p

25 March 2013

Shah Alam : Cendol pulut/tapai seksyen 7 dan Restoran Putera Ayu

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera

Food. Food. Food. I'm a food lover. Walaupun di saat ini jasadku berada jauh dari Selangor, namun daku ingin mengeshare atau mempromote 2 tempat mentekedarah yang superb. Ahahah. Seperti biasa, daku bukanlah agen promosi, tetapi dengan suka-rela-hati-nya aku memudahkan ngkorang mencari tempat makan yang best. Hehehe.

Tempat lepakz-lepakz pertama yang aku nak kongsikan adalah sebuah tempat yang sempoi dan simple but perfect. Hanya dengan bermodalkan sebuah Van, cendol, tapai, pulut, lain-lain bahan cendol, laksa, kuah laksa, dan kerusi plastik, tempat ini mampu menarik ramai pelanggan melepak di sini sambil menikmati kelazatan makanannya. Yummy~

Customer lepak-lepak tepi jalan bawah pokok je. Sempoi yang amat okeyh. Jom ushar gambor gambor.


itu dia tapai dan pulut :)

Tuu diaaa....Laksa Utara RM3.50 , Cendol Biasa RM1.50, Cendol Pulut RM1.80, Cendol Tapai RM2.00 

memang sedap oii..

Terletak di  deretan kedai  bengkel kereta seksyen 7 shah alam. Pengunjung tak putus-putus datang singgah.

see.... slumber je dok makan tepi jalan bawah pokok cenggini.. memang best...

Yummyy... its cendol pulut (kanan) dan kiri tu is cendol tapai (tapai pulut) .. 
tara. Sedap kemain. Ouhh.. apakah motif traktor tu masuk dalam gambar ni? muahaha. Ini kes nak menunjukkan weols dok lepak tepi jalan sahaja. :)
You should try this =P~

Besar periuk kuah laksa utara dia ni. Memang sehari je dah boleh habis. By the way, nampak tak tu? Yang tergantung dalam lori dia ni? "Pilihan TV3, Jalan jalan cari makan"

Ada teringin nak cuba tak? Auww, kalau dah singgah seksyen 7 Shah Alam, dan kalau terasa tekak korang macam kehausan nak hirup-hirup benda yang sejuk dan nak makan makanan yang tak berat sangat, singgahlah di sini. Ecececehh..awatnya aku dah mengalahkan agen MLM ni? Baek punya aku rekemen walaupun tiada ikatan darah langsung dengan tokey Cendol ini. kwangkwangkwang....
FYI, Lori Cendol Tapai / Pulut dan Laksa Utara ini terletak betul-betul di hadapan Kilang aluminium Power Cables Malaysia Sdn Bhd, tepi jalan,sederet pintu masuk i-city (pintu belakang yg dekat ngan jusco bukit raja) dan bawah pokok. 

Tempat kedua yang daku nak rekemen baekk punya adalah Restoran Putera Ayu terletak di Padang Jawa Shah Alam. Mesti uols wonder, apakah ciri-ciri istimewa restoran ini hingga layak masuk belog aku yang tak berapa nak famous amos ni. muahahaha.
1. Makanan dia sedap. Itu adalah kriteria utama. owyea
2. Harga berpatutan dengan sebuah Restoran yang elegan :)
3. Suasana tempat makan yang nyaman dan bersih. Ini penting bagi daku kerana seleraku boleh mati jika keadaan tempat makan itu kotoq naa.
4. Uols boleh pilih nak duduk bersila atas pangkin atau duduk di meja bulat bersama famili atau duduk di meja 4 segi bersama pasangan yang halal. Bagi daku, tempat duduk bersila with meja Jepun itu adalah satu kelebihan kepada semua restoran yang menyediakannya
5. Pelanggan tak perlu tunggu lama-lama benor untuk melahap makanan setelah order diambil.

Well well.. cukuplah semua kriteria itu. Jom ushar gambar~









Restoran ini memang sesuai kalau nak buat family day, gathering and makan besar. :) The very the comfortable with the very the delicious makanan panas.

4/5 bintang guwe bagi untuk kedua-dua tempat makan yang daku share kali ini. Dah semestinya tempat makan yang sesedap je daku mahu kongsikan dengan rakan-rakan semua. Selamat mencuba  ye kengkawan.

Setakat itu sahaja entry daku untuk jam ini. Daku sedang mengushar tempat makan yang best di tempat aku bercuti sekarang ni. (Arr, bercutilah sangat khenn~ haha).

Terima kasih kerana sudi menjamu mata di sini.

UPDATED : RESTORAN PUTERA AYU : Harga makanan makin mahal memandangkan semenjak bulan Ramadhan 2013, penyediaan makanan di Restoran ini lebih tertumpu kepada makanan untuk keluarga (makanan set) dan kurang tertumpu kepada makanan sendiri :)

Tepuk dada tanya selera.

Adios..
Wassalam



3 comments:

  1. hari makan sedunia ke apa ni.. hehe

    ReplyDelete
  2. memang berjaya buat puteri lapar..hehe

    ReplyDelete
  3. Hana hadi : haha... saje nk share tmpat mkn yg best...nnt leh hana cube gak pi sini.. hihi

    Puteri kasih : hehe.. mnggugar nafsu mkan kn.. :)

    ReplyDelete

THE HITZ