p

21 January 2013

Movie and Cinema Time

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera

Hye semua. Apa khabar anda hari ini?. Harap semua sihat walafiat hendaknya.

Eh ngkorang nak tahu tak.....Semenjak bergelar Puan, entah kenapa daku dan asben memang rajin bebenor melayan movie at cinema. Mungkin dek kerana menonton movie di pawagam memang memberi kepuasan sebab dapat fefeeling cerita di layar skrin yang bosar dan sound effect yang menikam jiwa. Walaupun masa zaman muda-muda dolu rajin juga aku melayan movie dengan member-member sejantina tetapi feeling layan movie dengan husband lebih meriah lagi. Wahhh. (Alhamdulillah, masa yang kami ada harus digunakan sebaik mungkin) hehehe.

Walaupun fefeeling indah, namun pemilihan movie yang amat bagus untuk difeelingkan pon amatlah penting. Janganlah kau dah bayar duit tiket kemain mahal (atas rm5 tu mahal le.haha) tapi lepas 15 minit movie dah play, kau boleh rasa nak sorong bantal dan bentang tilam, tidur dalam itu pawagam. hihi. 

Cuba ngkorang peratikan senarai movie yang weols layan, semenjak 2/12/12, hingga setakat hari ini~










Amacam? Semua ceghita di atas amat berbaloi-baloi untuk ditonton di cinema kan.... :)

Twilight , Breaking Dawn (finale) : Romantic & adventure sikit. Cuma korang kena saksikan movie ni dari first episode agar tak terpinga-pinga when you watch the final episode. Malas nak taip review sebab mesti korang dah semua pon dah katam TWILIGHT ni .hehe.

The Hobbit , Unexpected Journey : Adventurous, humor, nice journey. Cerita ini adalah prekuel before The Lord Of The Ring. You have to watch The Lord Of The Ring first, supaya tak adalah muka uols terlopong je bila tengok cerita ni pastu mulalah kata cerita ni bosan, walaupun sebenarnye cerita ni best.  hehe (Klik sini untuk baca review The Hobbit)

CZ12 : Kalau ada Jackie Chan, dah semestinya cerita itu akan jadi best untuk ditonton. This one memang humor, adventure dan stailo. Cuma agak pening sedikit bila terselit cerita sejarah tentang kepala patung emas tu. Mungkin korang tak akan pening. Aku je jadi gitu pasal aku tak minat subjek sejarah. muahaha.(subjek kegemaran aku, matematik tambahan. LOL) Apapun, lakonan Jacke Chan dan kungfu style nya itu memang terbaeek. Loving it. heeee :)

Jack Reacher : Oh My Oh My. Look who's the hero. Tom Cruise!! Even he's getting older, tetapi masih bersemangat untuk melakonkan watak aksi. Cerita ini adventure, dan ada ala-ala detektif conan sedikit. Misi mencari klu pembunuh serta motif pembunuhan bermula apabila di sebuah bandar telah berlaku kes pembunuhan dengan cara melepaskan tembakan jarak jauh. Six shots, five dead. Polis rasa, mereka dah settlekan kes dengan menangkap orang yang disyaki melepaskan tembakan jarak jauh itu, but unfortunately, Jack Reacher terpaksa turun padang dan buktikan yang polis salah sama sekali. The very very busuk thing is bila polis pula yang terlibat sama bersekongkol dengan penjenayah. Whatever it is, lakonan Tom Cruise tetap maintain. =)

The Last Stand : Wah wah wah... lepas Jackie Chan, Tom Cruise, then now Arnold Schwarzenegger pula. Nasib tak terbolit lidah eden monyobut namo ekau ni jang. The Last Stand adalah cerita tentang Sherif yang bertugas di Summerton, bandar yang terpencil. Namun, tugas Arnold sebagai sherif makin mencabar apabila banduan bernama Cortez terlepas dari tahanan sewaktu proses pemindahann banduan. Cerita ni sangat awesome sebab banyak aksi 'ganaz' sewaktu pertarungan antara sherif beserta rakan-rakan dan Cortez beserta gang-gang jahatnya. Di samping ganaz dan action, semestinya terselit juga sedikit lawak jenaka.

