THE LATESTZ

THE HITZ

23 September 2015

TIPS DAPAT ANAK (ZURIAT), TIPS HAMIL

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera..

Baru hari pertama kahwin, ada yang dah bertanya "Bila nak dapat anak?"
Stress kan. Macam lah kita ni kilang biskut. Buat anak ni bukan macam buat patung tanah liat. Semuanya bergantung juga kepada rezeki. Rezeki yang Allah dah tetapkan untuk setiap orang adalah berbeza. Ada yang lambat, ada yang cepat.

Jika awak tergolong dalam golongan yang sudah berusaha secara saintifik yakni pergi berjumpa doktor, namun doktor sahkan yang awak dan pasangan adalah normal, maka bolehlah cuba ikuti tips-tips di bawah. Tips ni pun hasil daripada perkongsian dan petua rakan-rakan kongsi kepada saya. :)

1) Boleh cuba amalkan baca doa Nabi Zakaria.



sumber gambar : google

2) Berurut bagi wanita.

Hey.. hey.. berurut ni penting tau untuk membetulkan semula urat-urat saraf atau kedudukan rahim yang dah tergeliat tu. Maklumlah zaman mudamudi dulu kan kita ni kategori lasak bersukan. Naik rollerblade, naik beskal, panjat bukit, panjat tangga, panjat itu ini, lompat sana sini bla bla bla .


Haaaa....ofkoslah kedudukan rahim tu perlu juga dibetulkan. TETAPI make sure uols pilih tukang urut yang dah pakar dan berpengalaman. Make sure dia urut dengan ilmu bukan hentam keromo sahaja. Sewaktu saya usaha untuk dapat zuriat dengan cara berurut ni, alhamdulillah Allah temukan saya dengan seorang tukang urut yang baik orangnya. Alhamdulillah selepas 3 kali berurut dan ditambah dengan usaha-usaha lain yang saya nyatakan dalam ni, Allah berikan saya rezeki anak. Nama panggilan makcik ni Mak Jah. Rumah di Seksyen 7 Shah Alam, Selangor. Kalau uols nak cuba, bolehlah try pergi sana. Mana tahu rezki uols. So far, testimoni dengan makcik ni memang ramai dah berjaya 'lekat zuriat'  dengan izin Allah jua.

3) Berurut bagi lelaki.

Eh, lelaki pon kena urut ke?
Kenalah. Jangan ingat kalau lambat dapat zuriat tu salah bini sahaja tau! Kadang-kadang punca kegagalan datang dari lelaki. Kita usaha. Allah yang menentukan kann. Bab lelaki ni saya tak reti nak komen banyak. Korang pergilah cari tukang urut yang berpengalaman juga ye. Pastikan uols tak tertipu sudahlah. Ada je tukang urut (doktor pakar tuan) yang letak harga sampai beratus ribu. Hoi gila ke apa? Boleh beli sebiji kereta lagi kan. Jangan sampai melampau lah. Konon beratus ribu tapi hasil tak seberapa. Jadi, pandai-pandailah cari tukang urut yang bennerrr gituh.

4) Rajinkan diri buat solat sunat dhuha (bagi yang muslim).

Siapa yang rajin mengamalkan solat dhuha, insyaallah akan dimurahkan rezekinya, akan diberi ketenangan dan insyaallah akan diampunkan segala dosanya. Rezeki bukan sahaja dari aspek kewangan. Anak dan zuriat juga adalah rezeki. Mulai dari sekarang jom kita rajinkan diri buat solat dhuha setiap hari kecuali uzur. Paling sedikit boleh dilakukan dua rakat, namun lebih afdhal jika buat empat rakaat. Paling banyak boleh dilakukan adalah duabelas rakaat,







5) Perkataan dan jawapan kita adalah doa.


Ahkak ahkak, ahdik ahdik, ahcik ahcik, ahbang ahbang sekalian, mulai saat ini, setiap kali ada yang bertanya soalan cepumas "bila nak ada anak?" sila jawab dengan jawapan cepumas juga.

