p

16 February 2013

Nikon D7000 dan Canon EOS D60. Yang mana satukah?


Assalamualaikum
Selamat Sejahtera

Semenjak zaman dahulukala lagi aku memang suka tengok gambar-gambar cantik. Semenjak zaman belajar di universiti juga aku mula memasang angan-angan nak beli kamera yang boleh tangkap gambar cecantik. Konon-kononnya masukkan duit dalam tabung dari sehari ke sehari dengan niat, keazaman, keiltizaman dan cita-cita nak beli kamera DSLR. Bajet macam amalan menabung selama 5-6 tahun boleh beli kamera DSLR kan. Padahal, kalau nak beli cincin diamond harga berjuta-juta RM pon haruslah menabung dari kanak-kanak. Tak gitu? Justeru, duit dalam tabung aku tu pon habislah digunakan untuk benda-benda yang lagi berfaedah. Pada waktu itu, angan-angan nak memiliki kamera DSLR ni biarlah berlalu dimakan masa. ecececeehh


Namun, semenjak setahun lebih kebelakangan ini, minat aku terhadap DSLR mula timbul. Siapa harus dipersalahkan atas minat aku yang dah lama terkubur namun mula timbul semula ini. Ustaz Azhar Idrus dan Sham Kamikaze punya angkara lah ini kot. Muahaha. Macamlah uols tak tau yang Ustaz Azhar Idrus ini boleh dikatakan kaki otai DSLR juga kan. Geram geram geram betul tengok foto-foto yang cun melecun datangnya dari DSLR Ustaz Azhar Idrus ini. Cer kome tengok link ni > http://www.digitalmukmin.com/ dan ini > Ustaz Azhar photo stream  Tipulah kalau mata, hati dan perasaan korang tak teruja. :)

ustaz yang punya picta :)


Justeru di waktu yang afdhal lagi sesuai ini, aku ingin merealisasikan impian itu menjadi kenyataan. Tetapi, tidaklah mampu eden merembat DSLR macam ustaz yang rege beribu riban ittew. kuikuikui. Antara yang menarik pilihan hati eden dan suami ~ Kamera Nikon D7000 dan Kamera Canon EOS D60. Aku sememangnya konfius betul antara dua jenama yang fofular ini, yang mana satukah harus kami miliki? wadudududuhh. 

Jom kita try baca apa kelebihan dan kekurangan kedua-dua kamera :





Sebenarnya soalan kamera mana lagi bagus ni tak akan berkesudahan. Dari dulu hingga sekarang mesti ada je yang tanya soalan sama.


Gang Nikon mesti nak kata kamera Nikon lah yang paling baik sekali. Gang Canon pula mesti juga nak menangkan Canon. Aku pula tak masuk mana-mana gang sebab setiap kamera ada kelebihan dan kelemahan. Nama pun ciptaan manusia kan.

Kedua-dua bijik kamera pon amatlah bagus. Kalau tak bagus, tak adanya diorang nak jual dan promosi di pasaran.

Senang cerita, kita kena pergi kedai kamera dan pegang serta test sendiri kamera itu. Haruslah posing-posing buat macam-macam gaya untuk menge-test kamera tersebut. 

Apakah hasil setelah tangan sendiri yang pegang kedua-dua kamera? Setelah mengetest snap snap gambar, kami dapati kedua-dua kamera pong gambarnya memuaskan dan cantik. Bezanya,  warna gambar Nikon d7000 lebih nampak natural, gambar Canon eos60d nampak macam dah diedit sedikit. Yang penting kedua-duanya memang cantik.

Selain itu uols juga harus membuat perbandingan dari aspek HARGA, BARANG (KIT) TAMBAHAN YANG AKAN DIBERI, dan WARRANTY kedua-dua kamera.

