p

05 December 2012

Diriku kini bergelar ISTERI ~ Syukur alhamdulillah

Assalamualaikum wbt
Selamat Sejahtera :)

Sudah beberapa hari rasanya diriku sepi seketika dari belogku yg 'sweet' ini..hihi...Alhamdulillah, kini dirku telah bergelar isteri dengan sekali lafaz. Syukur sangat2. Pernikahan ku bersama si dia telah berlangsung pada lebih kurang pukul 9.30 - 10.00 pagi di rumah pada 2 Disember 2012 bersamaan 18 muharram 1434H , Ahad yang lepas. Majlis walimahnya juga diadakan pada hari yang sama.

Alhamdulillah semua berlangsung secara sederhana.dan aku sangat bersyukur kerana aku tahu yg Allah juga telah mengatur yg terbaik untukku bersama suamiku yg terchenta.........

Ya Allah, terima kasih kerana telah menghadirkan insan yang kini bergelar suami ku

Wahai suamiku, terima kasih kerana telah menerima diriku menjadi isterimu. Terima kasih kerana memilih diriku untuk menjadi peneman setia hidupmu

  1. Semoga kita bersama-sama dapat lengkap melengkapi, sayang menyayang, saling bertanggungjawab atas pasangan kunci kebahagiaan...dan semoga kita dapat  melayari bahtera rumahtangga dengan jayanya....
Wahai suamiku, dikaulah pembimbing, pelindung, pendidik, imam , sahabat dan pasangan hidupku hingga akhir hayat dan menuju syurga Illahi. Semoga Allah merahmati kita....


Terima kasih daku ucapkan kepada KELUARGA, sahabat handai, anak murid, saudara mara dan semua tetamu yg hadir.. :)  Terima kasih atas doa kalian yg tidak putus2 untuk daku dan suami.... semoga Allah merahmati kalian juga . amin :)

Saja ingin aku kongsikan sebuah kata-kata yg dapat dijadikan pedoman :

"Sebagai hambaNya, Jangan lupa , ucapkan ALHAMDULILLAH atas segala nikmat dan rezeki yg diberi, walaupun nikmat dan rezeki itu sebesar ibu jari"



Terima kasih kerana sudi singgah dan baca :)


11 comments:

  1. fiza.. congrate.. ak btol2 hepy utk ko.. moga perkahwinan ko dan suami berbahagia hingga ke syurga.. aminnnn...

    ReplyDelete
  2. @ainey mell : tq bnyak2 ainey :) amin2 , semoga Allah makbulkan doa itu... semoga ko pun beroleh kebahagiaan :)

    ReplyDelete
  3. tahniah. patut sepi je.hehe

    p/s : cantil la warna baju pengantin. macam warna peach pearl

    ReplyDelete
  4. hnahdy : tq2 :) alhamdulillah warna baju pengantin nye peach lembut..... :)

    ReplyDelete
  5. Salam dik..alhamdulillah selamat dan selesai sudah semuanya..selamat melayari alam rumahtangga yg penuh bahagia..x kurang jg pancaroba..tpi itulah dia pemanis dan penyeri kehidupan kita..

    Mabruk 'alaikuma..:)

    ReplyDelete
  6. @kak sufeenan : wsalam kak...alhamdulillah..terima kasih bnyk2 :) .. doakan saya agar diberi kebahagiaan dan dapat mengharungi segala cabaran dengan berhemah ..... amin...

    ReplyDelete
  7. wahh ! comel . hehe selamat pengantin baru ! :)

    ReplyDelete
  8. tahniah sis...cantik berseri-seri..hehe..tumpang gembira :)

    ReplyDelete
  9. @shiyda : tq dik :)

    @pink tulip : tq2... :)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum awak. subhanallah, comelnya awak dan suami. sheila doakan kalian berbahagia dunia dan akhirat :)

    ReplyDelete
  11. @sheila : wsalam.... terima kasih banyak2.... insyaallah...amin amin... saya pun doakan kalian bahagia dunia akhirat juga :)

    ReplyDelete

THE HITZ