis semula perutnya. Tahniah memberku, dapat baby girl.

Ok jap jap. haku nak recall semula mana entah aku dah campakkan buku teknik-teknik petugas KPDP tu entah. Mana taknya, baru 3 hari pindah ghumah baru lagi (ghumah sewa je) Asyik pindah ghumah je kerja aku. huhu . Hopefully dapatlah eden berpindah duduk bersama suami bulan 6 ni agar dapatlah eden jalani hidup yang lebih SELAMAT dan TERATUR. phewww~ 



Back to topic, Tak banyak pun aku nak ceghita. Topik pilihanraya lah katakan. Pilihanraya dah dekat, pokoknya, anda harus mengundi siapa yang boleh membawa kesaksamaan, kemakmuran, kesejahteraan, kerahmatan, kebaikan, dan macam-macam lagi ke-an (yang baik-baik je) untuk rakyat, AGAMA, dan negara ...Buatlah pilihan yang bijak. Utamakan pemimpin yang beragama kerana jika agama diletakkan di hadapan dalam kepimpinan, insyaallah segala urusan pentadbiran tiada amalan songsang. 

Engkorang undi siapa?. Syhhhh. Jangan bagitahu di sini ye, sebab undi kan rahsia.  :)


Selamat membuat pilihan
Selamat berkempen
Selamat buat solat istikhorah dan solat hajat. :)


p/s: bendera hijau biru merah putih kuning semua sudah banjir di jalan raya. jangan gado-gado sudahh. peace ~




2 comments:

THE HITZ