p

15 November 2012

Selamat Tahun Baru Hijrah . Serba Baru

Assalamualaikum warahmatullah
Selamat Sejahtera

Salam Maal Hijrah semua. 
Pejam celik pejam celik, sekejap je masa berlalu meninggalkan kita kan. 

Perghh.. jap, aku rasa macam kematu jari jemari kembang aku nak menaip semula di blog usang aku yang diberi nafas baru ni. Hihi

Blog ni dah wujud dari zaman batu lagi kalau uols nak tahu... Kalau taknak tahu pun takpe, aku kena bagitahu jugak.haha. Dah lama berkecimpung dalam dunia blogging, cuma aku je nak tunggu masa sesuai nak buat renovation kat blog ni. Bagi nama baru, bagi nafas baru, dan bagi kehidupan baru bersesuaian dengan hidup aku yang akan memasuki fasa baru. Eh fasa apakah? Jeng jeng jeng... Tolong jangan curious sangat pasal fasa baru aku ni bhahaha.... insyaallah lepas ni aku nak share all of the sweetssss momentsssss in this blog. SHARE ye, bukan menunjuk tau uols..auwww..Sharing2 supaya bile pembaca happy, aku pon happy :) HAPPY LIVE LIFE LOVE :)

Kalau dah bermula dalam kandungan ibu, hobinya berblogging, buatlah macamana pun, memang tak boleh lari ek. Walaupun masa zaman batu dulu aku rasa macam dah nak termuntah dengan blog ni, tapi aku tak boleh tipu diri aku la.. aku punye hati banyak suka sama blogging wooo. Hobi baik, benda baik, sharing2 perkara baik, tak salah kan3.... 

Memandangkan blog lama aku ni telah aku renovate bubuh nama baru n layout baru, so banyakla entri2 sampah aku dah buang ... Hehehe.. Semua entri mengarut tu aku buat masa zaman batu kan, so, kirim salam jer la....ahaks... tapi aderla gak entri mana yang aku rasa bermanfaat tu, aku simpan la buat kenangan. Kalau rasa berminat nak baca, bolehla klik2 kat ruang sebelah nun. 

Panjang betul mukadimah Selamat Tahun Baru Hijrah aku ni ye. 

Baiklah...sempena tahun baru Hijrah ni, aku harap semua pembaca mempunyai semangat baru dan azam baru di Tahun Baru Hijrah ni. Segala peristiwa pahit semalam, jangan dibuang ketepi kerana otak kita tak mampu melupakan semua perkara itu. Cuma nasihatku, janganlah terbuai hanyut oleh kenangan-kenangan semalam yang menyakitkan itu.  Jika terhanyut dengannya, pasti hancur diri dan masa hadapan.

Kitalah yang mencorak masa hadapan kita dengan izin Allah. Ingatlah...dalam dunia ni ada TIGA HARI SAHAJA. iaitu, Hari Ini, Semalam, dan Hari Esok... Semalam sudah berlalu. Samada ianya memori manis atau pahit, ia hanya mampu dijadikan memori dan tauladan pada kita. Hari ini, sedang kita lalui. Oleh itu, laluilah hari ini dengan positif dan sebaiknya agar ianya menjadi memori indah apabila ia menjadi semalam. Esok pula bakal kita lalui dan banyak2kanlah berdoa serta usahakan agar hari esok kita lebih baik dari hari ini dan semalam.  

Ada lagi satu nasihat aku...boleh klik sini untuk baca nasihat aku yang cecomel tu~ =)





Semoga Tahun Baru Hijrah ini menjadi titik permulaan yang baik untuk diriku dan diri kalian semua. 


Terima kasih daun keladi,
kerana sudi baca entri ini, 
ada kelapangan, lawatlah lagi
^___^



No comments:

Post a Comment

THE HITZ