p

07 January 2013

Kemaman & Kuantan : Warung Aziz Satar & Ana Ikan Bakar Petai

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera :)

Ello everyone. What a monday blues today. Guwe kangen banget sama husband, lalu kepala guwe tercetus idea mahu mengeshare entry ini kepada kengkawan. (terjangkit cerita sinetron pak.waduh waduh)

Di waktu cuti sekolah yang lalu, sebelum banjir besar melanda Kemaman dan Kuantan, sempat juga daku pergi melepak dan berjimba-jimba di sana. Tak siapa menyangka dan menduga, beberapa hari selepas aku melepak di Kemaman dan Kuantan (lepas aku pulang ke Selangor), air bah datang melimpah-limpah membanjiri daerah ini. Tersangat empati dengan nasib rakyat yang dilanda banjir itu. Apatah lagi kawasan perumahan tempat suamiku berdekatan dengan loji najis. Oh My. Can you imagine kekotoran apakah yang melanda rumah mereka?. Dugaan.. cobaan.. ujian...

Baru-baru ini, penduduk di pantai timur diberi amaran, mungkin gelombang ketiga banjir akan melanda lagi. (Ribut Sonamu). Sama-samalah kita berdoa banyak-banyak agar semua yang berada di sana selamat dan dijauhkan daripada sebarang musibah serta kemalangan jiwa. 

"Ya Allah, kesampingkan (bencana) ke sekeliling kami dan bukan ke atas kami. Ya Allah, jadikanlah angin sebagai rahmat, tidak memusnahkan dan tidak menghancurkan. Amin"

***

Sewaktu melepak di Kemaman, rajin juga aku dan suami bersiar-siar di Kuantan. Rajin tengok wayang je kerjanya. Habis semua cerita yang boleh dikatakan best, kami kasi sapu. hahaha. Sebelum tengok wayang, perut selalu berkeriuk-keriuk menjerit-jerit minta diisi. Entah, tak tahu mana hala tuju nak mencari menu dan tempat yang marvellous untuk menjamu selera. Akhirnya, encik suami membawa daku merasa makanan seafood di Ana Ikan Bakar Petai, Kuantan. Lokasinya adalah di Tanjung Lumpur Kuantan. 

Banyak lagi sebenarnya kedai-kedai ikan bakar sederet dengan Ana Ikan Bakar Petai ini. Pilihan terletak di tangan anda nak cuba yang mana satu. Sewaktu kami sampai di sana, suasananya memang penuh dengan manusia. Kalau dah ramai pengunjung, mestilah makanannya lazat kan. Memang otak manusia selalu buat kebarangkalian sedemikian. heheh

Inilah suasana waktu malam dari luar restoran Ana Ikan Bakar Petai. Memang ramai orang sampai parking pun full you know.

 Antara menu yang boleh ngkorang pilih.


Inilah hasil pancingan kami di Ana Ikan Bakar Petai. Cukuplah makan untuk dua orang. Actually, untuk pengetahuan korang, menu yang wajib dicuba adalah resepi bakar petai. Tetapi, entah kenapa pada hari weols berkunjung, terlupa nak ambik menu ni. hehe. Mungkinlah, weols takut nanti banyak pulak 'angin' yang keluar lepas makan petai saat nak menonton wayang. oh noooo. haha. Dek kerana aku tak sempat merasa bakar petai, maka aku serahkan tugas itu untuk ngkorang merasa lauk Ikan dotdot bakar petai ye. Ramai yang kata sedap. :)

Dari segi rasa lauk pauknya, memang marvellous. I like. Tetapi, eh ada tapi ek. Haaaaaa. mestilah ada. Daku rasa facilities dari segi tempat basuh tangan dan toilet boleh dibuat pembaikan lagi. hehee.. Overall, lauk memang sodap. Try la youall pergi menikmati makanan seafood di Ana Ikan Bakar Petai ini. :) 

***

Bila tiba time bercuti-cuti malaysia, makanan memang menjadi topik utamakah? Sudah semestinya. hehe. Selain Kuantan, dah tentunya kami juga suka mencari makan di Kemaman. Makanan untuk santai-santai minum petang. For food cravers, youall boleh juga cuba melawat Warung Aziz Satar yang terletak di Kuala Kemaman. Youall boleh pilih nak makan makanan panas yang dimasak seperti kueytiow ladna, keytiow goreng, kueytiow kungfu, (cik puan fiza bantai taip je semua kueytiow hehe) ataupun youall boleh pilih makanan ringan yang special di negeri pantai timur ini. Jom jom ushar gambar.

