p

16 November 2012

Hukum Pakai Braces atau Pendakap Gigi

Assalamualaikum warahmatullah
Selamat Sejahtera


"Haram lah pakai braces. kan ubah ciptaan Tuhan tu!!"

Rileks2.... Sebelum menjatuhkan hukum, kita kena tanya pada yg arif dulu. Tak boleh sebarangan jatuhkan hukum tau.

Mengikut ilmuan Islam, hukum memakai braces a.k.a pendakap gigi dibahagikan kepada dua. Haram dan Harus

Haram apabila niat memakai braces itu adalah untuk mencantikkan diri dan menjadikan wajah lebih muda, lebih hemsem, lebih gorgeous dan lebih comel. Contoh : pakai braces agar nampak lebih macho ketika nak mengushar aweks2 sedangkan giginya sudah tiada cacat cela. Aku bagi ayat and fakta skema sikit. - Dr. Abdullah al-Faqih dan komiti fatwanya menyatakan:  Jika seseorang melakukannya untuk menipu atau memperdaya sesiapa yang melihatnya,  samaada ia bertujuan untuk perkahwinan atau sebagainya, maka ia terlarang.

Namun Islam ini tidaklah kejam, justeru jatuh hukum Harus jika niat pakai braces adalah untuk kesihatan. Sebagai contoh, pakai braces jika susunan gigi yang tak masuk saf itu menyukarkan mengunyah makanan dan menyakitkan Syeikh Faizal al-Moulawi , Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata : Pendakap gigi bagi tujuan kesihatan adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan.

Pakai braces juga hukumnya harus seandainya niat adalah untuk menutup keaiban yang ada pada wajah seseorang. Contohnya, kedudukan gigi yang berbeza daripada kebanyakan orang, dan boleh mendatangkan aib kepada tuan gigi tersebut... Dr. Yusuf al-Qaradawi berkata:    Seandainya orang tersebut mempunyai kecacatan yang menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang  boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, tidaklah berdosa untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya.  Ini kerana Allah tidak menjadikan agama untuk kita dengan penuh kesukaran (Al-Halal wal Haram Fil Islam).


Jadi semua bergantung kepada niat si pemakai pendakap gigi tersebut. “Hanyasanya setiap amalan itu dengan niat, dan hanyasanya setiap orang akan meperolehi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya iu kepada Allah dan RasulNya….” (Bukhari dan Muslim)

Semua maklumat ni aku dapat dari blog Imam Muda Asyraf . Terima kasih Imam Muda Asyraf .Korang boleh klik blog dia incase kalau tak percaya apa yang aku taip ni..hehe 


gambar ihsan google

Eh kenapa pulak ek tiba-tiba aku bercerita pasal braces ni?..

Sebenarnya aku dah terjebak dalam dunia gigi besi ni secara sengaja dan tak sengaja pada awal tahun 2012 ni tau. Memandangkan aku ni teacher yang rajin senyum sampai telinga, maka ramailah anak murid yang bertanya aku, apa hukum pakai braces ni.

Maka alkisah wujudlah entry skema ni.bhahaha~ Next entry aku citer pasal pengalaman pahit dan manisku bersama gigi besi ok !! see ya....


Terima kasih kerana sudi luangkan masa di sini
 ^___^

1 comment:

  1. Assalamualaikum, doc ckp gigi bwh sy akn jd jarang2 kalau x pakai braces so ia akn ganggu bila nk kunyah makanan..jd x haram la kan.. So kalo sy pkai braces utk gigi ats sy pon kira x haram la kn sbb ada ke org pakai braces gigi bwh je

    ReplyDelete

THE HITZ