p

22 November 2013

Review : Pengalaman Bercuti di Sunway Lagoon - Part 1 (Vuvuzela, Waterplexx 5D, G-Force X, etc)

Assalamualaikum wbt,
Salam sejahtera


Haiiii haiii hai everyone. Berkurun lama ku tak hupdate belog ku ini. Almaklum, busy dengan kerusus kerusus dan kereja sahaja. Hehhh, wanita modern yang berkerja, cengginilah gamaknya. Bak kata ustaz Don, biar kita kerja macam gaji 30 juta dollar amerika walaupun sebenaqnya gaji kita 30 ratus ringgit malaysia sahaja. Phew!

Seperti yang aku janji haritu, daku nak hupdate dan nak mengeSHARE kepada korang semua tentang pengalaman bercuti sambil berbasahan di Sunway Lagoon kan. Owyea~

Pertama sekali daku nak habaq yang kita rakyat marhaen perlulah berjimat cermat dan kena bijak berbelanja kalau nak masuk Sunway Lagoon ni. Hewhewhew. Kecualilah korang ni spesies Lamborghini, Ferrari, Porsche dan Volkswagon. Eh eh! Sedih giler ayat. Huahuahua. 


Just for your info before you go. Harga setakat harini , hari esok mungkin naik lagi. donno :)

Tetapi....... ya, ada tapinya, pengalaman di Sunway Lagoon ni memang best best bestttt sangat. Terasa macam satu hari sahaja tak cukup dan tak sempat nak main semua game. Bagiku, kalau uols sudah bosan hari-hari buat benda yang sama sahaja, hari-hari mengadap muka boss yang kuat berleter sahaja, hari-hari kena mengadap buku-buku yang banyak sahaja, hari-hari duduk dalam ofis sampai otak tepu sahaja, maka sekali-sekala kena bagi chance kat diri uols pergi tempat-tempat cenggini.  Kita memang perlukan satu waktu untuk lepaskan segala angin dalam kepala dan badan. Horey horey!

FYI, dalam Sunway Lagoon ni ada banyak Park. There are :
Water Park (Tempat untuk korang basahkan diri sebab memang watery) ,
Amusement Park (Tempat berhibur sambil bersedia untuk isi perut terburai kalau tak biasa main game yang mencabar),
Extreme Park (Tempat untuk Peminat extreme game-boleh buat jantung terkeluar dari badan juga),
Wildlife Park (Tempat untuk berkenalan dengan segala jenis burung, dan beberapa jenis haiwan yang sangat comel), dan
Scream Park (Tempat hantu raya bertelur. kuikuikui)



Jom kita review tempat yang sempat iols dan suami pergi. Tempat yang kami tak sempat nak pergi tu, mintak mahap je la ye. Masa dan keadaan memang tak mengizinkan nak lawat semuanya. Enjoice :)


ps:/ Gambar-gambar kali ni banyak sangat, jadi daku pon cuba try test cantum-cantumkan kesemuanya macam jigsaw puzzle. haha. Harap-harap dapat membantu korang yang nak tengok review tempat percutian sebelum buat keputusan untuk pergi sini. 


At The Water Park

1) FlowRider




At the FlowRider ni korang boleh praktis cara-cara nak surf dengan betul. Praktis sampai badan uols tak terbalik macam katak baru nak belajar berenang. Kena biasakan praktis sebelum uols nak pergi meluncur di Surf Beach. Nice activity but you have to queue up before dapat meluncur di sini. Pengawal di situ hanya bagi 3 kali chance je untuk kita cuba surf. Kalau tak ramai orang, 10 kali nak try pon boleh. For this game, my hubby sahaja yang try FlowRider ni. Daku tak kuasa lah nak try benda ni memandangkan semua yang tengah beratur time itu adalah jejaka. Naahh. Not bad lah encik suamiku meluncur. Ada bakat macam dalam cerita Baywatch. Ahaks!

2) Waterplexx 5D



Oh My Gosh. Oh My.... This is one of the coolest experience ever. Malaysia's first 5D Waterplexx. Bukan 2D, bukan 3D, bukan 4D tapi 5D lah bebeh. Memang terbaik. Eh, walaupun this stuff adalah dalam bangunan, tapi uols jangan masuk dengan pakaian baju kebaya or cheongsam pulak ye. 200% badan korang akan disiram air masa duduk dalam ni. Cool experience. Uols akan masuk ke dalam dunia fantasi di mana nanti naik roller coaster, bertemu dengan macam-macam makhluk dalam skrin. Eheks!. Walaupun sekadar dalam skrin, tapi taiming(time) pergerakan kerusi yang uols duduk dan air yang dipancut-pancut dari depan, tepi, belakang, atas diri korang tu semua memang real dan the feeling is excited tak terkata. (air dipancut macam dalam 2 gambar kat atas ni) Ahh..just go get your ticket and laluilah pengalaman ini sendiri.