The Impossible : Cerita yang penuh tragis dan debaran. Cerita ini sangat special kerana diambil dari kisah benar sebuah family yang bercuti di Thailand dan ditimpa musibah serta kesedihan apabila tempat percutian mereka dilambung ombak TSUNAMI pada tahun 2004 yang lalu. I think this is the first movie tentang kisah benar Tsunami yang sangat real dan menyebabkan penonton terhanyut sama dengan ombak tsunami. Serius babe!!. Sebagai penonton, daku pulak yang terasa cuak dan lemas serta amat gerun dengan kedahsyatan ombak tsunami yang mengganas. Cerita ini juga membawa penonton menghayati kesedihan ramai manusia yang kehilangan ahli keluarga mereka. Sayu pilu tersentuh hatiku especially sewaktu watak Thomas dan Simon bertemu semula abang mereka, Lucas dan secara kebetulan juga mereka bertemu ayah mereka di tempat yang sama. Selepas menonton movie ni, daku rasa takut pula tengok ombak di laut. Mengada-ngada kan. Terbawa-bawa dengan feeling masa tengok The Impossible ini. cheeehh. 


Itu sahajalah review simple daku untuk semua cerita di atas. Selamat menonton :)


09 January 2013

It is WEDNESDAY. And It is a WORDLESS day.

Assalamualaikum
Salam Sejahtera



Syhhhhhh...You are now entering Wordless Wednesday Zone. =)









info : Wordless Wednesday. Apakah?. Wordless Wednesday adalah hari di mana para blogger buat entry bubuh gambor sahaja. Tanpa menaip apa-apa. Gambar yang menceritakan segala. Tapi, daku sudah tertaip sedikit sebab nak bagi penerangan kat kome semua apakah itu Wordless Wednesday yang popular di kalangan blogger. hehe.

TQ. See ya  ;)


07 January 2013

Kemaman & Kuantan : Warung Aziz Satar & Ana Ikan Bakar Petai

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera :)

Ello everyone. What a monday blues today. Guwe kangen banget sama husband, lalu kepala guwe tercetus idea mahu mengeshare entry ini kepada kengkawan. (terjangkit cerita sinetron pak.waduh waduh)

Di waktu cuti sekolah yang lalu, sebelum banjir besar melanda Kemaman dan Kuantan, sempat juga daku pergi melepak dan berjimba-jimba di sana. Tak siapa menyangka dan menduga, beberapa hari selepas aku melepak di Kemaman dan Kuantan (lepas aku pulang ke Selangor), air bah datang melimpah-limpah membanjiri daerah ini. Tersangat empati dengan nasib rakyat yang dilanda banjir itu. Apatah lagi kawasan perumahan tempat suamiku berdekatan dengan loji najis. Oh My. Can you imagine kekotoran apakah yang melanda rumah mereka?. Dugaan.. cobaan.. ujian...

Baru-baru ini, penduduk di pantai timur diberi amaran, mungkin gelombang ketiga banjir akan melanda lagi. (Ribut Sonamu). Sama-samalah kita berdoa banyak-banyak agar semua yang berada di sana selamat dan dijauhkan daripada sebarang musibah serta kemalangan jiwa. 

"Ya Allah, kesampingkan (bencana) ke sekeliling kami dan bukan ke atas kami. Ya Allah, jadikanlah angin sebagai rahmat, tidak memusnahkan dan tidak menghancurkan. Amin"

***

Sewaktu melepak di Kemaman, rajin juga aku dan suami bersiar-siar di Kuantan. Rajin tengok wayang je kerjanya. Habis semua cerita yang boleh dikatakan best, kami kasi sapu. hahaha. Sebelum tengok wayang, perut selalu berkeriuk-keriuk menjerit-jerit minta diisi. Entah, tak tahu mana hala tuju nak mencari menu dan tempat yang marvellous untuk menjamu selera. Akhirnya, encik suami membawa daku merasa makanan seafood di Ana Ikan Bakar Petai, Kuantan. Lokasinya adalah di Tanjung Lumpur Kuantan. 