 

Pulut panggang, memang familiar dengan diriku. Pais udang dan pais ikan ni, aku tak pernah cuba makan lagi. Teruja iols nak tahu apakah ghuper dan rasa pais ini.

 Sotong goreng tepung, pais udang, pais ikan, sata ikan+kelapa, dan sata ikan+pulut

 Inilah ghuper pais udang dan pais ikan yang dibalut dalam daun pisang. Rasa pais udang dan ikan di Warung Aziz Satar ni memang terbaeeekkkk boboboiyyy laaaa i cakap u. Rempah yang menyaluti badan ikan dan udang itu pun sungguh lazat tak terkata.

 You see. This is a pulut panggang. Walaupun pada mulanya daku merasakan yang aku memang dah familiar dengan pulut panggang, tapi bila open je pulut panggang di Kuala Kemaman ini.....ternyata jangkaan aku yang familiar tadi meleset. Kenapa yew?. Kerana pulut panggang yang aku biasa makan, intinya adalah kelapa. Different from this pulut panggang. Intinya adalah IKAN. =) yummy

 Sata. Inilah dia sata original from ganu :)

 Otak-otak! memanglah the very very very different from otak-otak pantai barat like otak-otak gelang patah or otak-otak kempas. Anda harus cuba otak-otak di Warung Aziz Satar ini. Struktur otak-otak ini terdiri daripada isi ikan yang fresh bersama kuah rempah menyalutinya dibakar dalam daun (daun apakah? tak ingat kehkehkeh)

Ini adalah ikan celup tepung dan digoreng rangup. Dimakan bersama sos cicah yang memang sedap lagi lazat. :)


Teruja tak korang nak merasa semua makanan ni? Tunggu apa lagi, bila ada time cuti-cuti malaysia, bolehlah ngkorang mentry test lepak-lepak di dua-dua tempat makan ini.

Sekian sahaja bebelan daku untuk jam ini.

Sehingga kita berjumpa lagi.

Wassalam.

Tq for reading my entry =)


6 comments:

  1. uwaaaaa tiba rasa lapar.... dah lama tak mkn ikan bakar... btw lawa lah design blog ni....

    ReplyDelete
  2. ana ikan bakar petai tempat boleh tahan selesa..boleh juga ke mail ikan bakar...betol2 kat selekoh sblm ke ana ikan bakar...cara gak kat situ...

    ReplyDelete
  3. potia casadelarosa : tq2... jmputlah dtg lagi :)

    @kitatauke : ha'ah selesa tp ramai banget org... ouh yeke..tak penah try lagi mail ikan bakar..pasni leh saya try :) tq for the info

    ReplyDelete
  4. Anonymous1:00 AM

    mail ikan bakar x la sedap mana pun cuma pelik ramai org suka.mgkn selera diorg ni lain kot.makan biasa je tp kalau tom yam ya rabbi mmg x leh blah.org suka sbb ikan fresh je tp sosnya ala x sedap sgt. Cuba p rasa kedai lain pasti anda semua terkejut yg masih ada lg kedai yang sedap dari mereka.cuma nama mereka je besar tp apakata kita bag rezeki kt kedai lain pulak.heheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq anonymous.. heheee... insyaallah saya akan cube try pergi kedai lain..tapi betul kate anda, banyak lagi kedai lain yg tak famous, tapi makanannye sedap2... kalau tomyam, saya paling suka tomyam poktek kat balok tu...insyaallah ade masa, saya try promote warung kat balok tu.. round satu malaysia pun, tak sesedap tomyam kat situ...fuhhh :)

      Delete
  5. sedap sangat ke satar tu...saya nak pergi la !!!!

    ReplyDelete

THE HITZ