3) Cameroon Climb

Permainan gelongsor ni bukan macam gelongsor biasa yang kita naik di mana di akhir slide tu mesti masuk air. Nop. Di akhir slide Cameroon ni, uols akan slide lagi sampai naik ke awan, macam gambar last di atas ni kan. Pergerakan dia macam pergerakan bandul, you know what is bandul rite?. Kita slide-slide ke atas (depan) dan ke belakang(bawah) ,ulang-ulang dan akhirnya berhenti di tengah. Siapa yang overdose kelajuannya tu, berhati-hatilah, harapnya tidak terkeluar dari slide time slide tu meluncur ke atas. Hehehe. Tetapi jangan risaulah, setakat ni, tak pernah berlaku lagi macam tu. Konfem selamat! *Eh macamlah daku kerja kat Sunway Lagoon ni kan.*

4) African Phytons




Phytonszz. Psssssst. Tengok slide dia yang berbelit-belit pun dah tahu, memang sinonim dengan phyton or ular. Daku geli dengan ular okey. Bukan takut, cuma geli. Pelik kan. Geli sebab dia panjang dan takda kaki. Eeeee. Tengok diorang warnakan slide African Phytons sama dengan ular ni pun macam geli. Hahaha. *Gediklah kau nyah* Eh, bila kita dah duduk je dalaam tube dan slide turun melalui mana-mana slide ular ni, memang terbaiklah pengalamannya. Setiap slide tu berbeza-beza. Macam dalam picta di atas tu (slide biru = sebelum diwarna macam ular) ada yang canopied slide, ada yang half-canopied slide, ada yang takde canopy langsung. Seronok memang dah, cuma kaki sahaja lah yang penat untuk mendaki ke atas, sebab nak merasa naik kesemua jenis ular yang ada. =)

5) Congo Challenge



Hey guys, still remember yang permainan ini pernah daku kongsikan dalam post bertajuk Percutian ke Bukit Gambang Waterpark (klik)?? Yeazza. Inilah yang saya maksudkan. Gamenya sama cuma namanya berbeza dan slide di sini lebih panjang dan lebih tinggi berbanding di Gambang. Di Gambang, ada jam masa di setiap lane, tetapi tidak di sini. Meniarap sambil menggelongsor ke bawah dengan 'tikar' yang disediakan. AuuweeBest oi main benda ini, but please kalau ada yang pregnant dan kempunan nak main Congo Challenge, sila jangan layankan perasaan itu. Kelak anak dalam kandungan bakal menjadi superman atau superwoman. Hewhewhew.

6) Vuvuzela



Vuvuzela?. Apakah? Setahu daku, vuvuzela ni adalah alat muzik yang dikenali juga dengan nama lepatata Mambu. Ianya digunakan oleh puak-puak South Africa sewaktu perlawanan bola sepak. Tetapi, tiba-tiba satu biji vuvuzela terbesar di dunia telah dicipta di Sunway Lagoon Malaysia. Vuvuzela yang ni pula bukan untuk main muzik ye. Ianya adalah khas untuk penggemar permainan air di seluruh pelosok dunia bergelongsor di sini. Tingginya 30 meter. Water ride sepanjang 152 meter. Funnelnya sepanjang 22 meter. One of the best game and experience too. Oooh lala!. Pengalaman yang memang tak akan dilupakan. Selepas dah naik sekali, memang nak naik lagi banyak kali. Waktu itu sudah tak terfikir penat lelah kena mendaki tangga yang tinggi. Yang penting dapat turun dengan pelampung di dalam vuvuzela ni. Kalau uols nak naik benda ni, kenalah pegang tepi pelampung tu kuat-kuat ye. Kalau tak, konfem korang terjatuh dari pelampung. That is sangat cuak sebab ada part yang this gelongsor sangat curam terjun ke bawah. Heeeee. :)


At The Extreme Park

Now, jom kita review at the extreme park pula. FYI, banyak permainan di extreme park ni, dan semuanya tiada bayaran extra kecuali 4 game sahaja iaitu G-Force X, Go Kart, Paint Ball War Zone dan Bungy Jumping. Game lain seperti Flying Fox, Mountain Bike, ATV, Vertical Wall Climbing, Paint Ball Target Shooting, Kayaking, Archery Target Shooting semuanya PERCUMA. Heaven, percuma ok. I mean, uols kena bayar di pintu masuk Sunway Lagoon sahaja dan tidak perlu bayaran tambahan ketika nak main benda ini.