Bukanlah kamera mana yang lebih bagus harus dipersoalkan, tetapi skill, gaya, mutu dan keunggulan si pemakai dan pemilik kamera yang ingin menggunakan DSLR itulah yang harus ditonjolkan dan digilapkan. (ecewwaaah Macam iklan dunhill pula) ayoyo~

Jadi macam mana nak buat pilihan ni?. Jawapannya, kenalah tanya tuan badan yang akan menjaga kamera dslr itu sendiri. Maknanya tanyalah hati setelah membelek-belek kamera tersebut dengan menggunakan segala deria yang ada di badan anda sendiri ye. Konfem, instinct nak buat pilihan kamera yang ingin dimiliki akan datang secara tiba-tiba masa korang menggunakan segala deria untuk menge-test-nya tadi. ehehehe

Kitorang pilih yang mana ye?  jeng jeng jeng~

Korang rasa yang mana satu yang menjadi pilihan kami?. Aku follow instinct suami je sebab aku kan isteri solehah. ehekks :)


Sekian sahaja persembahan jari jemariku yang rancak menari di atas keyboard untuk jam ini (arghh geli. tiba-tiba ayatku menjadi amat puitis) 

Entri ini sekadar tips, perkongsian, dan nasihat daripada seorang jurugambar bukan-profesionale . Saya tidak menanggung segala kecederaan emosi pembaca entri ini. (kalau ada yang butthurt).. ahaaaaksss ;)

Semoga kita berjumpa lagi di entri seterusnya. TQ y'all

Selamat menunaikan ibadah memasing ~



12 comments:

  1. wah ! bakal pakai dslr nie . boleh lah amik gmbar mun . hehe

    ReplyDelete
  2. wah ! bakal pakai dslr nie . boleh lah amik gmbar mun . hehe

    ReplyDelete
  3. Wau, DSLR! :-) Asalkan pilihan yang tepat dan kena dengan kita, mana-mana jenama pun takpe. Singgah blok akak jap. :-)

    ReplyDelete
  4. Canon Nikon sama je.. tapi Nikon susah sikit nak guna.. saya dah try guna dua jenis kamera nie. Saya guna Canon tapi kalau outing n kerja kursus, saya akan guna Nikon member saya punya. Pendek kata2, masing2 ada kelebihan tersendiri.. hehe

    ReplyDelete
  5. asal ade dlsr dah cukup dah kan.(:

    ReplyDelete
  6. dua dua menarik nikon dan canon :P

    ReplyDelete
  7. pakai kamera hanphone je.. eh

    ReplyDelete
  8. waaaah... pilih yang terbaik

    hana xsuka kamera besar2 ni. cukup la samsung galaxy camera. search tau.. cun oo.. comel je. harga pun comel sangat.hehe

    ReplyDelete
  9. warh.. syoknya.. zz pun teringin nk ada 1.. hehe.. tpi zz x suka bergmbr.. zz suka ambil gmbr shj..

    ReplyDelete
  10. cikmun : hehe..boleh2..jom buat fotoshoot :)

    shafiq : yerp btol2... :)

    aniq : ohh...takpe2..kene usehe utk blaja..hehe

    azhafizah : btol2.... janji gmbar cun.. :)

    nurain : yerp masing2 ade kelebihan n kekurgn... :)

    themalaymale : ahakss...boleh jugak...kamera hpon pun cun..hehe

    hana : ouhhh cun gak samsung tu...dh ushar dh..comel plak tu hehe

    zz :kene kumpol duit...ouh...saya suke kedua2nya skali..hihi

    ReplyDelete
  11. akak,kita baru beli DSLR. Abang tu ckp,setakat ni canon,nikon,sony mmg setaraf. Tkde banyak beza pon. Bagus tak bagus,depand on user la dorang tgkap gambar cmne :) . Cumanya,nikon lg mahal sikit dr canon lah. If akak ada budget lebih,better beli yang paling latest. Sbb akak nk guna lama,so tk trfikir nk upgrade lg Cam :)

    ReplyDelete
  12. eyntan : tq for the comment..yep betul2...owner kedai yg akak beli dslr tu pon pengguna nikon n canon... due2 dia pakai...actualy memang depends on the fuller itself..lebih selesa nak handle kamera yg mana satu..hehe...insyaallah, akak dah buat pilihan dh... :)

    ReplyDelete

THE HITZ