p

07 March 2013

Akob Ikan Patin di Tepi Sungai Kuantan

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera

Di saat aku sedang menunggu atlit atlit sukan daerah G mengambil tempat untuk acara lari berpagar 400m, tangan aku membelek-belek note 2 aku. Apabila aku ushar-ushar gambar dalam camera ni, aku terus terkempunan pula nak makan ikan patin masak tempoyak yang lazat lagi marvellous. Argh 'penyakit' apa pula lah yang datang melanda. Aghitu tiba tiba kempunan dughian walaupun bukan musim. Nasib baik kat Shah Alam seksyen 7 tu ada jual dughian ek. Harini, ikan patin masak tempoyak pula.  (chup. perkataan kempunan dan mengidam ittew adalah dua perkara yang berbeza okay. hehe) =.=

Waduh, kalau di Kuala Selangor ni, manalah aku nak cari ikan patin masak tempoyak yang sedap yer?

Disebabkan harini aku dah tak terdaya nak pergi drive mencari ikan patin, dek kerana cuaca yang amat panas di stadium tadi buat badan aku dehydrate, maka ikan patin tempoyak ittew aku abadikan dalam blog aku jer la ye. haha. Ini kira review ikhlas dari aku lah. Aku bukan agen promosi Akob Ikan Patin ni pun. kehkehkeh.

Ok guys and girls, kalau ngkorang sekarang berada di Kuantan atau bercadang akan melepak di Kuantan, Pahang dan kebetulannya ngkorang ni adalah penggemar setia ikan patin masak tempoyak dan lain-lain masakan kampung, jangan lepaskan peluang untuk singgah makan di Akob Ikan Patin.

Branch utama Akob Ikan Patin ini terletak di Tapak PCCL, Jalan Besar, tepi sungai Kuantan. Lokasinya di belakang ofis lama KWSP dan Hotel Samudera yang lama tu. Uols kena datang waktu tengahari lebih kurang pukul 12 gitula. Kalau lambat sangat nanti uols harus bersesak-sesak dengan pengunjung yang ramai. Kedai ni hanya dibuka untuk makan tengahari sahaja tau. Ouh lupa nak bagitahu, korang juga boleh buat pilihan nak Patin Sangkar atau Patin Buah.

Nah, meh sini ushar gambar. Kalau laptop atau smartphone korang boleh keluarkan bau, mesti korang terliur kan kan... hahahaaa..... 


inilah ghuper kedai Akob Ikan Patin. No wonder ramai orang suka lepak sini. open air maaa..tepi sungai lagi...

pelbagai aneka lauk pauk ... masakan kampung... sedap woo

nah tengok sendiri, banyak betul masakan kampungnya.


inilah menu pilihan daku dan suami. :) hehehe

aduhduhduhh.... lazatnya. huhuhu

Harga makanan di sini, boleh dikategorikan sebagai sangat berpatutan dan mampu dibayar oleh semua golongan. hehe. Dari aspek kebersihan pula, sangat okay.
Kesimpulannya 4.5 dari 5 bintang aku bagi.

update : 14/1/14 - bzru2 ni ada dtg sini lagi dengan husband... kebersihan seolah2 tak terjaga pula..mungkinkah kerana telah dilanda banjir tempoh hari?.. hoefully owner sila take note for the kebersihan. Kebersihan Asas Keimanan. Islam pentingkan kebersihan.. :)

Tunggu apa lagi. singgahla kalau ada peluang :)

Sekian sahaja review dari rakyat marhaen yang suka makan ini.

Selamat mencuba :)

TQ for reading this entry...


6 comments:

  1. banyaknya makanan. nyum nyum

    ReplyDelete
  2. sedapnya, lapaq perut tgok makanan tu

    ReplyDelete
  3. memang sedap tu..lapar dibuatnya ^_^

    ReplyDelete
  4. waaa.. sdapnya. zz dh la suka ikan patin.. :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. heyy sedapnya lauk pauk nya!

    ReplyDelete
  6. hana hadi : nyum nyum....sedap taw..hehe

    nurain super : memang sedap...jom try g sini ...

    puteri kasih : hehe..terkecur tak ayaq liur tengok gambar ni..hehe

    ZZ : samolah kito... suka juga ikan sungai ni

    sheila salim : waalaikumsalam.... memang sedap..jom try g AKob ikan patin ni .. :)

    ReplyDelete

THE HITZ