Disebabkan ianya semua tak perlu bayaran tambahan kecuali 4 game tadi, maka berpusu-pusulah orang beratur. Memang panjang barisannya uols. (Time holiday) Yang paling panjang adalah kayaking, Flying fox dan ATV. Memang rugilah kalau dah datang sini tetapi tidak mencuba untuk naik Flying Fox sebab daku difahamkan flying fox Sunway Lagoon ini adalah yang terpanjang di Malaysia. Cuma, kami tak larat nak beratur.

Oleh kerana malas nak beratur, weols mengambil keputusan untuk mencuba game yang susah nak jumpa di tempat lain dalam Malaysia ni, iaitu G-Force X. Heeeeeeeeeee *senyum sampai telinga*

G-Force X Malaysia ini adalah Slingshot Ride tertinggi di Asia i tell u.


Sebelum weols mencuba permainan yang mencabar ni, kena isi satu 'inform consent'. Bukan seorang sahaja yang kena isi, tetapi kedua-dua penumpang G-Force X ini WAJIB isi yer. Di situ, kita kena nyatakan yang weols tidak preggy (time nak naik), tak ada sakit jantung, tak ada darah tinggi, tak ada darah rendah dan sebagainya.




Gambar 1 dan 2, picta disnap sebelum G-Force X berlepas. Haha. Bajet cool lah. Padahal jantung berdegup kencang. Di saat kami dibaringkan dalam G-Force X (mata dan badan menghadap langit), coach/trainer Xtreme tuh buat kiraan "Five ..Four.. Three.. ".
Dalam hati aku macam Blurrr, ''Dia ni kira apa pulak ye?"
"Twoooo... One.."
ZZZZZZoooooooooommmMmmmmm
Terus G-Force X itu memecut ke ruang langit biru dengan kelajuan tahap maksimum yang amat tanpa belas kasihan.
Hambik kau!

"Aaaarrrrrrrrrr..." Daku pon menjerit macam nak terkeluar anak tekak.
Encik Hubby kat sebelah ni boleh pulak gelak-gelak jerit "Woooohhooooo".

Lepas badan dalam posisi baring ke atas sampai tahap maksimum (paling tinggi lantunan G-Force X), badan kami pun dipusingkan 360 darjah menghadap bumi pulak. Adoyyy... Kecut perut, macam nak terhempas ke bumi je rasa.

Gambar contoh kaki di atas, kepala di bawah dalam G Force X.

Cuak dan debarannya hanya di permulaan sahaja kerana lama-kelamaan, lantunan dan hayunannya makin perlahan. Bila dah perlahan tu barulah rongga pernafasan daku ni boleh bernafas dengan betul. Lega!. Huahuahua.. Nak cerita real 100% pon susah. Uols tengok sahajalah gambar tu dan bayaaangkan...Lagi best, jika uols pun curi sedikit masa untuk diluangkan bersama dengan yang tersayang di SINI with this GFORCEX. Ada brann??  :)




Picta sebelah kiri tu, muka selepas habis dilambung G-Force X. Muka eksaited okey!!.
Picta sebelah kanan tu pula adalah gambar apabila G-Force X melambung di udara dari jauh. Agak macam dalam game ANGRY BIRD pun ada. Hahahaaa. =)

Pengalaman manisss dan mendebarkan yang memang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.


Setakat itu sahajalah perkongsian Percutian kami di Sunway Lagoon PART ONE. Jangan lupa ikuti lagi pengalaman mendebarkan di Amusement Park (sambungan PART TWO) pula ye. Mudah-mudahan anda mendapat maklumat berguna untuk membawa keluarga tersayang ke sini,







TQ for reading this entry 

See ya..





04 October 2013

Tips untuk Pasangan Hujung Minggu / Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Moga kita sentiasa di bawah lembayung maghfirah dan rahmah Allah swt.

Siapa yang sempat menonton Rancangan Semanis Kurma di TV9 malam tadi? Sila angkat tangan. Hehe. Alhamdulillah. Tajuk yang dibincangkan malam tadi (3/10/2013) amat menarik, malah di Facebook Rancangan Semanis Kurma pon, ramai yang bagi respon. Wahhh! Maknanya memang banyak Pasangan PJJ (Perkahwinan/Pasangan Jarak Jauh) zaman sekarang ni heh.

