THE LATESTZ

14 February 2013

Restoran Terapung dan Maggi Ketam Nipah @ Kemaman

Assalamualaikum wbt
Selamat Sejahtera

Hye uols. Mood kita tengah bercuti-cuti satu Malaysia. Dalam tempoh 5 hari cuti sahaja kita dah menjelajah dari pantai barat ke pantai timur ke Johor Timur ke Pantai Timur ke Johor Barat dan ke Pantai Timur semula. Seronok :) 

Tapi, Habis sahaja cuti nanti, kita kena pulang ke Selangor semula untuk memulakan tugas. ouh ouh ouh. 

Arrr...biorkan la, sebab sekarang tengah mood bercuti. hikhikhik.  Justeru, daku ingin share post entry tentang tempat makan yang boleh dijadikan tempat lepak dan bawa keluarga untuk menjamu selera. Ini kira review tempat makan best2 la ni erk. :) Tapi review aku ni adalah hanya dari kacamata pengunjung / pelancong luar, pasal aku bukan orang tempatan di negeri ini. Kalau korang ada suggestion tempat mana lagi yang best, bolehla inform i hokey untuk aku mulakan misi terjah-terjah jalan-jalan cari makan gitu. 

1) Restoran Terapung @ Bakau Tinggi Kemaman

Tempat Restoran Terapung ini terperosok sedikit ke dalam, betul-betul letaknya di tepi sungai di Bakau Tinggi Kemaman. Macam mana boleh terapung ek restoran ni? Ouhhh sebab dia bubuh pelampung bawah itu restoran lorr. hehehehe. Korang datangla sendiri dan nikmati makanan serta pemandangan sungai ini. Disebabkan daku sampai di restoran terapung pada waktu malam, maka tak dapek la den menikmati pemandangan tepi sungai yang indah itu. 

gambar ihsan : google

gambar ihsan : google
Gambar-gambar di atas adalah pemandangan di waktu siang. Gambar ihsan google kerana aku nak bagi korang ushar pemandangan tepi sungai waktu siang ittew. hehehe. Padahal bukannya nampak pon dalam gambar khennnn.




Gambar ni pula, aku yang snap sendiri. Waktu ni aku snap guna iphone 4 yang sekarang aku dah trade in dengan gadget lain. kehkehkeh. View di waktu malam lagi romantik la, tapi tak dapek la ngkorang tengok buaya dan ikan dalam sungai. ahakss.


Ini adalah makanan western yang aku order. Nama dia aku dah lupa. huhu.  Suami daku pula order kuey teow ladna. Sowry, tak sempat nak snap makanan husband aku yang tengah khusyuk menjamu selera time tu. hehe.

FYI, pilihan makanan di restoran ni boleh tahan banyak juga. Uols boleh order makanan western, makanan panas, dan boleh order makanan laut juga. Terpulang kepada selera uols lah nak order ikan siakap tiga rasa ke, ikan siakap 6 rasa ke yeww. :) The taste of the food is marvellous nyum nyum , but uols tak boleh lepak sini sampai pukul 2 pagi sebab restoran terapung ni beroperasi sampai pukul 12 malam je kot.  Overall, 4 dari 5 bintang guwe bagi. Jom try ngeteh sini jom.


2) Megi Ketam Bistro Kemaman

Next, mari kita merempit ke Megi Ketam Bistro yang terletak di tepi jalan, berdekatan dengan Masjid Geliga Kemaman. Mood dah mula nak jadi minah rempit puloks kan. hahaha. Rempit, rempit preng preng preng... tak sampai 10 minit dah sampai di Megi Ketam Bistro dari Chukai.


Nah, gambar pasangan suami isteri wajiblah ada dalam blog yang sweet ini rite. hehe

Apakah menu yang istimewa sangat di Megi Ketam Bistro ini ye?. Sudah tentu seperti nama restorannya, menu Megi Ketam lah yang istimewa. Menurut bloggers lain, menu megi ketam ni menjadi famous amous bermula daripada gaya hidup nelayan yang bawa megi sewaktu menangkap ikan di laut dan mereka mencampurkan ketam ke dalam megi. Semenjak itulah menu megi ketam ni mula difofularkan oleh penduduk tempatan. Ini kata mereka dan itulah serba sedikit sejarah Megi Ketam. :)

Ketam yang digunakan di restoran ini bukan calang-calang ketam tahu. Theyols guna ketam nipah. Haaaa. Rasanya lebih manis dan kulit ketamnya pun lebih lembut setelah dimasak berbanding ketam lain. Yummy.



Tuu diaa... Mangkuk semeggi ketam ni bosar tau. Puas hati jugalah makan sebab bukan setakat ketam je ada dalam mangkuk tu. Theyols bubuh sekali udang dan sotong. 

Di restoran ni, bukan setakat ada menu maggi ketam, nasi goreng ketam, bihun sup ketam, western food pun ada tau. Jadi, uols kena tepuk dada, tanya selera makan uols. Owww ye, korang pun boleh beli ketam nipah alive kat sini. Boleh juga buat pilihan nak ketam nipah yang mana satu untuk dimakan. Yang jantan kah, atau yang betina kah. hehehe :)


Ada brann pegang ketam nipah tu?.. Nasib baik penyepit ketam dah diikat dengan tali :) Kalau tak ikat, abislah jari husband daku kena sepit.
Overall, i bagi 4.5 dari 5 bintang. Kalau uols bercuti di Kemaman or Kuantan, bolehlah ambil peluang untuk singgah Meggi Ketam Bistro atau Restoran Terapung ini yer. Selamat mencuba.

Itu sahaja coretan ringkas tempat lepaks lepaks kita pada hari ini.

Adiossss.

Tq for reading this entry :)

8 comments:

  1. Assalamualaikum awak. saya singgah sini pula. awak baru kawin ye? mohon tak terlambat nak ucapkan selamat pengantin baru awak. salam perkenalan daripada saya :)

    ReplyDelete
  2. Anyway terliur saya tengok ketam tu. lama tak makan ketam. heee

    ReplyDelete
  3. waalaikumsalam warahmatullah...

    terima kasih atas ucapan selamat tu.. :)

    Ketam tu memang sedap....kalau ada masa bercuti di sini, boleh try makan megi ketam ni pula..hehe :)

    ReplyDelete
  4. waahhh memang cuti betol2 cuti ni.
    hee..
    xlama lagi cuti nak habis dah.
    adoiii.>,<

    ReplyDelete
  5. xmerasa lagi megi ketam. kawan2 kata sedap.huhu

    ReplyDelete
  6. michelle : ha'ah cuti benar...huhu..tau takpe..cuti dh nak abes :(

    hana : kene cube try test sbb memang sedap.. :)

    ReplyDelete
  7. Anonymous5:33 PM

    Gua ada datang sini maring, xdok pung Ketam.. banyok nyamok plok tu.. habis kaki kena bedal ngn Nyamok, ingat nak makang ketam, kita pulok kna makan ngn nyamok

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar betul takdok ketam... tahun lepas banyaaksss je ketam, takkan tahun ni takdok... ko ketam hanyut banjir tak?.. heheehe

      Delete

Sweet HafRizah