Banyak lagi sebenarnya kedai-kedai ikan bakar sederet dengan Ana Ikan Bakar Petai ini. Pilihan terletak di tangan anda nak cuba yang mana satu. Sewaktu kami sampai di sana, suasananya memang penuh dengan manusia. Kalau dah ramai pengunjung, mestilah makanannya lazat kan. Memang otak manusia selalu buat kebarangkalian sedemikian. heheh

Inilah suasana waktu malam dari luar restoran Ana Ikan Bakar Petai. Memang ramai orang sampai parking pun full you know.

 Antara menu yang boleh ngkorang pilih.


Inilah hasil pancingan kami di Ana Ikan Bakar Petai. Cukuplah makan untuk dua orang. Actually, untuk pengetahuan korang, menu yang wajib dicuba adalah resepi bakar petai. Tetapi, entah kenapa pada hari weols berkunjung, terlupa nak ambik menu ni. hehe. Mungkinlah, weols takut nanti banyak pulak 'angin' yang keluar lepas makan petai saat nak menonton wayang. oh noooo. haha. Dek kerana aku tak sempat merasa bakar petai, maka aku serahkan tugas itu untuk ngkorang merasa lauk Ikan dotdot bakar petai ye. Ramai yang kata sedap. :)

Dari segi rasa lauk pauknya, memang marvellous. I like. Tetapi, eh ada tapi ek. Haaaaaa. mestilah ada. Daku rasa facilities dari segi tempat basuh tangan dan toilet boleh dibuat pembaikan lagi. hehee.. Overall, lauk memang sodap. Try la youall pergi menikmati makanan seafood di Ana Ikan Bakar Petai ini. :) 

***

Bila tiba time bercuti-cuti malaysia, makanan memang menjadi topik utamakah? Sudah semestinya. hehe. Selain Kuantan, dah tentunya kami juga suka mencari makan di Kemaman. Makanan untuk santai-santai minum petang. For food cravers, youall boleh juga cuba melawat Warung Aziz Satar yang terletak di Kuala Kemaman. Youall boleh pilih nak makan makanan panas yang dimasak seperti kueytiow ladna, keytiow goreng, kueytiow kungfu, (cik puan fiza bantai taip je semua kueytiow hehe) ataupun youall boleh pilih makanan ringan yang special di negeri pantai timur ini. Jom jom ushar gambar.

 

Pulut panggang, memang familiar dengan diriku. Pais udang dan pais ikan ni, aku tak pernah cuba makan lagi. Teruja iols nak tahu apakah ghuper dan rasa pais ini.

 Sotong goreng tepung, pais udang, pais ikan, sata ikan+kelapa, dan sata ikan+pulut

 Inilah ghuper pais udang dan pais ikan yang dibalut dalam daun pisang. Rasa pais udang dan ikan di Warung Aziz Satar ni memang terbaeeekkkk boboboiyyy laaaa i cakap u. Rempah yang menyaluti badan ikan dan udang itu pun sungguh lazat tak terkata.

 You see. This is a pulut panggang. Walaupun pada mulanya daku merasakan yang aku memang dah familiar dengan pulut panggang, tapi bila open je pulut panggang di Kuala Kemaman ini.....ternyata jangkaan aku yang familiar tadi meleset. Kenapa yew?. Kerana pulut panggang yang aku biasa makan, intinya adalah kelapa. Different from this pulut panggang. Intinya adalah IKAN. =) yummy

 Sata. Inilah dia sata original from ganu :)

 Otak-otak! memanglah the very very very different from otak-otak pantai barat like otak-otak gelang patah or otak-otak kempas. Anda harus cuba otak-otak di Warung Aziz Satar ini. Struktur otak-otak ini terdiri daripada isi ikan yang fresh bersama kuah rempah menyalutinya dibakar dalam daun (daun apakah? tak ingat kehkehkeh)

Ini adalah ikan celup tepung dan digoreng rangup. Dimakan bersama sos cicah yang memang sedap lagi lazat. :)


Teruja tak korang nak merasa semua makanan ni? Tunggu apa lagi, bila ada time cuti-cuti malaysia, bolehlah ngkorang mentry test lepak-lepak di dua-dua tempat makan ini.

Sekian sahaja bebelan daku untuk jam ini.

Sehingga kita berjumpa lagi.

Wassalam.