Hey, hey. Even orang kata ada manisnya duduk jejauh ni, tapi banyak juga cabaran dan dugaan yang dihadapi. Semuanya bergantung kepada diri individu itu. Seperti cerita yang saya kongsikan sebelum ini, dugaan dan cabaran yang Allah beri itu berbeza mengikut individu. Mungkin dugaan anda lain, dugaan saya lain, dugaan dia lain. 





Justeru, izinkan saya berkongsi tips-tips yang sempat disalin dari ustaz dan ustazah dalam Rancangan Semanis Kurma Episod 24. (syukran ya ustaz, ustazah n tetamu-tetamu jemputan )

Petua dan Tips-Tips untuk Pasangan Hujung Minggu / Perkahwinan Jarak Jauh / PJJ

1) Gunakan masa yang ada (bersama) dengan berkualiti. Bermakna, setiap kali berjumpa, kena banyak spend time together-gether, membincangkan hal rumahtangga, bermesra, bercuti, dan segala-gala aktiviti yang manis-manis belaka. Perlulah synchronize kan wishing list suami dengan wishing list isteri.

2) Pentingnya sentuhan suami isteri walau jarak jauh. Dalam keadaan jarak jauh, sentuhlah hati isteri dengan layanan dan tindakan yang sewajarnya kerana lumrah wanita memang agak ber'emosi' apabila berjauhan dengan suami.

3) Sentiasa refresh relationship setiap kali berjumpa. Eg : pergi bercuti mengikut kemampuan dan bagi hadiah walaupun murah.

4) Perlu yakin dengan kesetiaan pasangan masing-masing. Walau jasad jauh , namun itu tidak memisahkan dua hati suami isteri.

5) Fikir semula apa matlamat kita sebagai suami isteri?. Kebahagiaan hidup ini, kita yang tetapkan. Jika kita rasa bahagia dengan duduk sebumbung, itulah bahagianya. Jika kita rasa bahagia duduk berjauhan, itulah bahagianya. Jika tiada lagi rasa bahagia duduk berjauhan, maka ambillah keputusan untuk duduk sebumbung dengan suami. Ps/: Bab yang ni kena fikir masak-masak kerana kalau kita dah kerja gomen ni, perlu difikir banyak kali untuk berhenti kerja dan cari kerja lain. Tambahan lagi dengan status ekonomi sekarang di mana barang-barang semua naik harga. Ye dak? Fikir-fikirkan. Moga ada jalan penyelesaian.

6) Suami isteri harus berani membuat keputusan yang tepat, bijak, dan terbaik demi rumahtangga yang kita bina.





7) Amalkan 7 T :
  • Tahan - Tahan daripada godaan
  • Tabah - Harungi segala dugaan dengan hati yang tabah
  • Teknologi - Gunakan teknologi untuk membina keakraba suami ister. Eg : Whatsapp / Video Call/ Call / Sms / Beli hadiah online dan poskan melalui online kepada suami isteri di hari penting / Beli bunga online dan pos ke suami or isteri secara surprise / Makan sama-sama di hadapan webcam masing-masing.
  • Tunggu - Tunggu pasangan kita dengan sabar
  • Telus - Jujur dengan pasangan dan jangan sembunyikan masalah
  • Tekad - Berazam dan bertekad untuk mempertahankan rumahtangga kita
  • Takdir - Apa juga yang berlaku, kembali semula kepada Allah SWT

8) Andai buntu, mohonlah petunjuk daripada Allah SWT "Setiap kali aku merasa kesusahan dalam menyelesaikan masalah, aku membaca istighfar lebih kurang seribu kali. Sehinggalah Allah memberikan jalan keluar untukku." - Ibnu Taimiyyah.


9) Jika ada pilihan yang lebih baik, pilihlah perkahwinan jarak dekat. Lebih elok duduk sebumbung daripada duduk berbumbung-bumbung. Ps/: Perlu ajukan nasihat ini kepada pihak atasan yang berwajib. hihi


10) Suami isteri bolehlah amalkan Doa Nabi nuh : Surah hud ayat 47 (Doa agar Allah beri kekuatan & kesabaran) dan Doa Nabi Hud : Surah hud ayat 56 (Doa agar Allah beri kepada kita sentiasa mengikut jalan yang lurus dalam kehidupan berumahtangga)


Semoga perkongsian ini berguna untuk semua pasangan suami isteri yang terpisah dek lautan, dek banjaran, dek sungai dan dek gunung ganang. Next, jom sama-sama kita hayati pantun nasihat yang dikongsikan pada akhir rancangan Semanis Kurma.