Percaya atau tidak, setiap daripada ayat yang keluar daripada mulut kita adalah DOA. Justeru itu,(skema pula ayat.haha.) tolonglah doakan yang baik-baik untuk diri kita sendiri. Bagaimana?

Haa macam yang iols bagitahu uols tadi. Apabila ada soalan cepumas tu, jawablah dengan JAWAPAN YANG PASTI. Saya sudah cuba buat. Alhamdulillah menjadi.

Antara skema jawapannya adalah seperti berikut:

"Insyaallah BULAN DEPAN"
"Insyaallah TAHUN DEPAN"
"Insyaallah AKHIR TAHUN NI"

Haaaaa... nampak tak?

Jangan sekali kali bagi jawapan

"Belum ada rezeki!!"
"Lambat lagi"
"Takde rezeki lagi"

NO NO NO. Jawapan negatif sangat tidak digalakkan dalam usaha nak zuriat ni!
Remember, apa yang kita kata, itu doa. Allah mengikut persangkaan hambaNya. Kalau empatpuluhkali kita jawab "tahun depan" insyAAllah Allah makbulkan kata2 kita tu.

6) Usaha dengan mengamalkan produk meningkatkan kesuburan perempuan dan lelaki.

Part ini pun part yang paling penting dalam usaha inginkan zuriat. Masa zaman iols, macam-macam yang iols ambik. Set bersalin shaklee, EPO, Susu Kambing Alkhisbun dengan Hulba (produk page marihamil) dan sapu krim Lumiglow (bought at page Marihamil).

Alhamdulillah, lepas makan Susu Kambing khisbun dan sapu Lumiglow, bersama semua usaha di atas, syukur kepada Allah, Allah kurniakan rezeki zuriat. Sepanjang usia awal kandungan pun saya masih sapu Lumiglow sebab orang kata peranakan kita pada waktu awal belum kuat lagi. Alhamdulillah walau saya drive lebih kurang 30km pergi kerja dan 30km balik kerja seorang diri, masih kuat dan gagah lagi.

Uols kalau nak cuba boleh cuba 

PRODUK MAMADIL.
WOMEN LOVE

Memang sangat membantu menjadikan rahim uols subur tau. Insyaallah

Boleh hubungi saya di 014-2737371 untuk dapatkan Produk Mamadil. Insyaallah. Best price saya bagi ye :)

Saya bagi SPECIAL PRICE sebagai tanda penghargaan saya kepada uols yang berikhtiar untuk dapat zuriat.




Sekian sahajalah tips untuk dapat zuriat dari saya. Yang paling penting, siap sediakan diri kita terlebih dahulu untuk memiliki zuriat. Allah akan beri jika kita sudah bersedia. DIA yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.


Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Saya tunggu setahun barulah Allah hadirkan cahaya mata. Hikmahnya adalah Allah nak bagi me and husband honeymoon lama-lama berdua dulu kerana kami ni boleh dikatakan kategori Cinta lepas Nikah. Kenal tak lama dan terus Allah dorongkan jalan untuk nikah.

Zaman dating berdua selepas nikah opkoslah lain benor dengan zaman dah ada anak. Heeeee.... Bila dah ada anak nak layan kerenah anak pula.. Walaupun letih tapi tetap manis dan hilang letih bila tengok senyuman si anak syurga kita. Allahuakbar.

Saya berkongsi perkara yang bermanfaat untuk saya dan mungkin juga bermanfaat untuk uols. Moga usaha uols dalam mendapat zuriat dan menambah zuriat diberkati Allah :)

Apa sahaja yg berlaku..kembalilah kpd Allah...mengadulah kepada Nya. insyaallah dimakbulkan Allah...

Tq for reading :)
Wassalam...



Jgn lupa like page fb HafRizah's Armoire ..... =)



Sweet HafRizah