Tq for reading my entry =)


01 January 2013

Tips : Pengantin dengan braces

Assalamualaikum wbt...........
Selamat Sejahtera semua rakan yang dikasihi  =)

Hello everyone~ Today is the first day of 2013 (the time when this entry was published). Saya eh aku eh saya (sama je la aku ke saya, yang penting selesa hehe) ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Masihi walaupun mengikut tahun Hijrah, bulan ini adalah bulan Safar (bulan kedua dalam Islam). Bagi diriku, setiap hari adalah tahun baru kerana masa memang sentiasa ke hadapan dan tak pernah masa itu pusing ke belakang semula kan kan kan. Kecuali uols ada time machine macam dalam ceghita Back To The Future ittew. :) 

"Usaha , doa, tawakal...insyaallah, Allah akan bantu kita" . Okey okey, taknola bebel banyak-banyak tapi kalau aku tak bebel nanti ngkorang rindu pulak khenn. hehehe.. Next-next entry la daku membebel lagi yep. =)

Untuk Entry hari ini, kita fokus kepada Braces a.k.a Pendakap Gigi atau lebih fofular dengan gelaran GIGI BESI..roaaarrrr. Sudah semestinya menjadi dilema bagi pemakai braces untuk meneruskan majlis perkahwinan mereka dengan melekatnya besi di gigi mereka. Ada desas desus yang aku dengar siap si pemakai braces ittew sanggup menangguhkan perkahwinannya gara-gara tak nak nanti bersanding dengan gigi besi. Tapi bukan aku woo. (chehh, ko ni nak bergosip ke hape cik puan fiza oii..hihi) Adoiiii, benda yang baik lagi halal usah ditangguhkan hanya kerana secebis benda yang remeh temeh. No good no good.

Masa aku umumkan kepada rakan-rakan seperjuangan di sekolah tentang majlis kahwin aku, ramai yang bertanya dan rata-ratanya soalan yang berbunyi seperti ini :

"Nanti kau bukak tak braces tu? "
"Erm? Mestilah tidak ...." jawabku dengan senyuman menayangkan gigi besi aku (SEbab doc kata tak boleh bukak lagi)
"Eh, macamana tu? Nanti tak cantikla pengantin ada gigi besi"
"Ala kak, yang penting nikah dah halal..hehe" selamber je jawapan aku macam tak sabau nau nak kawen.cheeehh...
"Ha'ah kan, Betul juga. Yang penting nikah" Kata guru senior sekolah aku ittew sambil mukanya penuh penghayatan terhadap muka aku yang ada ciri-ciri isteri solehah ini..kehkehkehhhh  ^_^

Hairan aku. Kalau pakai braces, tak boleh kahwinkah?
Jangan jadikan gigi besi sebagai penghalang anda untuk merasa bahagia, indah, cantik, comel, cun melecun, berseri-seri dan seumpama dengannya yerrr.


Let me share with you the tips, if you have those 'gigi besi' in your mouth and you feel unhappy to give a big smile on your wedding day.

1) Pilihlah warna ligating module atau getah braces yang berwarna putih. errrrrkkk! putih? Yerla, putih

2) Korang kenalah tukar getah braces kepada yang berwarna putih itu agak-agak masa tarikh wedding dah dekat nanti. Jangan tukar awal-awal, jauh benar dengan tarikh kahwin kau. Nanti warna-warna makanan pulak merosakkan kesucian warna putih getah braces kau.

3) Bila dah tukar warna getah putih tu, sila elakkan memakan makanan yang berwarna seperti ayam masak KUNYIT asam, ikan masak KARI, sotong masak KUNYIT. Haaaaa...ada faham kan. Nanti nampak macam kau tak gosok gigi setahun. Parah parah. hehe

4) Apabila anda pilih getah braces warna putih, dalam picture tak kelihatan sangat gigi ngkorang berbesi. Tapi kalau face to face memanglah nampak besi, cuma tak adalah ketara sangat berbanding ngkorang pilih warna, hitam, hijau, merah bagai. 

5) Feel confident dengan diri sendiri  =)  Konfem berseri-seri raja sehari!

tadaaa.. inilah buktinya. heeee. smile smile smile.. flash flash flash. camera everywhere :)




Dont worry , be happy :)

Thats all for today.
Till then, we'll meet again

Selamat menunaikan ibadah perkahwinan.

TQ for reading this entry 

Wassalam
Daaaaaa





THE HITZ