Pantun nasihat dari Puan Noraini (Kaunselor UIA)

Abang utara dinda selatan,
Rindu kasih bukan sebarang,
Jangan tergoda bisikan syaitan,
Menghasut hati berlaku curang

(Dugaan PJJ : akan terbuka kepada banyaaakk 'dugaan'. Kita perlu ada ketetapan hati dalam menangani isu ini. Nauzubillah)

Rambutan di laman terpatah dahan,
Pohon pauh di tepi paya,
Tetapkan iman yakinkan Tuhan
Biarpun jauh, tetap setia.

Pantun nasihat dari Mohd Hafifi (Kaunselor UIA)

Biarpun jauh jarak, kasih rindu makin semarak,
Biarpun jarang bertemu, mengajar kita erti merindu,
Biarpun tak nampak di mata, mengajar kita erti setia,
Biarpun kita dilanda ujian, mengajar kita erti berkorban,
Biarpun kita rasa pedih, mengajar kita erti sedih,
Biar orang memandang sengsara, mengajar kita erti bahagia,
Biar kita saling percaya, bahagia dan derita adalah kita,
Biarpun sakit setengah mati, itu mengajar yakinkan Illahi,
Percaya pada Tuhan,
Kita hamba diberi ujian.





 Apabila rindu menerpa diri dan sukar diubati, perbanyakkanlah zikir di hati.


Sekian,
Salam Sayang dari HafRizah Official Blog.

Terima kasih kerana sudi membaca.  :)

Wassalam.






02 October 2013

Hidup PJJ : Bersangka baik terhadap Allah

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera

Ujian...ujian... dugaan...dugaan....

Pada Minggu lepas, selepas pulang dari mesyuarat, sedang daku drive seorang diri (ye lah, sape pulak nak drivekan aku kan? wuwuwu) sedang daku syok-syok bawa kereta sambil mendengar radio Ikim.Fm, sedang daku nak buat u-turn, sedang daku bajet macam lepas je nak buat u-turn....Tiba-tiba. Dummmmmm, Sreeettttttt.

Aduyyyyy. Kereta yang ku pandu seorang diri itu telah mencium Batu penghadang jalan yang besar gedabak. Pintu sebelah kiriku telah mencium dan terseret panjang hingga ke pintu belakang. Dengan sepantas kilat, aku park kereta ke tepi, dan keluar dari kereta, berjalan control ayu ke arah batu penghadang jalan yang telah dicium keretaku tadi. Daku terasa macam Alien yang baru mendarat di bumi dan baru keluar dari kapal angkasa. Kerana di saat aku berjalan ke arah batu peghadang untuk mengutip semula 'skirting' keretaku yang dah tertanggal dari body kereta, semuaaaaaa, diulangi semuaaaa mata insan yang ada dalam kereta lain memandang ke arahku. 

Macamana aku tahu diorang pandang aku? Sebab aku pun pandang diorang lah. Uhuks.
Aku taktahulah diorang ni pandang sebab kesiankan aku atau sebab terkejut atau sebab nak ushar aku. Huahuahua.. Eh! Huhuhuhu (mood sedih!). Selepas aku kutip semula skirting aku tu, dengan muka takda perasaan ala-ala control macho, daku jalan semula ke arah keretaku, campak skirting ke seat sebelah, dan aku terus menekan pedal minyak keretaku. Huhu. Kalau aku nak menangis meratap keretaku yang ditimpa kemalangan kecil kat situ pun memang tarak gunaaa wo. Dahlah aku ni bini orang, drive sengsorang, idup di perantauan pun sengsorang. Kang tak memasal ceghita lain pulak jadinya..... 

Aku hanya mampu istighfar, istighfar, istighfar..... Taktahulah macamana boleh kena dekat jalan yang aku selalu lalu. Adakah mungkin kerana jiwa tengah kacau , banyak berfikir, banyak berangan di saat jauh dari suami dan ahli keluarga? Entah~

Dugaannn

Apabila tiba waktu hujung minggu, rutin hujung minggu pun bermula, yakni suamiku pulang untuk berjumpaku (Di hujung minggu sahaja) Alhamdulillah, urusan menghantar keretaku untuk diketuk dan dicat berjalan lancar. Pada awalnya, suamiku nak tinggalkan kereta dia untuk aku pakai pergi kerja. Namun, atas beberapa faktor tertentu, kami terpaksa menapak jauh ke Key Ell untuk pinjam kereta adik iparku (sebab keretaku dalam bengkel). . Hubbyku pun drive pulang dengan keretanya itu.

Semuanya aturan Allah......

Kisah suamiku pula ye.. Ini mengikut ceghitanya kepadaku (almaklum, PJJ kannn.. iols tahu cerita ni pun masa berborak dengan hubby dalam telepon. huhu) Rentetan dari ceghita di atas, sewaktu hubbyku dalam perjalanan pulang ke pantai timur, beliau singgah solat jemaah Subuh sebentar di salah sebuah masjid. Apabila beliau keluar dari masjid, ada berlaku satu kemalangan, seorang lelaki berbangsa India mati dilanggar kenderaan. Nauzubillah. Istighfar banyak-banyak agar diri hubbyku dijauhkan daripada kemalangan

Beliau pun meneruskan perjalanan. Setibanya di satu tempat yang tidak jauh dari masjid tadi, jalan jeemmm teruk. Mungkin sebab semua orang keluar nak pi kerja. Hujan pula turun renyai-renyai time tu. Dalam keadaan jem, kereta di hadapan tiba-tiba brek emergency. Alhamdulillah, encik suami sempat brek emergency. Tiba-tiba... Dummmmm... kereta belakang tak brek langsung, terus langgar kereta suamiku. Kata hubbyku, kepalanya terhantuk sedikit dan kakinya terkehel sedikit. Mujurlah dirinya tak mengalami kecederaan teruk, bumper belakang kereta yang dipandunya je la yang remuk.

Dugaan.....

''Bijak'' suamiku yang mithali ni. Beliau ditimpa dugaan ini pada hari Isnin Subuh, Selasa malam Rabu baru dia bagitahu daku. Dia taknak aku risau kat dia. Aduyyy, isteri mana tak risau kalau dengar berita cenggini dengan aku yang seorang diri di sini, dia seorang diri di sana.
Risaunya diriku bukan kepalang...Daku hanya mampu kirimkan doa agar Allah menjaganya di sana.

Inilah dugaan PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh). Di saat nyawa kami (semua yang PJJ) dalam bahaya demi untuk menjalankan tanggungjawab suami isteri, ada tak pihak berwajib ambil berat akan hal ini? Adakah kebajikan kami terjaga?. Hurm. No comment. Hanya yang senasib sahaja yang tahu...



Doaku semoga kami berdua sentiasa dalam keadaan sihat walafiat agar kami dapat meneruskan ibadah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.....Mudah-mudahan penghujung tahun ini ada berita gembira buat daku dan suami dalam bab-bab pertukaran dan perpindahan ni. Amin :)

Setiap dari kita akan diuji, cuma ujiannya berbeza-beza. Walau ujian ini berbeza, janganlah kita memandang ringan akan ujian yang menimpa individu lain.

Walau apapun yang berlaku, segala dugaan yang dilalui ini adalah tarbiyyah dari Allah.

TarbiyahNya menyemarakkan iman seseorang. Hatinya yang lalai menjadi lebih dekat dan rindu kepada Allah swt. Apabila akal menjadi ukuran penilaian kaifiyat tarbiyah Allah, sudah pastilah seseorang itu merasa dirinya tidak berguna, kecewa dan tidak redha dengan ujian yang menimpa. Maka lahirlah sifat-sifat mazmumah dalam hati lantaran buruk sangkanya pada tarbiyah Allah swt.
Berbeza pula apabila iman menjadi kayu ukur bagi kaifiyat tarbiyah ini. Dalam buku “al-Hikam” karangan ibn Ata’illah as-Sakandari, beliau mengibaratkan ujian itu suatu nikmat yang tersembunyi atau ditangguhkan. Hanya dapat diperolehi dengan bersangka baik pada Allah swt iaitu husnodzon. Dan orang yang paling husnudzon adalah Rasulullah saw, qudwatun hasanah sepanjang zaman. MasyaAllah..!!





Alhamdulillah, masih bernafas dan masih diberi kesihatan yang baik oleh Allah. Terfikir sejenak, lagi berat ujian yang menimpa saudara-saudara kita di Asia Barat sana.

Semoga kita menjadi individu yang sentiasa bersangka baik kepada Allah Swt dan moga kita hadapi segala ujian dengan tenang dan redha.

Wallahualam...

Wassalam...

TQ for reading my entry :)





14 September 2013

Percutian ke Bukit Gambang Waterpark (Review)

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera..

Hai kengkawan. Korang semua tengah buat apa tu? Minggu ni ramai yang bercuti 3 hari kan. Almaklum, 16 September (Isnin) kita  bercuti untuk Hari Malaysia. Owyeaaaa. Seronok gila bila dengar word cuti, macam nak melompat-lompat sampai ke bintang je rasa. Muahaha. Bukan sebab iols malas nak keje ok. Eh eh, you ingat i nak makan gaji buta kah? Hehehe. Yang sebenarnya iols sudah rindu bangat sama encik suami (Bulan madu di awan biru, tiada yang mengganggu. Bulan madu di atas pelangi hanya kita berdua....) haha. Tetiba mahu menyanyi Fantasia Bulan Madu sekuat hati. 

Harapanku agar, orang-orang atasan di Kementerian tunaikanlah hajatku nak pindah ke Kuantan agar aku dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri kepada suami bermula pada hujung tahun ni. Tahu takkkk? (menjerit dalam hati.nak pindah. nak pindah.) Grrrrrr.

Wahai kengkawan, saat ini, jari jemariku keras kejung, macam buntu nak taip apa kat sini, sebab aku dah lama tak update belog, tapi ku gagahkan juga. Chewwah. Harini aku nak share satu tempat yang boleh dikatakan menarik dengan uols. Bagi korang yang hantu air tu lagilah, bertambah gumbira hati keriangan tak terkata kalau dapat melepak di sini. Di mana? Oyea, di Bukit Gambang Waterpark.

Sebenarnya ada 3 tempat yang korang boleh pilih nak melepak di Bukit Gambang ni. 
1) Bukit Gambang Safari Park. di mana uols bolehlah berkenalan dengan Sang Harimau, Sang Singa Putih, Sang Panamanian Night Monkey, Sang Kangaroo Putih, Sang Alpaca, Sang Llama dan pelbagai lagi haiwan yang mungkin uols tak pernah jumpa. 
2) Bukit Gambang Extreme Park. Kat sini uols bolehlah berlasak-lasak naik ATV, flying fox dan lain-lain . Sorry guys and girls, iols tak update sangat pasal ni.
3) Bukit Gambang Waterpark. Yezaaaa. Inilah yang akan menjadi topik bacaan hangat kita pada hari ini.

Jom mengembara.



Tu dia. Bajet macam dalam cerita Sembilu or Bikerz Kental kah? Kuikuikui.

Ekceli, daku pergi Gambang ni time cuti sekolah 3 bulan yang lepas. Korang jangan pulak kata aku baru pergi Gambang ni semalam eh sebab semalam hari bekerja tau. Kemain gigih aku bekerja macam nak dapat anugerah cemerlang, sebab tu takdak waktu senggang aku nak menaip di belog aku ni. uhuks. Lambat gila baru aku ada fefeeling nak masukkan entry ni. Hehe. Jangan maraa na. Peace.




Hamboi panjang barisan, beratur tak ingat dunia. Inilah akibat pergi waterpark time cuti-cuti sekolah. Macam kat rumah dah kehabisan stok air je ek weols. Hahaha.


Harga untuk dewasa adalah sebanyak Ringgit Malaysia Dua Puluh Tiga dan Sembilan Puluh Sen sahaja. Kanak-kanak pula RM16.90 sahaja. Murah kan. For me the price is ok ok la berbanding Sunway Lagoon (klik). Hehe. Tapi setandinglah dengan harganya sebab permainan air di sini tak banyak dan tidaklah sepelbagai seperti di Sunway Lagoon (klik). Bolehlah kalau nak bersuka ria santai-santai gitew.

Kalau uols ada anak kecil-kecil, boleh masuk free sahaja :) Owww, anak-anak kecil je free, bukan parents ya. Hihi


 The Cabana. (pergh rambut suamiku, selepas dilambung ombak rindu. teeheehee)


Kengkawan pon boleh sewa Cabana di sini. So tak payah rebut-rebut tempat dengan orang lain. Boleh lepak santai di pondok setelah berhempas pulas bermain permainan air.

Ok, kat dalam ni tak guna duit untuk beli apa-apa. Perkara ni normal utk semua water park. Depa guna e-value. Ye la, kalau pakai duit, susahlah. Basah nanti duit korang kalau terbawa masuk dalam air.


Di Gambang Waterpark ni korang kena sewa tube sendiri ye. Maknanya dekat semua slide tu, korang kena angkut tube yang korang sewa. Beza dengan Sunway Lagoon (klik) di mana tube telah disediakan di semua permainan slide. Untuk main permainan di slide, ade beberapa jenis tube yang tak boleh guna. Eden udah lupa tube apa yang tak boleh guna. Hihi. Kami sewa satu single tube dan satu double tube je. Dua pelampung ni boleh guna di mana-mana.



Jom kita ushar apa yang ada di sini.




Ececeh. Posing ala-ala Vin Diesel gitu. Auwww. Uols nampak tak di sebelah kanan dan kiri asben i. That is the peta dan papan tanda untuk segala jenis permainan yang ada di sini. Coco Beach Wave & Lagoon, Penguin Island di mana ada permainan untuk kanak-kanak dan river, dan The Top Hill Side untuk permainan gelongsor air.



Apabila mata ini terpandang Coco Beach, terus kaki kami berlari-lari ke arah air macam orang tak pernah jumpa pantai. Hahaha. Kat sini, bolehlah berendam dalam air ala-ala di beach. Bila terdengar bunyi hon kuat je, bersiap sedia, gelombang air kuat akan datang. Time air bergelora kuat ini lah yang paling ditunggu-tunggu oleh orang yang berendam dalam tu.



Next, jom kita terjah area The Top Hill Side yang ada game 6 Lane Racer Slide, Galaxy Slide, Crystal Slide, Canopy Slide dan Family Raft Ride. Yang Racer Terrace tu guwe taktau kat mana atau yang mana satukah? Apakah?

This is the Canopy Slide. Takde bumbung yang menutupi gelongsor air ini ye :)


Ini pula Galaxy Slide. Gelongsor berterowong gelap gulita. Nice.


Seee the terowong tu. Sepanjang-panjang kami gelongsor turun, gelap je suasana. Terpikir jap, janganlah ada anaconda dalam tu. Hehe


Ini pula Crystal Slide. Berterowong tapi tak gelap macam tadi. 


This is the Family Raft Ride. You have to naik this big pelampung dengan 5-6 orang dalam tu. Good experience also. :)



Daaaannn... Permainan inilah yang paling mencabar jasmani, emosi, rohani, intelek, spiritual (tetiba terkeluar Falsafah Pendidikan JERIS daaa) kami di Gambang Waterpark ni. Macam Superman tapi ''ber-Super-Man'' di atas slide lah ye. It is Six Lane Racer Slide


Ada brannn?.. Sempat lagi posing sebelum berlumba dengan asben i di lane sebelah, sape paling cepat slide sampai bawah tu ha. Tinggi woo. 
Pemenangnya mestilah suami daku... Hahahaa. Habis badan aku yang ringan ni ketinggalan jauh di belakang dia. Cissss.



Next, selepas puas membasahkan diri di Slide Game, jom kita bersantai-santai di Penguin Island. 





Ini tempat kanak-kanak bermain tau. Orang dewasa pun bersemangat berkumpul kat situ sebab depa semua tunggu kepala ikan kat atas penuh dengan air. Bila kepala ikan dah penuh dengan air, nanti ikan muntahkan air ke orang-orang bawah yang tengah berkumpul tu. That is keriangan namanya. :)


Belakang my husband tu lah yang kami nak pi sat gi. Glacier River

Kita just perlu duduk di dalam tube sahaja , then biarkan tube bergerak ikut aliran air. Rileks santai



Di Glacier River ni, kita akan melalui Terowong Journey Of Ice. Al konon-konon ada snowflakes tau yang akan turun dari bumbung tunnel ni.











Pelampung siapa lah yang dah terbalik tu. Sadis sungguh. Tapi jangan risau dan jangan panik, sungai buatan ni tak dalam mana pun. Hehe.




Glacier River jadi permaian terakhir kami di Gambang Waterpark. Hopefully 5 tahun akan datang, akan ada pelbagai lagi permainan air di sini. Apa pun, bersantai sambil berhibur at Gambang Waterpark adalah pengalaman manis yang tak mungkin kami lupakan. Next entry, iols update percutian kami ke Sunway Lagoon (klik) pula ye.  Heeee :)

Oh ya! Sewaktu dalam perjalanan balik, sempat kami singgah di sebuah kedai makan yang kami rasa sedap mengikut selera kami. Kami membelahap macam orang kebulur. Mana tak nya, masa leka bermain air, memang takda selera nak makan langsung. Lagipun makanan yang dijual di Gambang Waterpark kurang kena ngan taste kami yang nak makan heavy food plus lauk pauk. Lepas habis main semua permainan air, barulah perut ni berkeroncong bergurindam main lagu dondang sayang pula kelaparan. Haiiisssh.


Apa lagi, serbu kedai makan lah pula ye. Kami singgah di Marina Seafood, betul-betul terletak di tepi jalan dari Gambang Waterpark hala ke Kuantan. 




Udang goreng tepung, Kailan ikan masin, Sup ekor


Kerabu Mangga, Telur dadar dan Ikan pari bakar. Yummy~~


Itu sahajalah yang mampu eden kongsi. Moga bermanfaat kepada kawan-kawan semua. Selamat bercuti dan selamat berkerja semula selepas bercuti.  :)


Tata.

TQ for reading my entry.

See ya. :)




THE HITZ